[16] KHTKM - KONDO TERBIAR

44 1 0
                                    

Aku tengok tu penampakan entiti apa-apa ka or benda lain.

Okay, ia berlaku pada hari Ahad sebab aku ingat ayah aku cuti hari tu hahaha. okay okay tanak banyak bunyi aku teruskan cerita okay? So masa tu kitorang satu family pergi satu mall dekat Sungai Petani, Kedah (nama mall tu dirahsiakan lah ye). Kitorang pergi pon dah lewat, tak silap aku, masa kitorang tengah cari parking dah maghrib.. Okay disebabkan parking full, kitorang terpaksa pusing cari parking area belakang mall tu. So jumpa la satu parking, bebetul depan kondo terbiar tu. Tapi banyak jugak kereta parking belakang tu cuma keadaan dia agak sunyi la.

So kitorang sikit pon tak kisah pasal kondo tu. Memang tak expect apa pon hah and kami pon masuk dalam mall tu. Around dua jam jugaklah berpusing dalam mall tu and aku lah yang ajak ayah aku balik hahaha letih berjalan la katakan. Okay masa tu hujan rintik rintik, langit memang gelap tersangat-sangat, no star no moon hah gitu hehehe. Disebabkan aku orang yang first sekali keluar so aku lah orang pertama sekali yang berjalan di hadapan diikuti parent aku.

Okay kisah dia bermula dekat sini. Aku sebenarnya duk berlari anak-anak gitu sebab hujan renyai kan, tapi mata aku terus terpandang kondo tu sebab aku dengar orang menjerit kuat gila guys! Macam korang tengah berlari but ada someone panggil korang mesti  korang stop kan? hah macam tu lah aku, Tapi aku perlahankan larian aku sebab terdengar jeritan hah. So masatu automatik aku pusing belakang tengok mak ayah aku stop bawah tangga something sebab hujan kan sementara aku ni dengan tadak tempat berlindung terus stop berlari.. Ala tapi hujan tak lebat pon,renyai renyai so aku teruskan larian nak ke kereta.

Dalam hati tetiba teringat, "eh sapa yang menjerit tadi?" dah la dengar dari kondo tu.. oh lupa nak bagitahu, kondo tu still dalam kawasan pembangunan and terbengkalai hah.. Daun daun and pokok naik menjalar dekat dinding kondo tu and memang seram. Aku ada ambil gambar but dah delete sebab takut jadi apa apa pulak kan......

Okay back to the story, masa duk berlari anak-anak tu sampai jugak aku dekat kereta. Parent aku pon dah sampai and kami sama sama la masuk kereta. Disebabkan aku masuk sebelah kiri, so aku duduk sebelah kiri la kan. Hujan dah stop masa tu. Parent aku keep bersembang lagi so tetiba.... Mata aku tetiba rasa nak pandang satu tempat ni ja dekat kondo tu iaitu tingkat atas sekali. Dekat situ dia ada macam tempat untuk tingkap tapi lebih besar sebab konkrit konkrit tu dah pecah, paham tak?

Hah masa pandang tu lah, lama gila aku pandang. Aku rasa je la, tatau la berapa lama hahaha.... tetiba.. Jeng jeng jeng... dengan mata kepala aku sendiri aku nampak kain putih terbang keluar dari situ. Its not terbang la, dia macam ada orang buang dari dalam tempat tu and mesti la kain tu berterbangan kan.. MasyaAllah masa tu rasa macam nak pecah jantung, terkejut punya pasal.. Lepastu apa lagi, terus tepuk belakang ayah aku, " ayah ayah! tengok tu ayah!" kami semua pakat tengok kain tu terbang... Ayah aku diam ja but dia terus start kereta and guess what gais, masa tu jugaklah ada kereta hampir nak langgar bontot kereta ayah aku.

Sebabnya masing masing tak nampak kereta masing-masing. okay maksud dia macam ni, aku memang tak nampak kereta dari arah belakang so kasitau ayah aku kereta tadak lah kan. But bila tengah reverse tu kami sedar bila terdengar bunyi brek menyakaq punya! bak kata orang utara haha. Ayah aku keluar tengok jugaklah. Owner kereta tu pon keluar sebab dia ingat dah berlanggar lepastu dia cerita la dia memang tak nampak langsung kereta ayah aku duk reverse keluar.. Uish pelik dah masa tu. Aku pon tak nampak kereta tu datang masalahnya.

Lepastu, masing-masing masuk kereta la and ayah aku terus reverse and keluar dari area mall tu.. Okay kalau korang tengok tajuk cerita ni dengan apa yang aku sampaikan memang tak berapa nak sampai and seramm kan, cuma aku rasa je la mungkin "benda" tu lindung kereta kami kan, hah mana tau kan hahaha but Alhamdulillah nothing happen hah.



NEXT»»»»»»»

KISAH HANTU TIDAK KASAT MATA VOL 2 「 Complete 」Where stories live. Discover now