"Pakcik.. Laju sikit.. "
Arahku sambil menepuk nepuk bahu pemandu teksi."Baik cik"
Sebut lelaki tua dalam lingkungan 50 an.Kereta proton wira memecut laju meninggalkan kereta skyline yang jauh ketinggalan. Bukan kereta mahal tak mampu kejar, tetapi aku bernasib baik kerana pemandu teksi aku handal dalam bab² selok belok jalan.
Sesekali aku menjeguk cermin sisi untuk mengintai keadaan akim di belakang. Aku mendapati akim berhenti di 'traffic light' dan terhalang dengan lori minyak. Jika dia terus memandu dia akan kemalangan.
Aku tersenyum lega kerana akim tidak mampu mengejar aku.
✴
"Opah... Liya tak mampu harungi semua ini opah.. "
Sebut ku dengan kepalaku diletakan di atas tanah kubur arwah opah. Salimah binti mahmood.Angin yang tertiup lembut ku hayati dan pelahan lahan menenangkan jiwaku yang tengah haru biru.
"Emph... Hello? "
Kedengaran sesuara jejaka dari belakang aku.Pelahan aku mengangkat kepala dari tanah dan menyapu air mata pelahan.
"Kamu.. Kamu okey? "
Tanya seorang jejaka yang elok rupa parasnya. Sebab mula mula tadi aku ingatkan hantu. Haih.Dia menghulurkan tanganya kepadaku, namun aku hanya buat tidak nampak dan kembali meletakan pipi di atas kubur opah.
"Awak ni... Liya bukan? ”
Tanya jejaka itu sambil pandang wajahku sambil tersenyum."Macam mana kau boleh tahu? "
Tanyaku dengan nada terkejut. Dia kenal aku? Tapi aku langsung tak kenal dia."Ka-kau siapa?"
Tanyaku lagi sambil menepuk nepuk pipi untuk menanggalkan sisa tanah yang elok terlekat."Nama saya nick amir lau. Kawan baik kepada hak... Akim, lia dan anna. "
Jawab jejaka yang bernama nick itu sambil tersenyum."Huh? ”
Aku bernada keliru. Perlu ke dia cakap satu² nama kawan dia?"Ahahaha.. Jangan sangka air yang tenang tiada buaya.. But the way.. Kau ni comel la.... Cam lek lok au.. "
Kata nick sambil bersilang tangan."Apa kau merepek ni? "
Tanyaku dengan sedikit dingin. Ayat macam tah pape... Pening aku dibuatnya."Nothing... Awak kenapa duduk kat sini? Jom la balik"
Pelawanya sambil menunjukan kereta skyline biru yang berada di luar pagar tanah perkuburan."Skyline biru? ”
Sebutku keliru. Macam pernah nampak."Oh haha.. Kereta pinjam. Kereta saya masuk wad..i mean di bengkel kereta, sebab rosak. "
Jawabnya sambil tersenyum sepet."Kereta pinjam? "
Aku makin keliru dengan jalan cerita hidupku. Semuanya seperti.. Tah aku pun tak faham."Ha ah... Jom la.. Balik.. "
Pelawanya dengan lembut.Disebabkan aku dah takde duit untuk tambang teksi, jadi aku bangkit dan mengikuti jejaknya.
Perut kereta skyline biru ku masuk dengan tanpa ragu. Entah mengapa, terasa tenang bersamanya.
Kereta skyline pinjam memecut laju menuju ke rumahku.
🔗🔗🔗
Tibanya di hadapan rumah, kelihatan akim dan anna mundar mandir di hadapan rumahku dengan wajah risau.
"Liya.. Dah sampai.. "
Sebut nick sambil mematikan enjin kereta."By the way nick... Macam mana kau boleh tahu jalan rumah aku? "
Seungguhnya aku makin keliru dengan kehadiran secara tiba tiba watak si nick dalam hidup aku.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE [C]
Mystery / ThrillerKISAH seorang gadis yang bersifat beku dan bapak tak sweet telah mencuri hati seorang lelaki yang bersifat lembut, ceria dan terlebih gula. Perkara ini membuatkan 'Liya' langsung tidak selesa malah Liya rasa benci akan jejaka bernama Akim yang selal...