[ 62 ] KHTKM - MAWAR PULANG MEMBALAS DENDAM

20 0 0
                                    


Mawar adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke Kuala Lumpur dua tahun lepas. Dia bekerja di kilang membuat roti. Dia mula berkenalan dengan seorang pak guard di kilang itu bernama Man. Mereka mula bercinta. Tanpa Mawar sedar, Man sebenarnya sudah berkahwin. Satu hari, rahsia Man bercinta dengan Mawar terbongkar. Isterinya amuk. Dia telah membawa sebilah pisau ke kilang dan menikam Mawar. Di kilang itu juga Mawar meninggal dunia.

Man terlepas dari apa-apa hukuman manakala isterinya di masukkan ke penjara. Mereka sekarang sudah bercerai. Selepas tiga tahun meninggalkan kilang itu, Man bekerja semula di sana. Sepanjang tiga tahun itu tidak pernah berlaku apa-apa. Sehingga hari kepulangan Man di kilang itu.

Mula-mula Pak Guard yang bekerja malam lapor yang mereka dengar suara tangisan seorang wanita. Hari makin hari dengar pulak cerita pekerja di kilang itu nampak kelibat perempuan. Satu hari juru gambar yang di upah oleh syarikat untuk mengambil gambar jamuan tahunan terambil gambar hantu berwajah Mawar. Kecoh satu kilang.

Man sedar Mawar pulang menghantui kilang itu kerana dia. Man membuat keputusan untuk berhenti kerja. Majikannya setuju untuk melepaskan Man untuk kali kedua. Tapi sebelum dia berhenti kerja, dia terpaksa melakukan shif malam yang telah di jadualkan.

Malam itu seperti malam biasa. Dia masuk kerja sambil berborak dengan beberapa pak guard di sana. Man buat rondaannya. Apabila Man lalu di tempat di mana Mawar di tikam, dia dengar bunyi tangisan seorang perempuan. Dia sedar itu Mawar tapi dia tak tahu nak buat apa. Dia teruskan rondaannya. Namanya di sebut. Sayup-sayup. “Man. Man.”

Man terhenti. “Kenapa Man?”

Perasaan takut mula menyelubungi Man. Dia bergesa meninggalkan kawasan itu. Tapi dia merasakan ada sesuatu atau seseorang mengikutinya. Bunyi ketukan boleh di dengar seperti seseorang ingin perhatian. Man meneruskan rondaannya.

Tiba-tiba badan Man berasa berat terutama di tengkuknya. Dia duduk di kerusi berdekatan. Man dengar bisikan betu-betul di telinganya. “Sanggup awak Man. Awak janji kita akan bersama. Tapi awak tipu. Awak tipu tentang isteri awak. Awak tipu tentang cinta awak. Awak hilangkan diri selama tiga tahun.”

“Maafkan saya Mawar. Memang saya tipu awak. Saya tak cinta awak. Saya hanya rapat dengan awak sebab awak senang di gunakan. Tapi saya tak sangka ia jadi sebegini.” kata Man.

Sebaik dengar je penjelasan Man, Mawar mengamuk. Man merasakan badannya di cakar. Barang-barang di kilang habis terbalik. Satu jeritan yang amat mengerikan boleh di dengar.

“Maafkan saya Mawar. Hukumlah saya.” kata Man.

Selepas 10 minit keadaan menjadi huru hara, Mawar hilang. Sejak itu, kilang tidak berhantu lagi. Sejak malam itu juga Man tidak lagi kelihatan. Khabarnya dia bunuh diri kerana terasa terlalu bersalah. Ada juga yang mengatakan Man masuk wad gila. Cerita yang paling di katakan adalah Man lumpuh satu badan. Hukuman lebih seksa dari mati atau jadi gila.





NEXT »»»»»»»»»»»

KISAH HANTU TIDAK KASAT MATA VOL 2 「 Complete 」Where stories live. Discover now