Selamat malam kepada semua. Aku Joei ( bukan nama sebenar ). Pertama aku hendak ucap terima kasih kepada admin kerana sudi siarkan kisah yang aku kongsikan ini. Kisah ini berlaku pada suatu ketika aku mendapat kerja baru di sebuah gudang makanan dan bekerja sebagai pemandu forklift.
Bangunan yang agak baru sekitar dalam 2 tahun lebih. Pada suatu hari aku pun mula bekerja dan mula berkenalan dengan rakan2 di tempat kerja baru. Bahagian stor hanya 3 org pekerja iaitu aku sebagai pemandu forklift, asst leader sama seorang lagi leader.
Pada mulanya aku berasa seronok dengan kerja baru aku itu. Overtime pun banyak. Rajin dengan malas sajalah. Tapi antara kami bertiga, amat jarang dan susah untuk aku minta asst leader atau leader aku cover kerja aku dikala perlu kerja lebih masa. Mereka hanya bekerja pada office hour shj sampai masa mereka pulang. Aku tidak tahu pada mulanya mengapa.
Aku hanya anggap mereka sudah malas agaknya mahu bekerja lebih masa. Barangkali usia dan komitmen mereka sama keluarga membuatkan mereka mahu pulang on time. So, aku yang bujang ni lah kena korbankan masa balik sehingga tengah malam.
Pernah satu kali aku berbual sama dua orang operator di bahagian pengeluaran di warung harapan kilang ketika waktu rehat. Mereka bilang aku berani bekerja hingga waktu malam. Aku tanya mereka ” kenapa korang kata begitu ?”. Mereka hanya pandang sesama mereka sendiri sambil tersenyum sesama sendiri seolah2 ada something wrong pada kerja aku. Aku pun sapa mereka lagi ” kenapa ya ?”. Mereka mula rasa serba salah ketika aku bertanya berkali2. Mereka pun cakap pada aku. Sebelum kau kerja ada 2 orang pemandu forklift yang kerja. Tapi mereka tidak tahan angkat kaki cari kerja lain. Salah seorang daripada mereka pun menyampuk kata terus kepadaku ” stor kau bawah tanah tu keras! ” Dengan nada percakapan yang sederhana kuat.
Dalam hati aku kata dari awal perbualan tadi aku agak sesuatu yang tidak kena. Mereka pun sudah terlanjur bercakap maka mereka bercerita tentang pengalaman bekas2 pekerja dahulu. Mereka mengatakan ada penunggu di bawah sana. ” Penunggu itu berupa seorang wanita berambut panjang “. Aku syak itu adalah pontianak. Tapi aku keraskan hati kata aku tidak percaya semua itu selagi aku tidak mengalaminya tidak nampak dengan mata kepala aku sendiri. Nak di ringkaskan cerita.
Pada suatu hari aku kena OT lewat malam. Receiving sudah habis tiada lagi lori masuk hantar barang kecuali aku hanya standby untuk production sahaja kerana production masih beroperasi. So, aku tidak boleh balik. Nak di jadikan cerita. Aku menanti panggilan dari leader production untuk standby material2 yang masih diperlukan.
Tatkala aku bosan menunggu aku pun tidak mahu buang terlalu banyak masa. So, aku manfaatkan masa itu untuk mengemas stor. Sedang aku keseorangan mengemas tiba-tiba aku terlihat satu kelibat jauh dari mata kepala aku sedang berjalan menuju ke penghujung bahagian paling dalam stor dan apabila aku perhatikan betul2 dia adalah leader bahagian production.
Barangkali dia mencari aku mahu meminta barangan packaging. Sedang aku menuju kepada dia tiba2!!. ( Gedebuk ) Aku terlihat barang bungkusan dari atas rak disatu sudut lain terjatuh. Ia bungkusan bewarna putih. Aku pun tidak semena2 terperanjat. Terus meremang bulu tengkuk aku. Ketika aku mendekati bungkusan itu. Itu adalah stok bungkusan plastik barangan packaging material. Aku pun ambil dan letak tepat asalnya.
