[32] KHTKM - SAKA

27 0 0
                                    


▼・・▼▼・・▼▼・・▼▼・・▼▼・・▼

Beberapa minggu yang lepas , datang sepasang suami isteri dari Kedah memberitahu yang isterinya mengalami gangguan yang agak teruk sudah hampir 20 tahun. Dia mengatakan yang akhir-akhir ini isterinya sering batuk-batuk dan menangis secara tiba-tiba. Bila ditanya isterinya kenapa beliau menangis? Beliau hanya menggelengkan kepala seolah-olah tidak sedar apa yang berlaku semasa beliau menangis. Dia memberitahu yang sebelum berjumpa saya, dia ada berubat dengan seorang ustaz di Kedah dan jin dalam badannya bersilat dengan ustaz tersebut. Ustaz tersebut mengatakan yang jin itu adalah saka keturunan dan beliau tidak dapat mengeluarkannya kerana jin tersebut agak kuat.

Saya memulakan soal jawab dengan wanita ini berkenaan bahagian anggota badan yang sakit, mimpi-mimpi yang kerap dialaminya, apa yang beliau suka buat & apa yang beliau tidak suka buat. Wanita ini mengatakan yang beliau & ibu saudaranya tinggal bersama datuk beliau semenjak dari kecil lagi. Dia dan ibu saudaranya sering mengikut datuknya ke hutan untuk mencari akar kayu. Dia mula merasa sakit semasa bersekolah menengah lagi tetapi tidak ketara. Sakitnya bertambah kuat bila dia mula berkahwin 20 tahun yang lalu. Sebenarnya dia sudah berubat dengan banyak ustaz di Kedah. Ada yang mengatakan yang dia telah terkena sihir pemisah, ada yang mengatakan saka datuknya dan ada juga yang mengatakan yang dia telah dimasuki jin semasa mengikut datuknya ke hutan. 

Dari maklumat yang didapati, saya mengatakan yang jelas ada ditubuhnya adalah jin asyik. Yang lain saya tak pasti. Saya pun memulakan rawatan dengan membaca ruqyah. Bila saya baru membaca Bismillah, dia sudah terbatuk-batuk yang kuat seperti mahu menghalang saya dari meneruskan ruqyah. Saya cuba berdialog dengan jin tersebut, tetapi dia menggelengkan kepala sambil menutup telinga. Beberapa kali saya cuba untuk berdialog dengannya, namun jin tersebut masih tidak mahu melayan. Saya bagi masa beberapa minit untuk jin itu bertenang. Bila keadaan nampak tenang, saya bertanya beberapa soalan kepada jin tersebut, baru lah dia mula berbicara. Dia mengatakan yang dia sangat sayang pada wanita tersebut dan dia tidak akan berpisah dengan wanita ini walau apa pun yang terjadi. Bila ditanya bilakah dia mula berjumpa wanita ini. Dia mengatakan yang dia berada disekitar rumah datuknya dan mula masuk ke badan wanita ini semasa wanita ini bersekolah menengah.

Jin ini memang sebenarnya jin asyik. Semasa wanita ini masih bujang, dia amat selesa tinggal didalam badan wanita ini. Bila wanita ini mula berkahwin, jin in amat marah kerana terpaksa berkongsi cinta dengan suami wanita tersebut. Dia akan membuat suami isteri ini sering bergaduh kerana matlamatnya adalah supaya suami isteri ini bercerai. Keadaan suami isteri yang selalu bermasalah ini lah yang kelihatan seperti mereka terkena sihir pemisah. Bila ditanya, kenapa sebelum ini dia bersilat kerana setahu saya jin asyik tiada ciri-ciri begini. Dia mengatakan yang dia memperdayakan perawat sebelum ini supaya perawat tersebut percaya yang dia adalah saka keturunan. Saya memberi pilihan, samada dia mati di dalam tubuh wanita ini atau dia setuju untuk keluar. Dia terus menangis sambil berguling-guling, kemudian dia mencakar-cakar perut wanita ini sehingga wanita ini menjerit kesakitan. Saya cuma memerhati apa lagi usaha yang cuba dibuatnya untuk melepaskan diri. Saya beberapa kali memujuk jin tersebut dan akhirnya berjaya diislamkan. Dia menunjukkan kepada wanita ini wajah anak hasil hubungan mereka sebelum dia dikeluarkan.  Setelah wanita ini sedar, dia merasa seperti kehilangan sesuatu yang amat dia sayang. Saya nasihatkan wanita ini supaya melupakan semua kenangan-kenangan lalu dia bersama jin tersebut. Alhamdulillah syukur, kesembuhan itu milik Allah.






NEXT»»»»»»»

KISAH HANTU TIDAK KASAT MATA VOL 2 「 Complete 」Where stories live. Discover now