Tak tahu pulak sama ada ianya
benar atau tidak. Kisah ini diceritakan oleh seorang Cikgu matrik. Cerita ni berlaku di Kolej Perempuan. Ada sorang budak tinggal dengan roomatenya. Kehidupan mereka seperti biasa tanpa ada sebarang syak wasangka dan juga benda pelik berlaku.Sehinggalah pada suatu hari apabila budak tersebut balik ke bilik. Semasa dia hendak tidur, dia minta roomatenya menutup suis lampu. Dengan selamba roomatenya mengjulurkan tangannya yang memanjang macam Nang Nak dan terus menekan suis lampu. Bila melihatkan perkara ini, budak tu terus lari keluar dari bilik.
Bila diceritakan kepada orang lain, mereka bergegas ke biliknya dan didapati dia hanya tinggal seorang tanpa roomate kerana katil dan almari sebelahnya kosong. Keesokannya bila dibuat pertanyaan di pejabat kolej, mereka dapati tiada nama yang disebutkannya tinggal dalam bilik tersebut malah nama tersebut tidak pernah wujud.
Rupanya sudah satu semester dia tinggal dengan hantu (jin). Lepas tu cikgu berpesan kalau boleh nanti bila balik ke bilik cuba check roomate betul-betul sama ada orang betul atau hantu. Setelah dicheck didapati peristiwa ini tak berulang lagi kerana kebanyakan roomate adalah benar-benar manusia.
Kisah ini dikatakan berlaku di UUM di Sintok, Kedah
NEXT»»»»»»»
YOU ARE READING
KISAH HANTU TIDAK KASAT MATA VOL 2 「 Complete 」
KorkuKumpulan Cerita mengubah cara pandang Masalah percaya atau tidak dengan makhluk halus atau semacamnye mengikut diri masing masing. #kisahorang #copy (>_______<) sambungan vol 2 Selamat membaca..