Assalamualaikum dan salam sejahtera Jadi, pernah tak korang mengalami gangguan mistik?. Jadi harini aku akan ceritakan kisah yang dialami oleh diri aku sendiri semasa di asrama. Aku akan menggelarkan diri aku “aku”. Jadi kalau korang tidak selesa silakan sahaja gantikan dalam bacaan anda dengan perkataan yang selesa. Oh! Tak lupa juga aku akan kait mait kan dengan kisah asal usul hantu yang berkaitan dengan pengalaman aku.OK?.
Sebelum aku nak cerita dengan lebih lanjut lagi aku nak beritahu serba sedikit latar belakang aku. Ha! Sebelum itu, kalau korang nak percaya ataupun tidak, terpulanglah. Aku taknak paksa memaksa. Jadi, aku ni seorang yang periang, suka mendengar masalah orang dan juga seorang yang penakut tetapi aku juga suka dengar atau tengok cerita hantu. Jadi bila benda jadi kat aku, aku macam trauma dan fobia. Ok, asrama aku ni terletak di bahagian utara semenanjung Malaysia dengan berstatuskan sekolah berasrama penuh. Asrama aku ni memang banyak cerita seram, tetapi aku taknak la cerita kat sini. Oh! Tak lupa juga ada satu kes b***h diri. Ok, jadi aku akan start.
Baiklah, pengalaman seram aku ni berlaku semasa hari orientasi seminggu selepas kematian nenekku. Tidak silap aku masa tu hari ketiga selepas hari pendaftaran a.k.a hari pertama persekolahan. Jadi, masa tu aku tidur dengan kawan aku di dorm di satu katil dengan alasan takut. Oh! Aku ni bukan la seorang yang boleh nampak benda-benda halus ni. Tetapi,aku dapat rasakan sedikit la. Jadi masa tu,a ku pun tidurla. Tak sampai beberapa jam, aku terbangun daripada tidur akibat bau yang sangat busuk. Jadi, aku pun kejut kawan aku. Dan aku tanya, “Weii, kau ada terhidu bau tak?”. Dia pun terbangun dan berkata, “Hah, aku pun dapat hidu bau tu”.Jadi, kami ambil keputusan nak kejut senior kami yang tidur di dorm kami.
Apabila aku terbangun, tiba-tiba aku ternampak sekujur badan yang dibalut dengan kain kafan. Waktu itu, jangan cakaplah, aku terus tutup muka dengan selimut dan membaca ayat-ayat suci. Aku ni takdala tahu sangat bab-bab agama ni tapi surah-surah lazim aku tahu la. Jadi,aku pun baca dengan tajwid entah ke mana. Dengan perasaan takut aku kembali lihat, entah kenapa aku berani sangat. Jadi masa tu, tak ada apa-apa. Tetapi bau busuk tu masih ada. Aku terus kejut senior aku tanpa menghiraukan apa-apa disertai perasaan takut. Lepas aku kejut senioar aku, lega la sikit. Senior aku cakap yang bau ni hanyalah dari pondok sampah dari bawah. Untuk pengetahuan, aku duk aras atas sekali, jadi mustahil bau sampah tu boleh naik sehingga ke atas. Aku pun hiraukan tapi masih ada rasa takut. Dan kawan aku ada bagitau yang locker yang aku nampak “gula-gula” tu keras. Aku pun macam ok, dia nak start ganggu dah. Ok. Itu petanda pertama.
Petanda kedua pula, terjadi masa seminggu selepas orientasi dan disebulungi rasa takut. Jadi, malamtu malam Jumaat.T ahu-tahu jela, kan?. Ok, takpa. Macam biasa, tapi kalini aku tidur sendiri. Ok. Masatu pukul 12 malam tapi aku still tak boleh tidur. Jadi aku pun tengokla ke arah pintu. Lampu aras dibuka, jadi berkuranganlah sikit rasa takut dan seram. Tak lama lepas tu, aku dengar tapak kaki berjalan dan tiba-tiba aku ternampak seorang nenek tengah berdiri depan pintu dorm aku yang aku tengah tengok ni dan berkata “Cu, nak nasi lemak?”. Waktu tu aku sempat tengok wajah dia. Wajah dia kelihatan sangat buruk. Waktu itu bulu roma aku meremang habis. Keesokan paginya,aku bangkit dengan perasaan yang takut. Alangkah terkejutnya aku bila melihat daun pisang yang bersaiz seperti daun pisang yang dibalut di nasi lemak. Dan tertulis “HATI-HATI! DIA ADA DEKAT DENGAN KAMU”. Aku terus menggigil dan buang daun pisang itu ke tepi. Bila lihat semula, daun pisang tu dah hilang.
Aku pun balik ke rumah untuk minggu pulang bermalam sempena cuti pertengahan tahun. Aku pun cerita dekat ibu dan bapa aku tentang kejadian yang terjadi pada aku. Selepas itu, kami pergi berubat di satu pusat rawatan Islam yang terletak di Perak. Selepas beberapa jam berubat, aku terlihat seorang nenek tu mirip seperti nenek hari itu. Melambai-lambai ke arah aku. Aku terus menjerit dan pengsan. Rupa-rupanya, ustaz itu beritahu aku, yang aku terkena sihir yang tidak disengajakan dan badi mayat, maklumlah pertama kali tengok jenazah [jenazah nenek aku]
Selepas itu, tiadalah kejadian misteri atau pelik terjadi dekat aku. Jadi, harap korang enjoylah ye dengan kisah aku yang tak seberapa ni. Terima Kasih. Bye…
kredit by Personzs
NEXT»»»»»»
YOU ARE READING
KISAH HANTU TIDAK KASAT MATA VOL 2 「 Complete 」
HorrorKumpulan Cerita mengubah cara pandang Masalah percaya atau tidak dengan makhluk halus atau semacamnye mengikut diri masing masing. #kisahorang #copy (>_______<) sambungan vol 2 Selamat membaca..