💮C4💮

121 45 22
                                    


"Haish....bosanya asyik cerita hantu.. "
Sebutku sambil memuncungkan mulut. Dah macam itik. Senaye aku bukan bosan tengok citer hantu, tapi aku takut. Ahaks

Butang remote ku tekan laju. Nombor 611 menjadi mangsa ibu jari ku.

"Haaa! Ni baru betolll... "
Kataku sambil tersenyum manis. Lagu didi and friend berkumandang ceria. Korang pe tau, didi cerita kegemaran aku tau!

"Semut berkawad satu satu, huraaaa hureyyy... Semut berkawad dua dua huraaa hureyyy... "
Tengah syok aku menyanyi lagu kegemaran aku dan baru sahaja mahu menari, suara tapak kaki kakaku membatalkann niat ku untuk menari dan bernyayi bersama didi.
Senyuman ku ukir selebar mungkin dan langkahku menuju kearah kakaku.

"Kakak.. "
Sebutku ceria dengan senyuman kambing dibibirku.

"Em"
Balas kakaku ringkas.

"Kakak nak pergi mana dengan kotak tu.. "
Tanyaku dengan gediknya selepas melihat sebuah kotak pink dalam pelukkan kakaku.
Yes aku tahu, tu mesti untuk aku.. Eheks.

"Nanti jumpa kat bumbung apartmen jay tau.. "
Sebut kakaku sambil menyorokan kotak itu di belakangnya. Kakak memang tak pandai menyorokkan sesuatu.

"Nak wat apa kat bumbung apartmen mewah tu akak? "
Tanyaku sahaja nak mencungkil rahsia. Walaupun aku dah tahu untuk sambutan hari lahir aku. Mesti dia bawa maskot didi.

"Mewah tapi atas tu takde apa² yang mewah"
Balas kakaku sambil menapak menuju ke pintu utama untuk keluar.

"Heheh... "
Balasku gedik. Yep aku tahu kalau tempat tu mewah.. Mesti bumbung dia mewah jugak kan? Kalau tak mewah kenapa dia tak sambut birthday aku kat bumbung apartmen biasa² je kan kan?

"Tak sabar.. "
Sebutku lagi.

"Kakak tunggu tau... Datang pada tepat masanya nanti... "
Sebut kakaku sambil memegang sebelah pipinya yang lebam.

"Kenapa dengan pipi kakak senaye? "
Tanyaku dan Senyumanku terus mati.

"Akak jatuh terlanggar kelapa... "
Jawab kakaku ringkas.

"Huk.. HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAH! "
Aku gelak kalah itik gelak. Kuat giler. Aku boleh bayangkan cara kakaku langgar kelapa dan jatuh. Berdekah aku gelak. Tapi...
Biasanya kalau aku gelak mesti kakak aku luku kepala aku. Ni tak.. Dia hanya gelak kecil je. Sopan nak mampos. Demam agaknya.

"Jangan lupa... "
Sebut kakaku lalu pergi meninggalkan aku yang gojes ni bersendirian.

"baik captain! "
Sebut lalu acah² polis gituw.

Taksabar...

🔗🔗🔗

Dengan cerianya aku melompat masuk kedalam bilik aku, almari arwah² jam ku buka dan teros senyuman manisku ukirkan.

"Haih para² jam.. Kamu sungguh berbakti kepadaku.. "
Sebutku lalu mencapai beberapa jam loceng di dalam almari itu.

"Jam.. Kenapa masa itu emas ek? "
Tanyaku kepada jam didi di dalam gengamanku.

"Ultramen.. Kenapa pakai baju ketat? Seksi tau.. "
Sebutku lagi. Entah mengapa mood aku baik je hari ni.

Jam² tadi ku baling kembali kedalam almari dan aku pergi mempersiapkan diri. Aku nak pergi mall semata mata untuk jam loceng baru.

Pakaian serba hitam ku pakai dan shawl aku di sempurnakan dengan 'cap' turut warna hitam. Walaupun serba hitam macam jembalang, tapi tak mengapa aku suka.


Pelahan aku berjalan menuruni anak tangga. Tv yang masih terbuka dengan cerita kartun ku pandang lama.

"Nak layan cartoon ke nak beli jam? "
Aku ibarat dilema dengan cerita kartun doremon.

UNEXPECTED LOVE [C]Where stories live. Discover now