Aku, Jai dan Dani akan bermalam di sebuah hotel terkenal dengan gelaran 'hotel berhantu'. Kami kononnya nak mencari hantu, ala-ala 'seekers' dan melengkapkan diri dengan alat-alat shooting.
Hotel ni masih beroperasi seperti biasa, apabila kami, Dani minta bilik yang paling berhantu. Front desk memandang kami dengan muka tak puas hati.
Bilik kami 202. Tingkat 2. Sebaik sahaja kami check in, kami jalan-jalan dalam hotel untuk dapat feel kawasan itu. Agak seram juga di siang hari. Hotel ni terletak di atas bukit yang di kelilingi hutan. Jadi, kita boleh nampak kabus-kabus semasa kami meneroka hotel itu.
Kami pun pulang dengan makanan malam kami. Aku agak teruja dan takut bercampur aduk. Semasa makan malam, aku berdiam. Jai tegur, "Oi. Dari tadi aku tengok kau diam je. Nak tarik diri ke?"
Aku gelak. "Bak datang la hantu tu." Berlagak sungguh kami malam tu.
Jam tunjuk pukul 1 malam. Kami pun keluar memulakan ekspedisi mencari hantu. Kami mula dengan tingkat paling atas, tingkat 5. Turun ke tingkat 4, 3, 2,1. Tak ada apa-apa pelik berlaku. Muka Dani macam hampa, dengan memandang kamera dia berkata, "nampaknya hantu malu depan kamera."
Kami berpusing-pusing area kolam renang dan tempat letak kereta, area gym dan lobi. Langsung tak nampak apa-apa, kelibat pun tak ada.
Selepas meneroka satu hotel tanpa apa-apa habuan, kami pulang ke bilik kami. Jai terus baring kat katil. "oi, basuh kaki dulu la." aku mengarah Jai.
"Buat apa. Bukan ada hantu pun. Siapa kata tempat ni berhantu?" Jai jawab.
Aku ke tandas, bersihkan diri dan masuk tido. "Esok kita kena ikan tempoyak, camana?"
Dani jawab "aku setuju". Kami pun masuk tidur.
Tempat pukul 3 pagi, sesuatu pelik berlaku. Mula-mula selimut aku di tarik. Aku ingatkan salah seorang member aku tarik. Aku sambung tidur. Tiba-tiba lampu di tandas buk tutup buka tutup. Aku terus terjaga. Aku kejut Jai dan Dani, tapi mereka tak mahu bangun. Aku terasa telinga kiri aku di sentuh. Apabila aku pandang ke kiri, tak ada orang. Telinga kanan pulak dengar seseorang tengah berbisik. Aku tak pasti apa yang dia kata, bunyi seperti 'kami dah datang'. Aku cuba kejut Jai dan Dani sekali lagi. Mereka tak mahu bangun.
Tiba-tiba satu jeritan mengilai yang sangat kuat. Jai dan Dani terus terjaga. "Bunyi apa tu?" tanya Jai.
"Hantu." aku jawab.
Dani terus mengambil kameranya, "Ini lah masanya."
Gila betul Jani. Dia memang tak takut dengan hantu. Kami dengar bunyi cakar di dinding. Lampu di sebelah Jai melompat. Aku dah mula takut. Jai pun sama.
Tiba-tiba badan Dani di cakar tapi tiada seorang pun yang cakar. Apbila dia buka baju, kami boleh lihat tiga barisan di belakangnya. Lampu di sebelah Jai terjatuh dan pecah tanpa sesiapa sentuh. Lampu di sebelah aku pun turut terjatuh. Aku dah mula meremang. "Jom balik!"
Dani tak puas hati."Relaks. Mereka baru nak tunjuk muka." Kamera Dani di tolak jatuh berkecai. Ketiga-tiga mereka tunggu.
30 minit berlalu, tak ada apa-apa yang berlaku. Dani berkaka, "oi. mana kau?"
"Nak main dengan kami?" dengar suara hantu itu. Tiba-tiba satu bilik itu menjadi tunggang langgang. Barang yang boleh balik, di balingnya. Barang yang melekat kat dinding, di cabutkannya.
Kami bertiga keluar dari bilik itu. Tiba-tiba Dani terjatuh, dia di seret ke hujung hotel. Hantu itu mengangkat Dani lalu di cakar-cakarnya.
Jai pulak di tarik ke hujung hotel. Dia juga di angkat dan badannya di cakar-cakar.
Aku cuba baca ayat kursi. Harap dia tak datang dekat aku. Tiba-tiba aku rasa badanku di angkat. Perut aku di cakar seperti mereka. Di cakar berkali-kali.
Tiba-tiba aku tersedar dari tidur. Nafas aku kuat. Badan aku berpeluh. Aku pandang ke tingkap, matahari dah naik. Aku tengok jam, ia menyatakan pukul 8 pagi. Masya Allah. Nasib tu mimpi.
Aku pun ke tandas untuk buang air besar, perut aku sakit. Macam terbakar. Apabila aku buka baju, aku lihat cakaran-cakaran yang banyak di perut ku. Aku kejut Dani dan Jai. Dia memberitahu dia lalui mimpi yang sama. Apabila mereka periksa perutnya, ada kesan cakar seperti aku.
Kami check out dengan rasa pelik. Apa sebenarnya berlaku semalam.
NEXT»»»»»»»»»»
YOU ARE READING
KISAH HANTU TIDAK KASAT MATA VOL 2 「 Complete 」
TerrorKumpulan Cerita mengubah cara pandang Masalah percaya atau tidak dengan makhluk halus atau semacamnye mengikut diri masing masing. #kisahorang #copy (>_______<) sambungan vol 2 Selamat membaca..