Bab 35

696 27 0
                                    

Hari demi hari...

Hubungan Zain dan Ameera masih baik. Seperti suami isteri lain. Ada canda, ada tawa dan ada manjanya.

Setiap hari Zain akan mengajar Ameera solat dan mengaji. Ameera pula mengajar Zain ilmu mempertahankan diri. Mereka saling memberi dan menerima dalam perkahwinan ini.

"Abang."

"Ya?"

"Kalau kan..."

Zain menoleh ke sisi. Memandang pelik ke arah Ameera yang tidak menyambung ayatnya. Buku di tangan di biarkan seketika.

"Kalau kan apa?"

"Meera nak abang ambil alih kerja Meera boleh tak?"

"Kenapa?"

"Meera nak duduk rumah. Nak jadi isteri sepenuh masa."

"Are you sure?" Berkerut dahi Zain memandangnya.

"Ya. Boleh tak?"

Zain diam. Lama.

"Abang?"

"Nanti lah kita fikirkan. Beri Abang masa. Boleh?"

"Ermm yalah."

Ameera mengeluh perlahan. Terus dia berjalan keluar bilik. Dia bukan apa. Dia tak nak orang cemuh suami dia. Ini pun dia dah mula dengar-dengar suara sumbang dalam hotel tu.

Mereka kata Zain kahwin dengan Ameera kerana harta. Ada juga yang kata Ameera ni Queen Control sebab dah kahwin dengan Zain tapi Zain masih jadi PA dia.

Ada juga pekerja dia yang melabel Zain seorang lelaki dayus. Ya Allah... kenapa sampai begitu sekali mereka mencemuh Zain? Sudah kenal benarkah mereka dengan lelaki bernama Zain Althaf ini?

Oleh sebab itu dia tak mahu Zain jadi PA lagi. Sudah berhari-hari dia fikirkan hal ini. Tak mengapa rasanya jika Zain ambil alih jawatannya. Zain cuma perlu menguruskan hotel saja. Dia masih pemilik hotel D'Meriz.

Tak mengapa. Dia akan cuba semampunya untuk pujuk Zain.

🛡🛡🛡

Ameera melangkah turun ke bawah. Terus berubah wajahnya apabila melihat pak ciknya ada di ruang tamu bersama ayahanda.

Tak payah pakcik sangat. Perangai dia macam hawau tu memang tak lah Ameera nak mengaku pakcik. Azeezul Don berborak rancak dengan ayahandanya.

"Eh pengantin baru." Tegur Zul Don dengan senyuman senget. Heh! Benci aku. Meluat Ameera melihatnya.

"Sini lah Meera. Borak sekali." Ajak ayahanda.

"Tak apalah ayahanda. Meera pergi dapur dulu."

"Kau tunggu kejap Zul. Ada orang call aku." Ayahanda terus bangun dan ke pintu utama.

"Suami kau mana Meera? Takkan goyang kaki aje kut?" Terhenti langkah Ameera. Dia menoleh. Tajam matanya memandang Zul Don yang tersenyum sinis itu.

"Apa maksud kau?" Soal Ameera keras.

"Aku dengar lah ada orang bercerita pasal laki kau."

"So? Ganggu kau ke?"

"Ganggu lah juga. Telinga aku ni macam gatal pula mendengarnya."

"Buang telinga tu tak payah dengar."

"Lelaki kalau tak mampu jaga isteri baik tak payah jadi suami. Jantan dayus saja begitu. Duduk bawah ketiak isteri lepas tu goyang kaki perabis duit isteri. Bagus sangat ke tu?"

Ameera perlahan melangkah ke ruang tamu semula. Dia pandang dalam-dalam wajah Zul Don itu. Senyum sinis terukir di bibirnya.

"Oh ya? Ada aku kisah? Laki aku suka hati aku lah. Kau tak payah acah alim sangat. Sedang kan kau pun membunuh."

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now