🌼 C 29 🌼

71 29 6
                                    

"Kalau tak apa? "
Laju Anna memotong kata² Akim.

"Kalau tak.. Kau dan liya aku siat siat"
Sebut Akim dengan dingin lalu menapak pergi dengan angkuh.

"Kalau ini yang abang nak... "
Pelahan Anna bersuara dengan ekor matanya menghantar akim pergi.

Aku ragu, patutkah aku pergi tenangkan anna?atau buat tak tahu? Aku takut, aku takut Anna menganggap aku menghendap hal pribadi mereka, walaupun betul, aku tak nak dianggap penyibuk.

Aku mengambil keputusan untuk pergi dari situ dan hanya fokus pada keselamatan lily. Aku tak mahu dia tercedera, dia hanyalah insan yang teraniaya dengan perbuatan terkutuk akim.

Walau apa yang berlaku, aku tetap kena selamatkan lily!

Laju kakiku menyusun langkah menuju ke arah meja di tepi kolam iaitu tempat lily diajak oleh akim untuk menjamu selera.

Kuat hati aku mengatakan, majlis ini hanya dirancang untuk kematian.

Dari jauh aku memerhati akim dan liya tengah berseronok menjamu selera. Sesi suap menyuap akim dan lily membuatkan tekakku loya dan perasaan cemburu terselit di jauh sudut hati.

Entah mengapa aku cemburu. Sayang? Sudah tentu tidak! Mungkin aku cemburu kerana aku tidak pernah merasa kasih sayang seorang lelaki. Tetapi kenapa rasa perasaan cemburu ini terasa lain.

Air laici ku teguk sedikit untuk menghilangkan haus, sedang elok aku menikmati air laici, tiba² ransangan mataku tertarik ke arah anna yang seolah-olah sedang mengintip dari belakang tiang berdekatan dengan akim dan lily.

Jangan kata anna nak buat kerja gila!

Anak mata Anna fokus memandang lily dengan wajah serius.

☣AKIM POV☣

"Sayang, sayang dah beli baju baby? "
Soalku sambil memandang gadis yang tersenyum sipu dihadapanku. Menyampah.

"Dah.. Lily beli sehelai je.. Sebab bajet tak banyak sangat... Kena simpan untuk kos rawatan lagi. "
Balas gadis di hadapan ku sambil menyuapkan ais cream vanilla kedalam mulutnya.

"Sayang, maafkan abang tau sebab selamani abang tak ada pun di sisi sayang. Abang menyesal! "
Sebutku lalu memegang tangan gadis dihadapanku. Uwishh kasarnya.

"Alah takpe abang, lily tak ambil hati pun. Sebab lily tahu mesti abang terkejut dengan kewujudan baby ni kan? "
Sebut lily sambil telapak tanganya mengusap tanganku pelahan.

"Sayang.. Nanti abang bawa sayang pergi mall yea.. Kita pergi beli baju baby. Sayang rasa baby kita twin tak? Hehehe"
Sebut dengan ketawa kecil. Tah pape soalan aku ni.

"Yeayy thank you abang... Entah la twin ke tak, tapi twin kot sebab letih semacam je ni.. "
Balas lily sambil tersenyum manis.

"Alaa.. Sayang letih ek.. Meh abang dukung masuk bilik.. "
Pelawaku dengan muka acah-acah risau, kalau boleh nak je aku dukung dia dan campak masuk kedalam kolam. Gedik!

"Abang nii.. Tak manis tau depan orang buat macam tu.. Emm nanti kita kawin tau. Lepas spm terus kawin. "
Balas Anna lalu menghalakan sesudu ais cream untuk menyuapku. Tanpa menolak aku menerima suapan tu kerana saja untuk buat liya cemburu, sebab dari tadi lagi aku perasan mata liya terkebil-kebil memandang aku dengan wajah tak puas hati.

"Okey sayang.... Kita buat majlis dalam hell okey"
Sebut ku sambil mengelap bibirku dengan tisu.

"Hell? "
Bulat matanya memandangku.

"Eh Astafirullah.. Tertukar! Maksud abang hall.. Buat majlis besar-besaran. "
Sebutku sambil mengaru kepala, macam mana boleh terlajak kata? Haishh.

UNEXPECTED LOVE [C]Where stories live. Discover now