"Abang dan... "
"Dan sape? "
Tanyaku dengan tidak sabar."Abang dan jantung dia "
Jawab anna lalu mengembungkan pipinya menahan tawa.Erk
"Apa anna ni... Buat lawak lak! Hambar tau! ”
Sebutku lalu memukul bahunya pelahan. Aku tahu, anna sengaja tak mahu buka cerita."Ahahha.. Kan kalau mati, jantung turut mati. Hahahahah"
Anna mula meloyar buruk.Muka buruk ku tayangkan.
Berdekah si anna ketawa.
Seram gak suara dia gelak."Anna.. Nak tanya olee.. "
Tanyaku sambil menyuap sekali lagi pizza kedalam mulut."Ha tanya la"
Jawab anna tanpa fokus kearahku."Apa nama girlfriend abang sulung anna? ”
Saja aku mengorek rahsia. Mana tahu abang dia couple dengan nenek aku. Tak gitu?"Uhuk.. Uhuk uhuk! "
Soalan aku membuatkan anna tersedak. Laju aku mengosok belakang anna untuk melegakan tersedaknya."Hish akak ni.. Tersedak anna."
Tisu yang diberi percuma oleh pihak pizza,dicapai lalu anna mengelap bibirnya yang agak comot."Eheheh.. Sabar ek ya ukhti"
Sebutku sambil menahan tawa."Ha iyo laa kak... "
Balas anna sambil memuncung manja."Cepat laa.. Nama girlfriend abang sulung apa? "
Tanyaku dengan tidak sabar."Nama girlfriend abang ialah... "
Pranggg!
Baru sahaja anna mahu menyebut nama girlfriend arwah abang sulungnya, tiba² gambar kakaku jatuh dari meja.
Pecah berderai!
"Alamak.. Canne bole jadi nii.. "
Laju aku bangkit dan mencapai plastik pizza, lalu mengutip kaca pelahan. Tak mahu anna terpijak,kalau tak, mahunya abang pysconya sembelih aku.Selesai mengutip kaca, aku memandang wajah anna yang beku. Dia hanya diam seribu bahasa. Langsung tidak bergerak.
"Anna?"
Panggilku pelahan.Namun tiada sebarang sahutan. Matanya hanya membulat dan terdiam kaku.
"Anna?”
Pelahan aku menyentuh bahu anna.Terjungkit bahunya terkejut. 'Slow' je kot aku sentuh.
"Anna.. Kenapa ni? ”
Tanyaku dengan dahi berkerut. Risau jugak aku. Tibe je kaku."Er tak de pape. Takde pape.. "
Sebut anna lalu menyuapkan kembali pizza kedalam mulutnya dan senyuman paksa ditayangnya.Apa kena dengan budak ni?
Lain semacam.Plastik yang dipenuhi kaca ku letak kedalam tong sampah ruang tamu. Gambar arwah kakaku, ku letakan di atas meja.
Kemudian aku menuju ke singki untuk mencuci tangan. Dalam benakku tak habis² berfikir. Macam mana frame tu boleh jatuh.
Kucing?
Kucing kakak aku dah hilang.
Haish.Selesai aku mencuci tangan, aku menuju ke arah anna yang sedang menjamah selera.
Aku kembali duduk sebelah anna. Pizza ku capai lalu menyuapkan kedalam mulut. Anak mataku memandang anna yang sedang leka memandang gambar wajah arwah kak lia.
Anna kenal ke kak lia?
"Anna?"
Panggilku.Laju anna meletakan kembali gambar arwah kak lia di atas meja.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE [C]
Mystery / ThrillerKISAH seorang gadis yang bersifat beku dan bapak tak sweet telah mencuri hati seorang lelaki yang bersifat lembut, ceria dan terlebih gula. Perkara ini membuatkan 'Liya' langsung tidak selesa malah Liya rasa benci akan jejaka bernama Akim yang selal...