Ketika aku mahu beredar dari situ untuk mendapatkan kelibat leader production tadi. Bungkusan yang aku sudah letak elok tadi jatuh lagi sekali. Aku pun terperanjat buat kali kedua. Ketika itu bulu tengkuk aku sudah meremang. Tekuk aku mula rasa kebas dan badan aku mula rasa seram sejuk. Tapi hati aku kata ambil sahaja letak di tempat nya. Aku pun gagahkan diri juga dan apabila aku tiba disitu. Aku pun ambil bungkusan itu dan letak ditempatnya.
Alangkah terperanjatnya aku dikala aku meletakkan bungkusan itu. Di satu sudut lain dipenjuru bahagian stor itu. Aku terlihat susuk kelibat wanita jubah putih labuh rambut menghurai kehadapan sehinggakan aku tidak terlihat rupanya. Aku pun tanpa berfikir panjang terus melangkah berlari menuju ke pintu utama stor yang juga merupakan loading bay disana.
Jarak diantara tempat tragedi itu sama pintu utama itu tidak lah bergitu jauh. Tapi aku dapat merasakan bertapa beratnya kaki aku untuk melangkah seperti tiada kekuatan pada diri aku ketika itu. Matlamat aku hanya aku mahu keluar ke pintu utama dah lari ke bahagian production untuk meminta bantuan kerana aku benar2 didalam ketakutan.
Post guard ada tapi terlalu jauh dipintu pasuk kilang. Aku pun berlari dalam ketakutan dan ketika aku belari aku toleh ke kanan di satu sudut lain pula aku telihat kelibat yang sama itu ada. Aku hampir hilang semangat rasa seperti mahu pengsan sahaja. Kuatkan juga aku berlari hingga keluar dan menuju ke bahagian production.
Setiba nya aku di bahagian production. Alangkah terperanjatnya aku pada ketika itu production sudah gelap dan tiada lagi operasi dan tiada lagi operator di situ walaupun seorang. Aku buntu seketika kerana kalau aku mahu ke post guard aku perlu berpatah balik melalui stor itu juga.
Perasaan ketika itu aku tidak boleh nak kata apa. Nak tak nak aku kena juga hadap. Agak jauh dari bahagian production itu ke post guard. Aku nekad sahaja waktu itu. Tiba sahaja di post guard kedua2 mereka tiada barangkali mereka sedang meronda membuat clocking setiap jam. Aku pun tiada fikir panjang terus berangkat pulang.
Pada keesokan harinya aku dipanggil oleh management kerana guard mengadu aku tinggalkan stor semalam dalam keadaan lampu masih ON dah pintu shuttle masih terbuka. Aku hanya berdiam dan hanya mengadu pada leader aku dan marah pada leader production mengapa production sudah habis tidak inform sama aku.
Rupanya production sudah habis 2 jam sebelum kejadian. Mereka lupa mahu beritahhu kepada aku bahawa production sudah capai target dan berhenti operasi. Aku pun tergamam dan bertanya kepada dia. ” Jadi, apa yang aku lihat kelibat seperti kamu itu bukan kamu lah ya ?”. Dia hanya menggeleng kepala menandakan itu bukan dia.
Selepas daripada itu. Aku masih terus berkerja dan aku hanya memohon seorang pembantu dikala aku perlu kerja overtime. Permohonan aku diluluskan dan aku merasa lega sangat2 tidak lagi berseorangan dikala aku kena kerja hingga lewat malam. Sekian saja cerita seram dari aku.
kredit by Joei
NEXT»»»»»
YOU ARE READING
KISAH HANTU TIDAK KASAT MATA VOL 2 「 Complete 」
HorrorKumpulan Cerita mengubah cara pandang Masalah percaya atau tidak dengan makhluk halus atau semacamnye mengikut diri masing masing. #kisahorang #copy (>_______<) sambungan vol 2 Selamat membaca..