Ni pengalaman kezen aku yang aku cerita tu jugak. Macam biasa time dia baru balik lepak memalam. Dalam 12-1 pagi waktu ni.
Rumah dia, iaitu kampung aku, ada sebuah tanah perkuburan, kawasan makam raja. Raja dulu² lah....
Detailnya, aku tanak cerita. Pepandai lah korang bayangkan kat mana okay. So, nak pergi kampung aku mesti akan jumpa kawasan makam tu, agak femes tempat ni sebenarnya. Macam² cerita mistik orang cerita, kebenarannya aku tak pasti...tapi mungkin betul, sebab zaman dulu² kan macam² ada...Aku tak pasti lah sekeras mana tempat ni sampaikan aku pernah baca kat somewhere tempat ni siap orang buat pemujaan lagi, puja apa entah gigih sangat tu...
Mostly family aku pun memang dikebumikan kat situ, so setiap kali aku balik memang akan singgah...takdelah rasa pelik² ke apa, biasa je...cuma kawasan tu ke dalam sikit, bukan bebetul tepi jalan, ada banyak pokok² besar, semak...suram. Tu jela.Kezen aku ni, dengan kawan dia naik motor masa tu...kiranya nak balik rumah dia lah. Sampai je kat kawasan kubur tu, dia nampak kain putih yang macam tersangkut tapi takpasti tersangkut kat apa sebab kat situ cuma nampak tiang lampu je....kezen aku ingat normal lah, so dia pun lalu je tanpa ada perasaan...
Elok je dia lintas tu, suddenly kain tu macam berterbangan pulak....memang kezen aku perasan lah dah sebelah dia.
Mau tak terkejut, dia pun tak sure tu jenis apa, sebab nampak macam kain je kaler putih. Apa lagi, pulas minyak lah bawak motor macam lipas kudung...even masa tu pun kezen aku sempat pandang side mirror dia untuk pastikan benda tu tak ikut diorang, nasib baik lah...kain tu just landing kat tengah jalan je, tak buat apa².Nak mengusik lah tu kot tengok manusia takut tak dengan dia....
Tapi aku tak rasa dia datang dari kubur tu macam orang melayu selalu dimomok²kan....mitos je bagi aku, kalau benda tu betul pun mungkin dia dari hutan mana² tapi kebetulan "ambik angin" kat kawasan kubur tu kejap...NEXT»»»»»
YOU ARE READING
KISAH HANTU TIDAK KASAT MATA VOL 2 「 Complete 」
HorrorKumpulan Cerita mengubah cara pandang Masalah percaya atau tidak dengan makhluk halus atau semacamnye mengikut diri masing masing. #kisahorang #copy (>_______<) sambungan vol 2 Selamat membaca..