[21] KHTKM - TANDAS

36 0 0
                                    

          Sudah dua bulan Susanti bekerja di Malaysia, mengikut sahabat baiknya Citra. Dia bukan bekerja sebagai atas tiket pendatang tanpa izin tetapi dia mempunyai permit yang sah. Bekerja untuk menyara keluarga yang susah di kampung halamannya, Padang Indonesia.

Beri sahaja tugas padanya, pasti akan dilaksanakan sebaik mungkin. Bekerja sebagai cleaner di salah sebuah pusat membeli belah ternama di ibu kota membuatkan dia sedikit kekok melakukan rutin seharian itu apatah lagi apabila disuruh melakukan tugas mencuci tandas. Tugas-tugas mencuci tandas tidak dilakukan sendirian sebaliknya dia pasti bersama sahabat baiknya, Citra yang sentiasa bersamanya tatkala melakukan tugas sedemikian.

Kemana-mana sahaja pasti berdua. Sehinggakan kak Milah orang lama yang bekerja disitu pun tahu akan keakraban dua sahabat yang berasal dari Indonesia itu.

Tetapi pada petang itu Susanti terpaksa melakukan tugas membersihkan tandas awam di pusat membeli belah itu sendirian memandangkan Citra terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana mengalami sakit perut dan muntah, kemungkinan keracunan makanan.

"Su..., boleh ya kamu sendirian cuci toilet petang ni....?" pujuk kak Milah pada Susanti.

"Toilet di tingkat berapa kak Milah.....?"
Susanti inginkan kepastian agar tidak tersalah masuk tandas.

"Kamu bersihkan tandas hujung di tingkat tiga dan tingkat empat..." Arah kak Mila pada Susanti.

"Tingkat tiga dan empat, baik kak...." Susanti akur dengan arahan kak Mila tanpa bantahan.

       Susanti membawa segala perkakas ke dalam baldi lalu di letakkan ke atas troli. Troli di sorong masuk ke dalam perut lift yang sedia terbuka. Sampai di tingkat tiga Susanti keluar lalu menuju ke tandas yang terletak di bahagian belakang. Sampai sahaja di tandas tersebut, tanda amaran "Jangan masuk, tandas sedang di bersihkan" segera di letakkan di hadapan pintu. Rutin membersihkan tandas di lakukan seperti biasa. Kali ini dia hanya bersendirian sahaja. Lagipun itu bukan satu masalah padanya. Tugas yang diberikan sentiasa dilaksanakan dengan seikhlas hati demi sesuap nasi.

Selesai membersihkan tandas di tingkat tiga, kini Susanti naik ke atas tingkat empat. Dia perlu melaksanakan tugas terakhirnya pada petang itu, iaitu membersihkan tandas yang paling hujung di tingkat empat.

Tanda amaran segera di letakkan. Dengan tanpa membuang masa, dia terus masuk sambil membawa perkakas pembersihan ke dalam tandas. Kain pengelap di basah kemudian cermin didinding di hadapannya yang terletak di atas singki di lap sebersihnya. Singki putih seramik di hadapannya disental sehingga berkilat. Sedang leka dia menyental singki kedua pula, Susanti terlihat ada sosok seperti seseorang perempuan sedang mendukung bayi berada di dalam cermin berdiri dibelakangnya. Tersentak Susanti melihat perempuan itu yang tiba-tiba sahaja berada dibelakangnya. Tetapi perempuan itu hanya diam kaku sambil memerhatikannya. Apabila Susanti cuba pusing ke belakang, sepantas itu juga sosok perempuan itu hilang dari pandangan. Susanti berasa pelik, mustahil boleh ghaib begitu sahaja. Tidak terlintas langsung difikirannya akan mahkluk ghaib ketika itu.

"Apa aku salah lihat barangkali...." Susanti mengomel sendirian.

Susanti langsung tidak memperdulikan apa yang sedang dilihatnya tadi. Dia harus menyambung tugasnya semula. Namun..., sedang asyik menyental baki-baki kotoran di singki, Susanti terdengar pula suara perempuan menangis teresak-esak didalam salah satu kubikel tandas. Terdapat empat pintu kubikel tandas tersebut tetapi hanya tiga yang terbuka pintunya kecuali pintu kubikel tandas yang ke empat dan paling hujung. Kubikel tandas ke empat yang pintunya bertutup itulah yang Susanti dengar suara perempuan sedang menangis. Susanti hanya membatukan diri, cuba untuk mendengar esak tangis perempuan itu dengan lebih jelas. Sedang Susanti cuba untuk memasang telinga, semakin galak pula suara perempuan itu menangis. Susanti semakin cuak, namun apakan daya..., dia sudah pun berada didalam tandas tersebut. Justeru itu dia harus memberanikan diri untuk melihat 'siapakah' atau 'apakah' yang sedang menangis syahdu di dalam kubikel tandas paling hujung itu.

KISAH HANTU TIDAK KASAT MATA VOL 2 「 Complete 」Where stories live. Discover now