Epilog

642 26 0
                                    

Hari-hari dia mengekori wanita itu. Kalau boleh tak mahu dia masuk pejabat. Lebih baik dia mengekori wanita ini daripada masuk pejabat. Tapi apakan daya, kalau dia tak masuk pejabat, maun putus kepala dia kena penggal dengan ayah.

"Bos, lama lagi ke? Saya risau Tuan Besar mengamuk kejap lagi." Suara bodyguard dia buatkan Zain mencebik.

"Alah... kejaplah. Nanti tahu lah saya nak cakap dengan Tuan korang tu. Jangan risaulah." jawab Zain selamba. Matanya tak lepas memandang Ameera yang melangkah masuk hotel D'Meriz itu. Lebar terus senyum dia melihat wanita yang dia cintai.

"Dah ke bos?"

"Ish kau ni kang. Kejap lah." Sampailah Ameera hilang dari pandangannya barulah Zain bersandar.

"Dah jom! Bising aje. Risau sangat dengan Tuan Besar dia tu." Zain mengomel. Nak tengok bini sendiri pun payah.

🛡️🛡️🛡️

Zain tersenyum sendiri mengenang kenangan lama. Dia termenung di hadapan hotel D'Meriz itu. Disinilah bermulanya segala kenangan. Kenangan yang sangat dia rindui. Kalau dapat diputarkan masa, kenangan di sini memang dia akan simpan rapat dihatinya.

"Zain."

"Ya Ayahanda." Zain berpaling ke sisi. Ayahanda senyum memandangnya.

"Kenapa menung sini? Marilah naik."

"Ouh tak adalah. Saya saja tengok. Lama tak datang sini." Ujar Zain lembut. Memang lama dia tidak ke hotel ini. Sibuk dengan urusan pejabat ayahnya itu.

"Naiklah jom. Lama tak jumpa. Ayahanda selalu jumpa si Ardell aje. Yang si ayahnya ni payah betul nak jumpa." Ayahanda ketawa. Zain senyum saja.

"Jom naik." Mereka mula naik ke pejabat atas. Zain mula terkenang satu per satu kenangan yang terlakar di sini.

"Ayahanda, penthouse hotel ni ada orang duduk ke?" Soal Zain apabila teringat kewujudan rumah kecil itu.

"Ouh tak ada pun. Kadang-kadang aje ayahanda naik rehat sekejap. Barang-barang Meera pun masih di situ. Sayang nak buang." Zain angguk.

"Nanti nak naik, naik saja penthouse tu. Nak bawa Ardell sekali pun tak apa nanti. Bagi dia familiar dengan hotel ni. Nanti hotel ni akan jadi milik dia juga."

"Ouh baiklah. Ada masa saya bawa dia ke mari. InsyaAllah."

"Haa mari masuk." Ayahanda bawa Zain ke pejabat. Setiap langkah nak ke bilik pejabat itu, satu per satu kenangan hadir menerpa ke ingatannya. Buatkan rasa sebak di dada.

Ya Allah kuatkan hati ini.

Masuk saja je dalam pejabat, semuanya masih tidak berubah. Ayahanda seperti tidak menyentuh langsung semua barang dalam ni. Gambar dia bersama Ameera juga masih kekal di atas meja. Zain senyum nipis. Rindu!

Mereka berbual sebelum Zain naik ke penthouse. Masuk lif dan Zain termenung. Sungguh hati dia rasa sangat-sangat terkesan. Terasa betul kehilangan Ameera di hati dia.

Pintu lif terbuka dan Zain melangkah perlahan ke pintu penthouse. Perlahan dia masukkan password rumah itu. Pintu dibuka dan dia melangkah perlahan. Baru saja dia masuk, bau Ameera sudah menerpa ke dalam hidungnya. Buatkan hatinya makin sempit dan sarat dengan rindu.

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now