"Wah....! Ramainya....."
Ada 10 permintaan rakan di laman facebooknya pada hari itu. Satu persatu senarai profile facebook dilihatnya. Sofea masih meneliti, sama ada mahu menerima ataupun tidak permintaan mereka.Apabila sudah melihat keseluruhan 10 profile tersebut, barulah Sofea menekan butang 'confirm' untuk menerima 9 dari 10 permintaan dari rakan-rakan baru. Hanya satu sahaja Sofea masih ragu-ragu untuk menerima permintaannya itu.
"Haikal Harun......"
Sofea meneliti gambar profile facebook lelaki yang bernama Haikal Harun. Dikotak gambar profilenya hanya terpamer warna merah hati. Malah tiada gambar lain di dalam facebook lelaki itu selain hanya gambar berwarna merah hati itu sahaja. Malah..., senarai rakan juga tiada, kosong. Seolah-olah seperti akaun palsu yang digunakan untuk tujuan tertentu seperti yang selalu dilakukan kebanyakkan orang.
"Terima sajalah. Mungkin dia masih baru lagi buat facebook...." Sofea bermonolog. Lalu menekan butang 'confirm' tanda menerima persahabatan yang dihulurkan.
Sofea kembali menyambung kerja sekolah yang belum selesai. Tahun ini adalah tahun penting untuknya, kerana dia akan menghadapi peperiksaan SPM yang bakal tiba nanti.
Sesekali handphone ditepinya di ambil, sambil melihat notification ataupun mesej dari messenger. Sofea mencebik. Tiada balasan mesej yang masuk. Dia sendiri tidak pasti siapakah yang dinantinya. Kenapa hari ini dan saat ini perasaannya terasa kosong dan bosan. Apatah lagi mengulangkaji pelajaran secara sendirian tanpa teman disisi. Kesemua rakan-rakannya mempunyai alasan tersendiri untuk tidak dapat datang ke rumahnya atau bertemu di tempat biasa. Jadi, terpaksalah Sofea bersendirian duduk di dalam biliknya. Sempat di kerling ke arah tingkap. Melihat cahaya matahari menerjah masuk ke dalam biliknya yang suram. Dia kembali menyandar di kerusi. Buku latihan dan buku teks terbiar sepi di atas meja.
"Hmm....... Bosan.....!!" Sofea mengeluh panjang.
Tiba-tiba....
Handphonenya berbunyi. Senyuman dibibir mulai terukir. Sofea gembira. Lalu messenger segera di buka dan dibaca. Namun..., Sofea mengerut dahi.
"TERIMA KASIH SOFEA......"
Lelaki bernama Haikal Harun sedang menghantar mesej melalui aplikasi messenger kepadanya. Untuk tidak menghampakan lelaki itu, akhirnya Sofea membalas mesej tersebut.
"SAMA-SAMA....."
Handphone diletakkan kembali ke meja. Jam di dinding di kerling, sudah mengenjak ke pukul 6 petang. Malam ini ibu dan ayahnya terpaksa pulang lewat ke rumah dari tempat kerja, kerana mereka akan terus melawat sahabat ayahnya yang baru sahaja kematian anak kerana kemalangan jalan raya tengah hari tadi.
Apabila teringatkan hal itu, serta merta perasaan Sofea menjadi sayu dan sebak.
"Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, aamiin......"
Sempat Sofea titipkan doa. Air mata yang mulai bergenang di kelopak mata diseka perlahan.
Kemudian dia terus bangun mengambil tuala untuk mandi. Namun langkahannya mati untuk ke bilik mandi, kerana dia terdengar bunyi mesej messenger di handphonenya.
Handphone segera dicapai....
"NAK KE MANA.....?"
Terbeliak mata Sofea membaca mesej dari Haikal Harun. Namun Sofea tidak segera membalas, malah dia mengabaikan mesej tersebut. Lalu handphone diletakkan semula di meja dan terus menuju ke bilik mandi.
Selesai sahaja solat maghrib, Sofea terus sahaja menuju ke dapur memandangkan perutnya sejak dari petang tadi belum lagi di isi dengan makanan. Belum sempat mencapai pinggan, mesej di messenger kembali berbunyi. Sepantas itu juga Sofea melihat isi kandungan mesej tersebut.
YOU ARE READING
KISAH HANTU TIDAK KASAT MATA VOL 2 「 Complete 」
HorrorKumpulan Cerita mengubah cara pandang Masalah percaya atau tidak dengan makhluk halus atau semacamnye mengikut diri masing masing. #kisahorang #copy (>_______<) sambungan vol 2 Selamat membaca..