[ 94] KHTKM - DI SANTAU MAJIKAN 2

15 0 0
                                    




kejadian-kejadian mistik yang berlaku kepada aku, dan siapa dalang angkara perbuatan santau itu.

Bukan tak nak bercerita secara penuh masa itu. Ada yang menghalang aku untuk bercerita secara terperinci. Di bahagian kedua ini aku akan menceritakan apa yang tidak aku ceritakan di bahagian pertama. Seperti yang aku beritahu, aku sakit selama 9 bulan lamanya. Nak mencari tukang ubat, punyalah sangkak. Hari-hari aku berlalu dengan kesakitan yang bagai nak gila. Aku mengalami batuk yang makin teruk, muntah darah, sesak nafas dan kemurungan yang teruk. Kadangkala aku menangis sendiri, kadangkala aku ketawa sendiri. Tidurku berbantalkan dua buah bantal untuk mempermudahkan pernafasan ku.

Seperti yang aku ceritakan sebelumnya, adik ku pernah terbangun dari tidur dan lihat aku terbungkus bagaikan pocong.! Entah datang dari mana kain putih tu, aku pun tak tahu. Ayahku yang tolong membuka ikatanku dan terus membakar kain putih tu. Muntahku pula, bermacam-macam warna dan bau. Paling selalu, aku muntah darah. Baunya cukup busuk, hanyir. Sebanyak-banyaknya darah aku muntah sampai lemah longlai. Mama ayahku pernah bawa ke hospital tapi yang menghairankan, perkiraan darah aku tidak pernah turun walaupun muntah darah banyak kali. Oxygen dalam badan pun tak pernah surut walaupun aku pada zahirnya tercungap-cungap macam orang sedang nazak.

Setelah jenuh mencari, aku dipertemukan dengan seorang ustaz. Mama, ayah serta adikku menemaniku ke tempat perubatannya. Aku diubatkan secara ruqyah. Ustaz itu memulakan sesi perubatan dengan bertanya kepadaku nama penuhku, umurku, apa pekerjaanku dan dimanakah tempat kerja ku. Setelah aku memberitahu bahawa aku seorang pegawai yang bertugas di sebuah lapangan terbang, ustaz itu terus berkata, “Seeloknya, kamu berhenti lah bekerja disitu. Saya, bukan apa, terus terang saya katakan, kalau dalam satu hari saya ada 10 kes, 9 dari tempat kerja kamu.

Suami orang nak kan isteri orang, dibuat si isteri orang tu. Isteri orang nak kan suami orang, dibuat suami orang tu. Banyak kan kes2 macam tu berlaku disana??” Aku mengangguk lemah. Dalam hati bertanya, macam mana ustaz ni tahu eh.? Tempat kerjaku memang banyak kes skandal. Lalu sesi perubatan pun bermula. Ustaz suruh aku pejam mata dan tenangkan fikiran. Setelah itu, apa yang aku dengar adalah suatu suara yang sangat kuat membaca ayat2 Ruqyah. Sampailah kepada sepotong ayat yang dibaca, aku tiba-tiba rasa nak muntah.

Aku muntahkan apa yang rasa nak terkeluar dari tekak ku. Dengan mataku yang masih terpejam, aku lihat seolah-olah aku ditengah-tengah api yang membara. Panas rasanya. Tiba-tiba laungan ayat itu terhenti dan aku disuruh buka mata. Ustaz itu berkata, “Cha, istighfar Cha. Tengok ni dalam plastik ada apa?” Aku nampak lendir, debu seperti serbuk kaca, rambut dan sebagainya. “Anak awak ni, ada tanda-tanda kena santau” kata Ustaz kepada mama dan ayahku. “Macam mana Ustaz tahu?” Tanya Ayahku. Agak tidak logik bila difikirkan sekarang kenapa ayahku bertanya begitu pada seorang pakar perubatan Islam.

Ustaz itu menerangkan, sewaktu dia membacakan Ruqyah, dia terasa panas di bahagian tengkuk dan dadanya. Untuk seorang perawat, itulah tanda-tanda orang yang diubati itu terkena racun santau. “Sebab itu saya singkatkan bacaan Ruqyah untuk kali ini. Kalau saya lanjutkan, Cha takkan tahan. Sebab dia akan rasa lebih panas dari saya.” Ustaz pun memberi tiga botol air yang telah diruqyahkan kepada ayahku, satu untuk aku mandi, lagi dua untuk aku minum.

Aku bertanya padanya, kalau benar aku disantau, boleh tak aku tahu siapa dalangnya. Ustaz mulanya enggan memberitahu. Dia tak mahu aku berdendam atau melakukan apa-apa pada orang berkenaan. “Ustaz… saya mohon. Saya tak akan melakukan apa-apa, saya cuma nak tahu je.” rayuku.

“Baiklah. Saya tidak akan memberitahu siapa dalangnya. Tapi, pertanyaan saya yang berikut ni mungkin akan memberi petunjuk ya. Ada tak kamu bergaduh dengan sesiapa di tempat kerja kamu akhir-akhir ni? Kenapa dia ingin menyantau kamu sehingga kalau boleh nak kamu mati?” kata Ustaz. Aku terkedu. Mindaku terus jadi kosong. Aku langsung tak ingat apa-apa. Siapa ya?

KISAH HANTU TIDAK KASAT MATA VOL 2 「 Complete 」Where stories live. Discover now