💮C5💮

120 43 25
                                    

"Akim.... Mana kau... "
Mata aku tak henti henti mencari bayang akim. Aku hampir berputus asa.

"Adik maniss"
Sedang elok aku berjalan hilang semangat, tiba² suara yang geli untuk didengar berkumandang dalam telinga aku. Laju aku menoleh ke arah suara itu.

Aku mendapati seorang lelaki india sedang melambai lambai kearah aku untuk masuk kedalam kedainya. Disebabkan aku baik, aku tak nak lukakan hati dia, jadi aku melangkah menuju ke kedainya.

"Adik manis... Mahu sushi ka? Sushi ini banyakk sedap"
Kata pakcik india itu sambil mencium jari jemarinya ala ala chef.

"Takpe.. Saya tak nak"
Jawab ku ringkas dan bergerak setapak untuk pergi.

"Ayoo adik manis. Ini sushi dapat menyemangatkan kamu. Beli beli.. "
Kata si india tu eh i mean pak cik india tu sambil menayangkan gigi yang rongak tengah.

Erk.

"Takpe tak nak.. "
Jawabku lalu berpaling ke arah kedai sebelah. Iaitu kedai 'cotton candy'
Senyuman ku ukir selebar mungkin. Itu akim! Yang sedang beratur bersama kanak² lain untuk membeli 'cotton candy'.

"Terima kasih pakcik!  Lobiu! "
Ujarku lalu berlari ke arah akim.

"Ayoyo. Banyak seram ini budak.. "
Aku dengar apa si india tu cakap tapi aku pekakan telinga sebab aku dah jumpa akim!

Laju aku berlari ke arahnya yang sedang beratur dengan teruja.

"Akim²! "
Panggilku ceria.

"Lawa awak senyum. Saya ingat awak rongak sebab tu awak tak senyum"
Sebut akim sambil tersenyum comel. Terus mati senyuman ku tadi.

"Kau pehal ha?! Lama gile aku cari kau. Aku ingat kau dah pupus"
Kata ku jujur.

"Oh ade je dalam hati awak.. "
Sebut akim lalu mengeyetkan mata ke arah aku.

"Kau sakit mate ke?  And stop menganjing dengan aku.. "
Kataku dingin.

"Olo comelnye.. Awak risau pasal saya.. "
Kata akim sambil mencucuk pipinya dengan jari telunjuk.

"Hotak ko. Aku lempang baru tau"
Kataku sambil menunjukan telapak tanganku kearah akim

"Ehh pak cik dan mak cik ni asyik gado.. Tengok la beratur pun da tak betol. Pakcik!  Sekarang giliran pak cik! "
Seorang kanak² lelaki menegur kami dengan bernada marah.

"Bapak kurang ajar!  Kau panggil aku makcik?! "
Kataku dengan marah.

"Adik.. Maafkan pakcik tau.. Isteri pakcik ni. Garang sikit. Ok adik bole beli dahulu.. "
Kata akim dengan lembut lalu keluar dari barisan.

Panas telinga aku apabila mendengar perkataan 'isteri'

"Woi gi*a kau aku isteri kau?!  Eiii"
Sebutku geram. Kalau bole nak je aku sepak kepala mamat ni sampai berterabur. Eii

"Hehe.. Maaf.. Awak nak apa cari saya? "
Tanya akim sambil mengosok belakang kepalanya.

"Kau terhutang budi ngan aku kan? "
Tanyaku dingin.

"Ye chagi.. Nape? "
Tanya akim sambil tersenyum comel.

"Eee.. Ape chagi²?  Aku tak faham. "
Tanyaku pula. Sumpah aneh plus jijik.

"Takde ape la.. Hihihi.. "
Balas akim sambil menutup wajahnya dengan sebelah tanganya.

"Jangan gedik bole tak? Aku nak kau hantar aku pegi apartment jay... Sekarang"
Kataku sambil berpeluk tubuh.

"Err...ok "
Balas akim ringkas.

"Kenapa kau macam tak nak je ni"
Tanyaku dengan hairan. Sejurus aku menyebut apartmen jay, air mukanya berubah.

UNEXPECTED LOVE [C]Where stories live. Discover now