"Dah lama tak tengok awak macam ni."
"Awak kenal ke saya ni siapa? Hah?" Soal Ameera garang. Tajam pandangan matanya menatap manusia di hadapannya itu.
"Kenal lah. Orang yang saya paling sayang." Jawab lelaki itu santai. Hanya mata yang mampu dilihat itu, menandakan lelaki itu sedang tersenyum melihat Ameera.
"Sayang?" Soal Ameera dengan wajah bingung.
Tanpa diduga lelaki itu pantas memeluk tubuh Ameera. Mata Ameera membulat. Gila! Pantas dia meronta. Namun tak lama selepas itu Ameera terkaku.
Pelukan hangat ini...
Hanya seorang saja yang pernah buat dia rasa tenang dengan dakapan hangat sebegini...
"I miss you sayang." Bisikan itu kedengaran di tepi telinganya. Air mata Ameera mula bertakung. Tangan Ameera naik menggenggam baju kemeja lelaki itu.
"How's baby? Is it okay inside there?" Tangan lelaki itu mula mengusap perlahan perut Ameera tanpa melepaskan pelukan.
"Zain." Suara Ameera perlahan kedengaran.
"Yes." Jawabnya lembut di sebelah telinga Ameera. Ameera masih menahan sebak di dadanya.
Ameera tolak perlahan tubuh itu dan tangannya pantas menanggalkan mask di wajah itu. Senyuman manis terukir di bibir itu. Buatkan Ameera semakin rasa sebak.
"Abang..." ucap Ameera sambil jemarinya mengusap lembut pipi Zain. Betulkah ini? Ini bukan mimpi kan? Kalau ini mimpi dia tak mahu bangun dari lenanya. Matanya sudah berkaca. Tunggu masa saja ingin luruh ke pipi.
"Ya sayang." Panggilan itu membuatkan hati Ameera semakin lemah. Sudah lama dia tidak dengar panggilan itu. Lebih lagi daripada orang yang dia tunggu dan orang yang paling dia sayang.
Ameera terus membalas pelukan tadi. Tubuh Zain dia dakap erat seperti tidak mahu dilepaskan.
"Meera..."
Ameera terus mengangkat kepalanya. Pelukan diregangkan. Matanya menatap wajah Zain dalam-dalam.
"Is it real? This is you? My abang?" Jemari Ameera mengusap pipi Zain sekali lagi. Sungguh dia takut jika ini semua ilusi dia semata.
"Ya sayang. Abang ni." Jemari Ameera yang berada di pipinya dia genggam dan dia usap lembut. Mata mereka bertatapan melampiaskan segala rasa yang terpendam. Mata Zain juga berkaca memandang Ameera. Betapa besarnya rindu dia pada Ameeranya ini.
"Abang..." Air matanya sudah tidak henti mengalir. Kepala Ameera terus bersandar ke dada Zain. Dia sudah tidak mampu ingin menahan lagi rasa sebak dan air mata yang berjuraian ini. Teresak-esak dia di dada Zain.
"Isteri abang makin cantik." Terasa kepalanya diusap oleh Zain. Belakang tubuhnya juga terasa tangan kasar itu mengusap lembut.
"Abang... mana abang pergi selama ni?" Soal Ameera dalam esaknya.
"Abang ada aje sayang. Cuma abang tak mampu nak tunjuk muka saja." Jawab Zain tenang. Perlahan ubun-ubun si isteri dikucup lama.
"Kenapa?"
"Abang nak berubah dulu. Nak jadi kuat. Nak jadi lelaki sejati." Ameera pantas angkat kepala memandang wajah Zain. Zain senyum manis. Sempat ibu jarinya mengusap air mata di pipi mulus itu.
"Abang nampak lain." Ujar Ameera perlahan. Dia meregangkan pelukan dan diteliti tubuh Zain satu per satu.
"Sayang pun nampak lain." Pipi Ameera diusap lembut. Mereka berbalas pandangan dan senyuman walau mata masing-masing berkaca.
"Meera rindu abang."
"Abang lagi rindukan Meera." Mereka kembali berpelukan. Melepaskan rasa rindu yang sarat di dada.
YOU ARE READING
PROTECT YOU⚔️
Romance~Saya akan jaga harta awak untuk saya~ Dia... Ameera Afya Don. Lebih dikenali dengan Cik Amee a.k.a Miss Werewolf. Siang dia seorang pemilik hotel, malam dia seorang anak mafia. Dia pula... Zain Althaf. Seorang lelaki yang sopan santun dan lembut p...