"Ikut aku"
Sebutku lalu menarik kasar lengan akim."Nak pegi mana? "
Soal akim lalu menarik lenganya dari terus berada dalam gengamanku.Muka masam ku tayangkan.
"Aku cakap ikut aku.. Jangan melawan!"
Balasku dengan nada suara ditinggikan sedikit. Disebabkan aku berada di kawasan sekolah aku terpaksa mengawal ton suara. Kalau boleh nak je aku jerit sampai pecah gegendang telinga si mamat ni."Tak bole ke bincang kat sini? Saya nak belajar la.. "
Bantah akim lalu mengosok pengelangan tanganya."Aku cakap ikut aku! Faham bahasa tak? "
Dahla aku takde mood dia nak melawan pulak? Leceh!"Cakap kat sini je la.. Boleh tak? Saya banyak work laa. "
Ujar akim lalu pandanganya memandang lantai."Ohh, kau nak rahsia maksiat kau terbongkar kat sini ke ha? "
Sebutku dengan nada separa berbisik."Awak nak cakap hal ni? Dah la saya tak nak... "
Jawab akim lalu memusingkan tubuhnya untuk menuju ke kelasnya kembali, baru sahaja akim mula melangkah, aku menarik lenganya kasar."Akim! "
"hishh..ha ye la.. "
Bumbung sekolah menjadi tempatku dan akim berbahas. Keadaan agak tegang, aku dan akim sama² dengan wajah masam mencuka.
"Aku nak tanya kau.. Apa tujuan kau mainkan kaum wanita? "
Tanyaku dengan nada cuba bertenang."Saya tak buat.. Saya tak buat hal yang kotor tu.. "
Jawab akim sambil berpeluk tubuh. Matanya langsung tidak memandangku."Kau jangan tipu! Kau yang buat lily macam tu! Kau sanggup tengok keadaan dia sebegitu?dia tersiksa kau tahu.. Kau sedar tak lily ada tumor?! Dia sakit! "
Nadaku naik senoktah. Aku tak kisah kalau suara aku kuat sehingga pecah sekalipun, kerana aku yakin tiada siapa yang mendengar.Yang penting, aku puas hati.
"Tak.. Saya tak percaya.. "
Balas akim senada.What?
Apa yang dia tak percaya?
Dasar!"Kau tak payah putar belit cerita la akim.. Aku kenal kau... Kau pyscho! Kau jahat! Disebabkan otak kecil kau berserabut, lily jadi mangsa kerakusan kau! Kau rosakan dia! "
Langkahku mendekati akim setapak, kerana aku merasakan tapak tanganku sudah tidak sabar melepaskan tamparan maut. Buat sulung kalinya."Serius saya tak buat! ”
Jelas akim sambil mengengam penumbuk. Mungkin tuduhanku membuatkan kesabaranya makin menipis. Kisah apa aku? Memang dia buat kan. Kan?"Ok kalau kau berdegil... Aku akan tanya anna apa yang berlaku sebe-
Aku baru sahaja mahu menghabiskan ayat aku, akim memotong ayatku terlebih dahulu.
"Yes.. Saya yang buat.. "
Sebut akim lalu pandanganya jatuh ke tanah."Ap-apa? "
"Saya yang rosakan dia.. Saya bosan.. Saya cari lily sebagai melepas kebosanan dan nafsu.. "
"Ak-akim.. Ka-kau.. "
Sungguh aku tak percaya dengan kata² jujur itu."Saya buat semua ni atas dasar bosan. Ma-maafkan saya.. "
Dadaku mula berombak menahan amarah. Sanggup dia jatuhkan maruah seorang wanita? Demi nafsu dan melepaskan kebosanan?! DASAR!
LEPISHHH..
Akhirnya tamparan sulung aku berlepas juga.
"Kau dasar manusia berhati syaitan! ”
Jeritku kearah telingnya lalu menapak pergi.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE [C]
Mystery / ThrillerKISAH seorang gadis yang bersifat beku dan bapak tak sweet telah mencuri hati seorang lelaki yang bersifat lembut, ceria dan terlebih gula. Perkara ini membuatkan 'Liya' langsung tidak selesa malah Liya rasa benci akan jejaka bernama Akim yang selal...