🌼C 26🌼

81 31 8
                                    

"Nak intip or tak payah?"
Pelbagai tindakan menari di dalam fikiranku.

Gelak ketawa yang dihasilkan oleh lily amat jelas masuk ke dalam gegendang telingaku.

Aku cuba berfikiran positif dan matang.

Patut ke aku intip?
Perlu ke?
Kot² dia dengan doktor tu kawan baik.
Doktor laki ke perempuan?
Tengah buat apa sampai gelak bagai.
Buat apa lama²?

Gelak ketawa manja lily makin kuat.

"Esh.. Tak patut aku intip.. Kacau orang tengah borak pula."
Aku mula menapak kebelakang untuk pergi.

"Eh kejap.. Dia borak dengan siapa? Dengar suara dia sorang je.. "
kepalaku kembali berpusing memandang langsir yang bergerak pelahan.

Perasaan ingin mengintip makin meninggi di dalam diriku.

Suara lily ketawa memang jelas, namun dia tengah ketawa dengan siapa?

"That not funny anymore emm.."
Suara lily sedang berbicara pula menerjah telingaku.

Aku tak sabar menunggu suara yang akan membalas percakapan lily.

Namun harapanku meleset.

"Dah la awak.. Lily keluar dulu tau.. Jumpa nanti. Bye sweetie"
Kata² lily membuatkan aku tersentak. Aku kena cepat² keluar.

Langkahku buka seluas mungkin, namun masih di dalam kadar senyap.

Pintu bilik rawatan ku buka sikit lalu keluar. Pintu yang terbuka itu ku tutup pelahan lalu kembali duduk di kerusi pelawat.

Aku mula berpura-pura tidur setelah nampak tombol pintu mula berpusing.

"Liya?”
Panggil lily pelahan.

Aku hanya memekakkan telinga agar lakonan tidurku berjaya.

"Iiya? "
Bahuku di tepuk pelahan oleh lily.
Tangan lily yang sedikit basah ku pengang. Mataku celik sedikit memandang lily yang sedang tersenyum.

"Eh lily.. Bila siap?"
Tanyaku berpura-pura tidak tahu. Sambil mengosok mata untuk menghasilkan lakonan yang berjaya.

"Baru je.. Sian liya sampai tertidur. Sorry tau lama.. "
Sebut lily lalu menarik skirt aras lututnya turun kebawah sedikit untuk betulkanya.

"Oh takpe².. Nak buat cane kan"
Sebutku lalu mengusap perut kempis lily pelahan.

"Sorry la liya.. Lily jumpa kawan lama.. Tak sangka pula doktor yang buat check up hari ni, kawan sekampung dulu. Tu lama sikit... Sorry tau. "
Sebut lily sambil memandang perutnya yang di sentuh oleh ku.

"Ohh patut la.. Ok jom balik.. "
Balasku lalu bangkit untuk pulang. Keadaan klinik yang sunyi tanpa pesakit lain membuatkan ku keliru.

Apa takde orang sakit ke hari ni?tak de Orang buat check up ke.. Takpe la abaikan. Bukan klinik aku pun.

"Mesti liya pelikkan kenapa klinik ni sunyi."
Sebut lily sambil tanganya sedang mengosok perut sendiri.

"Haha.. Mane tahu, liya fikir semua ni? "
Tanyaku sambil tergelak kecil. Hebat juga lily ni.

"Haha.. Klinik ni klinik baru. Jadi ni cawangan pertama. Jadi tak ramai sangat yang tahu. "
Sebut lily sambil tersenyum.

"Ooo"
Sekarang aku dah faham. Kenapa kosong semacam je.

🔗🔗

Sesudu demi sedudu bubur kacang masuk kedalam mulutku.

"Emmm anna sedapnyaaa bubur ni.. Anna beli kat mana? Akak nak beli lagi esok.. "
Sebut ku lalu menyenduk bubur kacang masuk ke dalam mangkuk ku yang kosong. Entah kali keberapa aku tambah bubur.

UNEXPECTED LOVE [C]Where stories live. Discover now