[ 51 ] KHTKM - TERPOTONG RAMBUT HANTU

30 0 0
                                    


Ceritanya bermula begini, satu hari sedang aku kemas-kemas barang salon untuk disimpan. Dalam Aku asyik mengemas barang tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Ada customer di luar. Wajahnya menunduk memandang lantai.

Masa aku buka pintu untuk menjemput dia masuk, aku terkesima tengok wajah dia yang putih dan pucat gila dengan rambut panjangnya yang menutupi separuh dari wajahnya. Dengan wajah menunduk matanya tajam memandang aku.
Pandangannya membuat aku seram sejuk, aku mula berfikir perempuan ni hantu tapi bila melihatkan bajunya yang berwarna merah aku terus mematikan fikiran tersebut.

Setelah itu, aku terus bertanya “ya cik, nak potong rambut ke?”. Hanya kedengaran suara yang perlahan darinya yang berkata ‘potong’ dan dia terus melangkah masuk dan duduk di kerusi yang disediakan untuk memotong rambut. Aku tanya lagi, “cik nak potong sampai mana”. kali ini dia hanya diam hanya tangan yang menunjukkan dia nak potong sampai paras dada.

Ketika ini lah aku mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perempuan ini. Sepanjang rambutnya dipotong, matanya hanya pandang aku melalui cermin. Namun aku buat tak tahu dan teruskan kerjaku. Sedang asyik memotong aku mula tersedar yang rambut dia macam tak pendek-pendek, sedangkan yang yang terpotong sudah banyak di lantai.

Demi menenangkan hati, aku terus positif mungkin rambutnya memang panjang atau aku hanya memotong di sebelah kanan sahaja. Aku terus menyiapkan tugasku memotong rambutnya. Dan yang seramnya sepanjang aku potong rambutnya, dia terus memandangku dengan tajam tanpa henti.

Bila dah selesai potong, aku terus sikat rambut dia. pelik! rambut dia masih panjang seperti awal. Aku yakin sangat yang aku dah potong rambutnya sampai paras dada. Dia masih memandang aku seperti biasa, tiba-tiba mataku terpandangkan jam yang menunjukkan pukul 7 malam dan tika itu aku rasakan perempuan ini bukanlah manusia!

Dengan perasaan takut, aku terus sikat rambut dia. Tanpa sengaja aku tersentuh kulit pipinya dan dia mengeluarkan bunyi “hehh”. Masa ni aku dah mula menangis, aku dapat rasakan kulit dia sejuk sangat. Untuk hentikan semua ini aku beranikan diri untuk cakap “okey cik dan siap” dengan suara bergetar

Dia terus bangun dengan perlahan dan melangkah keluar. takut punya pasal aku terus tutup pintu dan berlari pergi belakang. Aku ceritakan pada Makcik aku tentang kejadian tadi. Dan dia terus mengajakku balik

Esoknya, loceng berbunyi lagi pada jam 7 petang, bila dibuka pintu tiada sesiapa diluar tapi yang peliknya ada rambut beteraburan di depan kedai kami. Terus meremang bulu romaku bila teringatkan kejadian semalam. Aku cepat-cepat bye salon dan terus pulang. Selepas kejadian itu boleh dikatakan setiap hari ada kejadian pelik dan menyeramkan di salon itu.




NEXT»»»»»»

KISAH HANTU TIDAK KASAT MATA VOL 2 「 Complete 」Where stories live. Discover now