Bab 64

324 13 0
                                    

Ameera masih sibuk menghadap komputernya. Mencari detail untuk majlis perkahwinan si kembar itu. Baru saja seminggu selepas merisik kedua-dua bakal pengantin perempuan. Itu pun ada juga kalutnya. Tapi masih berjalan lancar.

Telefon yang berdering itu Ameera capai.

Unknown number

Berkerut dahi Ameera. Siapa pula ni? Namun Ameera angkat juga panggilan itu.

"Hello?"

"Masih bahagia hidup kau?"

"Darius." Ameera diam selepas tahu gerangan yang menelefonnya itu. Darius ketawa besar.

"Baguslah kau masih kenal aku."

"Kau nak apa lagi dari aku?" Soal Ameera keras.

"Haih, takkan lah aku kena beritahu lagi. Semua benda nak kena ulang banyak kali ke?" Ameera ketap bibir.

"Kalau tak ada yang penting aku off."

"Zain atau anak kau?" Terhenti Ameera ingin mematikan panggilan itu.

"Apa maksud kau?"

"Pilih mana satu yang perlu aku hapuskan. Supaya kau rasa apa aku rasa."

"Kau jangan sentuh mereka Darius!" Aneera terus berdiri dari duduknya. Panas hatinya apabila orang yang disayangi akan diganggu.

"Erm... comel juga anak kau ni kan. Agak-agak kalau aku toreh muka dia, comel lagi tak?"

"Fuck! Darius don't you dare to touch her!" Ameera tumbuk meja yang berada dihadapannya. Melampiaskan kemarahannya. Suara kanak-kanak ketawa kedengaran dalam panggilan itu.

"Aloloo comelnya anak kau ni."

"Fuck! Cakap kau nak apa dari aku lah sial!" Hilang sudah sabar Ameera dibuatnya.

"Aku nak kau datang ke tempat ni. Ambil sendiri jasad anak kau nanti."

"Kau memang tak guna!"

Darius ketawa mengejek. Kuat. Kemudian, panggilan terus dimatikan.

"Argh Darius babi!" Ameera terus terduduk di kerusi pejabatnya. Matanya mula memerah menahan tangis. Terbayang wajah si anak kecil kesayangannya itu.

Ting!

Satu mesej masuk. Ameera capai telefon dan satu alamat telah dikongsikan oleh nombor yang tidak dikenali. Telefon dicapai dan panggilan disambungkan.

"Red Code!"

Langkahnya laju keluar dari pejabat. Menuju ke tempat yang sepatutnya.

🛡️🛡️🛡️

Ameera memandu keretanya masuk ke dalam semak yang entah ke mana Maps itu bawanya. Berkerut-kerut dahinya melihat kawasan sekeliling.

"Bodoh si Darius ni. Tak ada tempat lain gamaknya nak bawa." Tak memasal Ameera naik angin. Habis keretanya calar balar. Dia nak masuk jalan kaki, tapi lokasinya jauh ke dalam. Buatkan dia rasa membazir masa. Lebih baik dia redah aje dengan kereta.

Bang!

Entah dari mana datang peluru, tepat mengena ke cermin hadapan keretanya.

"Astarghfirullah hal'azim!" Terkejut Ameera apabila dentuman itu berlaku betul-betul depan matanya. Cermin depan sudah pecah seribu, hanya tinggal bingkai cermin saja.

"Dia ni memang tak guna sungguh lah!" Ameera merungut geram. Memang habis kereta dia jawabnya macam gini.

Bang! Bang! Bang!

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now