🌼C 37🌼

79 14 110
                                    

"Hi! Harini saya nak buat checkup kat hospital! Tentang penyakit saya ni la um... Sebenarnya nak ajak awak chagi, tapi chagi marah² pulak kat kantin tadi.. Takpe, akim faham.. Hehehe. Chagi.. I love you, muah.. Eh Astafirullah haram. Eh takpe, saya akan halalkan awak!  "

Niat dia terhadap aku, niat yang sungguh mulia. Tapi aku...

Sia-siakanya

Jahatkan aku?

"Ok test² aku terima nikahnya nur amani dahlia binti khairul aziz dengan mas kawin 2 juta tunai. Hehehehe 2 juta sekali bagi. Hahahah mane nak cari. "

Hatiku terasa tidak kuat untuk teruskan menonton video yang lain.

Hati aku tak kuat untuk semua ni.

Air mata di pipiku biarkan mengalir mengikut hati yang retak.

Ya Allah aku menyesal.

Handphone akim ku peluk dengan kemas. Aku memeluk seolah olah aku memeluk Akim.

Pap

Bahuku disapa lembut oleh farhan.

Air mataku usap lalu berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Err, hei farhan"
Sapaku lembut.

Farhan hanya membalas dengan segaris senyuman.

Pandangan ku mula jatuh ke arah kotak yang di pegang oleh farhan.

Aku kenal kotak tu. Kotak pemberian arwah kak lia. Dia nak buat apa dengan kotak tu? Curi?

"Farhan, kenapa awak ambik kotak saya? Dan macam mana awak boleh ambik? "
Soalku sambil memandang farhan yang tersenyum.

"Ni kotak pemberian kakak awak bukan? Kenapa awak tak nak bukak kotak ni? "
Soal farhan sambil meletakkan kotak itu keatas ribaku.

"Maaf ni privasi"
Balasku senada. Bukan privasi, aku tak tahu nak jawab apa. Nak jawab sebab benci kakak?

Memang tak la. Nampak sangat macam adik derhaka.

Walaupun hakikatnya ya.

"Awak tahu tak liya? Kalau sejak dari dulu lagi awak bukak kotak ni, mungkin awak dan akim dah hidup bahgia"
Sebut farhan sambil melihat selipar jepunya yang yang berwarna biru.

"Ap-apa maksud awak? Macam mana awak ambik kotak ni? "
Soalku bertubi-tubi. Makin hairan aku dengan Farhan ni.

"Saya suruh akim ambik kotak ni kat rumah awak"
Balas farhan sambil memandang kedalam mataku.

Aku mula berasa takut kerana matanya kelihatan agak tajam.

"Apa kelayakan  atau hak awak nak suruh orang masuk dalam rumah orang sesuka hati?”
Aku mula rasa tidak selesa. Kenapa farhan ni? Risau aku.

"Ouh hahaha, maaf lupa saya nak cakap. Saya ni bukanlah pizza boy sebenarnya. Saya ni ialah penyiasat upahan Anna dan Akim untuk selesaikan kes Hakim"

Oh  wait,
what?
Berdebar pulak aku.

Berdebar, tapi hati aku tetap ada Akim

"Haha, maaflah saya hanya menjalankan tugas untuk menyara hidup bakal isteri saya. "
Balas akim sambil mengusap kepalanya.

"Bakal isteri? "
Dengan Anna ke mamat ni sangkut? Wow 'unexpected'

"Yes, yang tengah baca ni bakal isteri sayalah"
Balasnya dengan senyuman lelaki tulen. Macho. 

How sweet.

"Awak ada niat yang bagus"
Balasku dengan senyuman sipu. Erk terasa single.

"Hehehe niat yang ikhlas. Anyway, bukaklah kotak tu"
Sebut farhan sambil mengigit bawah bibirnya. Malu mungkin.

UNEXPECTED LOVE [C]Where stories live. Discover now