(Liya house)
Lepishhhhh
Akhirnya tanganku melepaskan tamparan kepada orang yang tepat.
Puas hati aku.
Walaupun tamparan aku cukup kuat, namun tamparanku langsung tidak melunturkan senyuman Akim.
"Kau buat apa datang sini? Nak susahkan aku? Tak payah laaa.. Dah baik kau balik dari penyapu ni singgah kedalam hati hitam kau tu"
Sebutku sambil memegang sebatang penyapu berwarna pink lalu diajukan kepadanya."Saya datang ni sebab nak jemput awak dan anna pergi rumah saya.. Kan hari ni ada majlis makan² untuk anna. Saya nak buat yang terbaik hari ni.. "
Sebut akim sambil mengosok pipinya beberapa kali. Mesti pedih."Tak payah buat yang terbaik kalau pura pura.. Buat semak mata je"
Balasku selamba tanpa memandang wajahnya."Hei chagi.. Kenapa tak siap² lagi? Majlis start pukul 3:00 sekarang dah pukul 2:15. Anna kata nak pergi awal sikit dengan chagi "
Sebut akim sambil menanggalkan kasut."Chagi anak gajah kau.. Apa chagi² buat semak telinga kau tahu? Kau buang kasut ni nak buat apa? Nak suruh aku bagi kat anjing "
Balasku sambil bersilangan tangan."Laa.. Nak masuk la chagi.. Takkan tetamu nak duduk luar kot.. "
Sebut akim sambil tersenyum manis"Siapa suruh kau masuk? Duduk jelah kat luar. Lepak dengan anjing jiran tu,memang kena dengan kau.. Sama² anji- "
Baru sahaja aku mahu menghabiskan ayat aku, tiba² Anna menepuk bahuku dari belakang."Haih akak.. Nape tak siap lagi? ”
Sebut anna sambil tersenyum manis."Eh anna pun kenapa tak siap lagi ni.. "
Balasku pula. Aku hairan kenapa anna pakai seluar track dengan T-shirt je? Takkan la anak orang kaya pakai macam ni time majlis."Baju yang anna tempah ada kat rumah abang akim.. Jadi anna tukar baju kat situlah.. Akak pulak? "
Soal anna lagi."Akak takde baju yang sesuai untuk pergi majlis orang kaya ni.. Tu tak siap lagi ahhah.. "
Sebut sambil menjerling ke arah akim. Saja je aku nak sakitkan hati dia."Bagus la macam tu! Akak boleh pakai baju anna yang kat rumah tuu.. Baru la gempak"
Sebut anna sambil memegang jari jemariku dengan senyuman manis.Akim pula menjadi tunggul mendengar perbualan kami.
"Ehh segan la akak.. Lagi pun muat ke? "
Sebutku acah malu. Sebenarnya aku tak nak pergi pun majlis ni sebab ada akim, tapi demi anna aku sanggup."Segan apanya kak? Akak tu dah banyak tolong anna.. Bagi anna tinggal kat rumah akak, secara percuma lak tu. Lagipun badan kita sama saiz je kak.. "
Sebut anna sambil memandang ke arah abangnya."Ha ye tu anna.. Jomlah liya,anna "
Sebut akim lalu menapak ke arah kereta skyline hitam."Jom akak! "
Sebut anna teruja.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE [C]
Mystery / ThrillerKISAH seorang gadis yang bersifat beku dan bapak tak sweet telah mencuri hati seorang lelaki yang bersifat lembut, ceria dan terlebih gula. Perkara ini membuatkan 'Liya' langsung tidak selesa malah Liya rasa benci akan jejaka bernama Akim yang selal...