Cerita ni mengisahkan abah dan emak saya... Dah tak ingat bila berlaku... cuma kejadian ini berlaku ketika kami semua balik kampung sewaktu cuti semester sekolah... kampung di sebelah abah.... Abah ni memang ringan tulang... setiap kali ada kelapangan dia akan tolong arwah tuk wan dan tuk menoreh getah... Kalau disebelah utara kami panggil aktiviti "memotong"..
Sampailah pada cuti semester tu, abah seperti biasa membantu arwah tuk wan... kiranya hari ni arwah tuk wan boleh rilex2 la skit dengan tuk... Dan kebetulan mak pun nak ikut, kononnya nak membantu abah...
Pada pukul 4 pagi maka bermulalah aktiviti memotong getah nih... Abah dan mak menaiki kereta ke kebun getah milik arwah tuk wan.. kebetulan pula masa tu motor arwah tuk wan buat perangai...
Tiba di kebun, mak tolong suluhkan lampu pada abah bagi memudahkan kerja-kerja abah... Hinggalah pada satu masa bila mak ternampak ada sebatang pokok getah seperti di goyang-goyang... 'mungkin angin kot' cerita mak... tapi kalau angin masakan hanya sepohon yang bergoyang.. mak buat-buat tak peduli... abah masih lagi gigih menjalankan kerja-kerjanya tanpa menyedari kegusaran dan kerisauan mak...
Semakin lama semakin kuat goncangan pokok dan berpindah dari satu pokok ke satu pokok mengikuti ke mana sahaja mak dan abah pergi.. Mak dah mula rasa risau... memegang tangan abah lalu menunjukkan pada pokok yang bergoyang... Abah hanya kata monyet je tu.. sambil meneruskan kerja-kerjanya... Mak mententeramkan dirinya dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran..
Sehinggalah sampai di satu tahap di mana makhluk tersebut menggoyangkan pokok yang ditoreh oleh abah.. terasa titisan air dari daun-daun getah mengenai mak dan abah... Dan pada ketika itu abah mengajak mak ke kereta... mengantuk sangat katanya... Sampai kat dalam kereta.. abah menyuruh mak tidur... bila dah siang sikit abah akan menyambung kembali kerjanya...
Di luar kereta mak melihat pokok-pokok di goyang satu persatu.. mak terus memasang cd ayat-ayat suci Al Quran dan memejamkan matanya... Sampai satu ketika terasa seperti kereta digoyang-goyangkan...akhinya mak tertidur...
Mak terjaga bila kedengaran azan subuh.. mengejutkan abah lalu kedua-duanya pulang dan menunaikan solat subuh dan selepas tu abah meneruskan kerjanya yang terbengkalai tadi...
Bila dah balik ke rumah setelah selesai cuti semester barulah abah bercerita dengan mak... semasa pokok getah digoyang... abah ternampak satu susuk bewarna hitam dan berbulu... semenjak dari tu mak tak pernah mengikut abah sebaliknya abah melaksanakan tugasnya seperti biasa...NEXT»»»»»»»
YOU ARE READING
KISAH HANTU TIDAK KASAT MATA VOL 2 「 Complete 」
HorrorKumpulan Cerita mengubah cara pandang Masalah percaya atau tidak dengan makhluk halus atau semacamnye mengikut diri masing masing. #kisahorang #copy (>_______<) sambungan vol 2 Selamat membaca..