[25] KHTKM - MESEJ MISTERI

39 0 0
                                    




Maria berjalan pulang menuju ke lift, sesekali dikerling disetiap ceruk ruang yang suram diblok kondominium block A Cendrawasih yang setinggi 20 tingkat itu. Ketika dia sedang menekan butang lift itu...,tiba-tiba handphone di tangannya berbunyi mesej. Ia datang dari nombor yang tidak diketahui,bahkan bukan dari senarai kenalannya. "JAGA-JAGA,ANDA SEDANG DIPERHATI." Maria kaget...! "Bodoh..! Sapalah yang mendajalkan aku..!" Marah Maria sendirian. Saat pintu lift terkuak, dengan segera Maria melangkah masuk,tetapi disaat itu juga ada satu deruan angin menerjah masuk kedalam lift sebaik sahaja kaki Maria masuk kedalam perut lift. Namun...,Maria cuba menekan-nekan butang tutup pintu lift tetapi pintu lift tetap terbuka walaupun dia mencuba banyak kali. "Kenapa pulak ni..,tutuplah....!!!" Maria cemas dan akhirnya, pintu lift berjaya tertutup sendiri dengan beberapa kali cubaan. Didalam lift sekali lagi Maria mendapat mesej yang sama..."JAGA-JAGA,ANDA SEDANG DIPERHATI." Kali ini Maria membiarkan sahaja, lalu dipadamnya mesej tersebut. Dalam fikirannya kemungkinan ada rakan-rakan yang cuba untuk mendajalkannya. "Kat ofis esok...siap korang..!!" Pintu lift terbuka ditingkat 13 dimana tingkat rumahnya berada. Laju hayunan langkah kakinya mempercepatkan langkahan, langsung tidak dipandang kiri dan kanan. Sampai sahaja didepan rumah, dengan segera daun pintu dibuka. Maria menarik nafas lega,sampai juga dia kedalam rumah dengan selamat. Maria merasakan itulah pertama kali dia berperasaan begitu. Sedangkan sudah setahun dia mendiami rumah itu dan kondominium tersebut. Rumah itu dibeli dengan harga yang murah pada seorang lelaki cina dan pada pendapatnya ia amat berbaloi dan cukup berpatutan sementalah tinggal dikawasan bandar yang bebanan kos yang meningkat. Sebelum ini dia lebih selesa tinggal bersendirian kerana mahukan privasi,tetapi apabila sudah terasa bosan berseorangan dirumah akhirnya dia menyewakan satu bilik dibahagian tengah. Mujur tidak sampai seminggu ada yang hendak menyewa bilik tersebut. Angelina seorang jururawat yang baru berpindah dan bertugas di salah sebuah hospital swasta yang terkemuka di ibu kota. Angelina,gadis berbangsa tionghwa,cantik dan manis serta berambut panjang lurus, persis seorang model. Tambahan pula bekerja sebagai wartawan liputan berita, memerlukan Maria bekerja lebih masa dan suasana yang selesa tatkala dia perlu membawa kerja dipejabat ke rumah. Pada fikirannya saat dia tidak punya masa hendak mengemas dan menjaga rumah sekurang-kurangnya ada juga seseorang yang boleh diharapkan untuk menjaga rumahnya saat dia outstation.

Maria- "Anne... U ok tak tinggal dirumah sendirian...,I memang selalu balik lambat. Kerap jugak la outstation..."
Angelina- "I OK je,takde masalah. Lagipun I dah biasa sendirian. I pun sentiasa shift malam...I kan nurse...."
Maria- "Oh....Ye ke...? U baiklah Anne....., selalu tolong I kemaskan rumah, kita pun jarang jumpa. Kalau I balik U takde. Kalau I nak pergi office....,U pulak dah tidur dalam bilik....."
Angelina hanya tersenyum kerana kedatangannya menyewa di rumah Maria disambut dengan baik oleh Maria.

Maria termenung seakan memikirkan sesuatu sambil mengacau air nescafe ditangannya. Malam ini dia berseorangan dirumah memandangkan Angelina tiada. Tiba-tiba lamunannya terhenti,apabila terdengar pintu rumahnya diketuk bertalu-talu. TOK...TOK..TOK..TOK..TOK..!!!! "Sapa pulak ni datang malam-malam. Eh..! Masih malam ke?" Maria melihat jam di dinding. 'Pukul 2.00 pagi..',getus hatinya.Dia mengerutkan dahi,memikirkan siapa gerangan yang ketuk pintu rumahnya selewat ini. Kemudian terdengar bunyi mesej dari handphonenya. Sekali kali lagi Maria terpempan..."JAGA-JAGA,ANDA SEDANG DIPERHATI...SAYA TAHU ANDA BERSENDIRIAN DIRUMAH SEDANG MEMEGANG SEGELAS CAWAN. PENAT SAYA KETUK PINTU...KENAPA TAK NAK BUKAK...?? AWAK NAK SAYA MASUK MACAM TU SAHAJA KE..?"

Maria terkedu tidak mampu hendak berkata apa. Dadanya berdebar-debar...dan bulu roma lengannya mula meriding. Lalu cawan ditangannya terus diletakkan di atas meja. Dia segera bangun untuk melihat siapakah yang sedang mengetuk pintu rumahnya tadi. TOK...TOK...TOK...TOK... Sekali lagi pintu diketuk. Mendengar sahaja pintu rumahnya diketuk, terus sahaja Maria membuka secepat mungkin. Supaya dalam jangkaannya agar orang yang mengetuk pintu itu tidak sempat lari. HAA......!!!Maria menyergah...Namun perbuatannya hanya sia-sia, KOSONG...! Tiada sesiapa yang terlihat dimuka pintu rumahnya. Maria pelik..,secepat itu dia pergi..? Berlari..? Tidak mungkin,pasti Maria dapat mendengar bunyi tapak orang berlari. Lagipun kalau dia berlari sepantas Usain Bolt sekalipun, pasti Maria masih boleh tahu sebab laluan koridor rumahnya panjang.

KISAH HANTU TIDAK KASAT MATA VOL 2 「 Complete 」Where stories live. Discover now