[17] KHTKM - RUANG TAMU

44 2 0
                                    




Kisah seram kali ni melibatkan sepupu aku dekat rumah dia sendiri. Kira dah mcm rumah kedua aku sendiri ah. Sebab selalu lepak kat situ an. Rumah dia ni mempunyai 3 bilik, master bedroom dan 2 bilik biasa untuk adik beradik. Penghuni rumah ni pun hanya 3 orang anak beranak iaitu mak, abang dan juga adik.

Mak kepada abang dan adik ni adalah seorang peniaga nasi lemak di kota damansara. Nasi lemak dia sedap weh. Tapi sorry, dia dah tak jual memandang kan sibuk menjahit menjelang raya bulan 6 ni kan.  Manakala si abang ni bekerja di malam hari (dah tak ingat dia kerja apa time tu. Haha) and balik rumah tidur disiang hari. Si adik pula teman mak jual nasi lemak di kota damansara setiap pagi.

So nak dijadikan cerita, setiap 5 pagi si adik akan bangun siap2 dan start kereta untuk bawa mak meniaga. And lebih kurang jam 5.30 pagi mcm tu mereka dah berangkat ke tempat meniaga. Jadi tinggal lah si abang ni berseorangan di rumah. Di sebab kan terlalu penat, si abang ni terus tidur di kawasan ruang tamu dengan tv terbuka semua.

Setiap kali mak dia nak pergi meniaga, mak dia akan bg tau pada si abang. Kira notice yg mak dah gi lah. So pagi tu mak dia ada cakap mcm biasa. Si abang ni pun balas "ok" dalam keadaan mamai. Nak tidur dah kan. Selepas beberapa minit si abang terlelap, tiba2 dia terdengar bunyi beberapa ekor kucing mengiaw di dalam rumah di kawasan sliding door rumah. Dorang ni memang bela kucing. So si abang ni pun biar kan sahaja.

Bila sahaja kucing tu senyap, mak dia pun bersuara. "Abang tak gi kerja ke hari ni?". Lalu si abang pun menjawab seperti biasa dan sembang itu pun bersambungan sampai seperti biasa. Si abang ni perasan yg mak dia duduk di depan tv sambil borak dengan dia. Tapi selepas beberapa minit, baru dia teringat yg bukan ke mak dah pergi niaga dengan adik?

"Bukan mak dah gi niaga ke" sebut si abang dalam hati. Dengan secara tiba2 makhluk yg menyamar seperti mak dia ni datang rapat ke depan muka dia dengan keadaan rupa sebenarnya, dan cakap "mak kau dah pergi daahh" dengan nada suara yg tinggi dan serak.

Dia pun apa lagi. Dalam keadaan terkejut dan tutup mata, dia pun ambil position nak terajang apa je yg ada depan mata dia tu. Tiba2 badan dia kaku. Tak boleh bergerak. Mulut tak boleh nak buka. Dalam hati dah baca macam2. Apa yg terlintas dia baca je. Dia dah mula fikir, "jangan lah aku mati dalam keadaan mcm ni".

Keadaan sunyi dan seram tiba2. Tv pun senyap tiba2. Dalam beberapa saat. Dia dengar balik bunyi kucing tu mengiaw balik. Kali ni dari sliding door tu ke arah dapur. Tv pun berbunyi balik. Tp kali ni bunyi srett yg tiada siaran tu. Dia pun terus bangun. Tekak terasa dahaga yg amat. Tapi memandang kan bunyi kucing td menghala ke dapur mcm bg sign yg benda tu kat dapur, dia terus tak jadi minum air. Terus masuk bilik dari ruang tamu tu.

Alhamdulillah benda tu dah tak kacau dia dah. Tapi rumah tu sebelum dipagarkan memang banyak yang singgah buat kacau. Ada sekali tu, kami tengah lepak kat ruang tamu, ternampak bayang adik dia sedang tidur dalam bilik. Sedangkan si adik ni keluar melepak dengan kawan dia. Meremang satu badan. Memang kitorang pun lepak kedai makan lah lepas tu. Adik dia pun pernah nampak budak mencangkung kat bawah kabinet dapur. Memang lepas tu dorang pagar rumah tu. Alhamdulillah dah takda yg kacau.


NEXT»»»»»»»»

KISAH HANTU TIDAK KASAT MATA VOL 2 「 Complete 」Where stories live. Discover now