🌼🌼🌼
Kring!!! Kring!!!
Sedang elok aku mimpi cekik unicorn, tiba-tiba jam locengku mengejutkan aku yang sedang serabai ini.
Bantal didi ku capai lalu membaling kearah jam loceng.
Piunggg
Kini jam loceng ultramen disahkan meninggal dunia pada jam 6:00 pagi akibat kemalangan bantal.
Eh.
Akibat masih mengantuk, Mata aku terpejam kembali.
"Liyaa!!!! "
Suara kakak aku lia, menyalak memanggil namaku."Peeee??? "
Sahutku malas"Bangun la... Matahari dah nak terbenam ni! "
Balas kakaku dari tingkat bawahAku hanya diam
Nak kelentong pun berpada pada. Terciyduk nantiEh
Haih nasib
Aku bangkit malas dari pembaringan lalu mencapai jam yang telah rosak akibat balingan maut aku tadi. Jam tadi aku baling ke dalam almari. Eh silap, almari perkuburan para jam. Aku berjalan malas, lalu mencapai tuala yang tersangkut kemas di tepi almari baju aku, langkah aku terhenti seketika. Mata ku terbutang ke arah bantal didi yang baru sahaja aku lempar tadi. Aku mencapai bantal busuk kesayangan itu lalu menciumnya.
"Sayang duk sini dulu au"
Kataku sambil tersenyumKorang pe tau... Bantal tu anak aku au.
Eh
Tanpa berlengah masa, aku menapak pelahan ke kamar mandi.
Dan konsert percuma aku sedekahkan.
Untuk pengatahuan, aku ada dua almari. Satu untuk perkuburan para jam dan satu lagi untuk baju-baju aku.
Saje cakap.
"Rock yoooo!!! '
"Hei liya! Runtuh rumah ni nanti!! "
🔗🔗🔗
Aku menuruni anak tangga dengan kelajuan siput.
"Haih liya... Slow nye.. "
Kata kakak ku lia sambil menuangkan air kosong kedalam gelas.Sejurus aku melihat segelas air kosong terpacak di atas meja, kadar kelajuan aku bertambah.
Gelas yang berisi air kosong ku capai lalu ku teguk rakus.
Bukan sebab dahaga, tapi sebab air kosong ialah air kegemaran aku. Korang pe tau.
"Liya... Akak dah nak pergi kerja ni... Leklok duk umah"
Sebut kakak ku lalu memakai kasut untuk pergi ke kerja."Em... Ok.. "
Balasku ringkas."Balik nanti akak beli ikan.. "
Sebut kakaku lalu tersenyum manis."Ikan? "
Tanyaku keliru"BAHAHAHAHAHAH! gurau je la.. Nanti akak beli pizza. Tunggu tau.. "
Balas kakakku dengan ketawa iras iras gajah. gajah ketawa pun tak seteruk itu.Eh
"Emmm... Akak... "
Panggil ku pelahan"Iyap? "
"Mana tudung akak? "
Sebaik sahaja aku sebut perkataan 'tudung' kakak aku mula gelabah.Jari runcingnya meraba-raba rambutnya. Pandang bulat dia sedekahkan kepadaku.
"Ohmaigoat!!!!!!!!! "
jerit kakaku lalu membuangkan kasutnya dengan gelabah dan kasutnya selamat membunuh seekor semut. Maka tamatlah riwayat si semut. Handphone ditanganya dibaling ke arahku. Perut aku yang gojes menjadi sasaran banlingan hanphone nya tadi.
kakaku mendaki anak tangga dengan laju dan gelabah.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE [C]
Mystery / ThrillerKISAH seorang gadis yang bersifat beku dan bapak tak sweet telah mencuri hati seorang lelaki yang bersifat lembut, ceria dan terlebih gula. Perkara ini membuatkan 'Liya' langsung tidak selesa malah Liya rasa benci akan jejaka bernama Akim yang selal...