🌼C 34🌼

58 21 18
                                    

Baru sahaja aku mahu menyuap sesudu sup mushroom  masuk ke dalam mulutku. Akim yang entah dari mana, laju menepis sup yang panas itu hingga terpelanting jauh.

"Akim! "
Jerkahku sambil memandang sup mushroom yang membasahi lantai. Dia ni kenapa? Datang entah dari mana,  tiba² tepis makanan orang.

"Eh, ke-kenapa ni abang? I mean akim? "
Soal lily sambil mengambil tisu lalu dilapnya meja yang terkena sisa sup.

"Lily, kau berambus dari rumah aku! Sekarang! "
Jerkah akim lalu menarik lengan lily dengan kasar.

"Akim!  Apa masaalah kau ni ha?! Dia mengandung tu syaitan! Kau suruh dia gugur ke ha?! "
Marahku lalu menarik tangan sasa akim dari terus menarik lily dengan kasar.

Pap

Baju ku ditarik dari belakang.

Jelas tangan berurat farhan yang memegang baju ku dengan wajah serius.

"Jangan halang akim"
Sebut farhan dingin.

"Kau ni kenapa?! ”
Laju aku berpusing dan menolak dada bidang farhan. Namun farhan langsung tidak berganjak.

Kenapa dengan mamat pizza ni?
Tunjuk hebat ke apa?!

"Kau ni pengkianat macam akim kan?!  Wah tak guna! "
Dada farhanku pukul beberap kali.

"Akak.. "
Anna mula bersuara.

"Abang akim tak salah"

Apa yang Anna merepek ni?

"Akim! Aku bersumpah akan singkirkan betina ni! ”
Lantang suara lily mengeluarkan kata² yang cukup buat aku terkejut. Jari telunjuk lily menghala ke arahku.

"Li-lily? ”
Aku salah dengar bukan?

Lepshhhh!

Akhirnya tangan Akim selamat menyinggah di pipi lily, sehingga lily jatuh dan kepalanya terhantuk pada pasu bunga.

"Akim kau dah gila ke! ”.
Laju tanganku menampar wajah Akim yang sedikit tersenyum.

"Ahhh.. "
Lily memegang kepalanya yang berdarah.

"Lily awak tak apa²? "
Soalku lalu duduk di sisi lily sambil memegang tanganya yang penuh dengan darah.

"Dasar perempuan buta! ”
Jerkah lily kepadaku lalu menolak bahuku dengan kasar.

Li-ly..

Laju lily bangkit dan berlari.

"Puan jangan lari! Licin!"
Sebut seorang pembantu rumah yang agak berumur kepada lily yang sedang melangkah laju.

"Kau diam orang tua! ”
Itulah kata² lily yang terakhir sebelum dia jatuh menghempap bumi.

Perutnya yang agak berisi, terhempap kuat ke lantai yang baru di mop.

"Arghhhh"
Lily mengerang kesakitan dan mula tidak sedarkan diri.

"Lily!!! ”
Laju aku melangkah ke arah lily yang terbaring lemah.

"Lily² bangun lily"
Pipi lily ku tampar lembut sebelum mataku menangkap imej, cecair merah yang keluar dari celah paha lily.

Wajah Akim yang terkejut ku pandang dengan pandangan benci.

"Akim! Kau tengok apa yang kau dah buat! Ni anak kau! Tak guna! "
Jeritku dengan perasaan marah menyelubungi hatiku.

Laju akim berlari ke arah lily yang mula berwajah pucat.

"Farhan! Hidupkan kereta! "
Arah Akim dengan suara yang keras.

Tanpa membantah, farhan turuti arahan akim

UNEXPECTED LOVE [C]Where stories live. Discover now