"Liya.. Awak dah makan ubat? "
Tanya akim sambil matanya setia melihat jalan raya."Em"
"Pergi rumah saya dulu tau.. "
Kata akim lagi."Em"
"Chagi.. "
"Hotak kau... Jangan panggil aku chagi bole? Aku tak faham lah! "
Sebut ku dengan geram. Sumpah aku cakap, walaupun aku tak faham, tapi tekak aku rase loya apabila mendengar perkataan 'chagi' yuck!"Setepek.. haha"
Balas akim sambil tergelak bahgia.Keadaan sepi seketika, dan seperti biasa, akim memecahkan kesunyian.
"Liya.. Kalau saya tanya bole? "
Tanya akim sambil mengigit bibir atas seolah olah ragu-ragu untuk bertanya."Pe"
Balasku ringkas"Keluarga awak yang lain... Di mana? "
Tanya akim ragu²"Mampos.. "
Jawabku dingin. Aku memang benci untuk bercerita kembali kisah gelap aku dahulu. Kecuali, aku akan bercerita jika dia benar benar istimewa."Oh... Maksudnya keluarga awak belah katak dah mampos semua?"
Tanya akim tanpa berpaling ke arahkuErk?
Aku tak salah dengar bukan? Dia cakap keluarga aku belah katak yang mampos?"Bila masa aku berkeluarga dengan katak?"
Tanya ku dengan nada geram. Dia cakap aku berkeluarga dengan katak siot!"Yela.. Nama awak yang pertama kan hantu bin jembalang bin katak bukan? "
Kata akim dengan senyuman nakal."Kau saje je kan nak kene kan aku. Aku sepak kau terburai usus kecik kau! "
Eiii dia ingat lagi moment tak guna tu? Geram aku!"Heheh... Saje je gurau dengan isteri saya.. "
Sebut akim lagi."Eii kau ni memang menempah mampos kan?! "
Kecik besar kecik besar aku tengok akim ni. Kebongakan makin menjadi jadi!"Heheh jangan la marah chagi... "
Sah.. Si akim ni menempah mampos!
"Kalau kau sebut lagi!, aku cungkil gigi kau! Eiii"
Sebut ku geram. Sumpah geram!"Nak wat apa dengan gigi saya?"
Tanya si akim sambil tersenyum kambing."Nak bagi kuda makan"
Jawabku dengan sedingin mungkin."Oh.. Baiklah... "
Erk
🔗🔗🔗
Terbutang luas mata aku memandang rumah si akim. Seriusla tuan main kaya, rumah? Rumah papan ala² kampung.
"Akim.. Ni ke rumah kau... "
Tanyaku sambil mata tidak henti henti melihat keadaan rumah yang hampir roboh itu."Hahaha... Jom masuk.. "
Jawab akim lalu meninggalkan aku sendirian di dalam kereta mewah ini. Dah la si akim ni tak cabut kunci kereta. Kalau aku jahat da lama aku culik kereta dia ni. Nasib nasib.Sejurus keluar dari kereta, laju aku membontoti langkah akim.
"Assalamualaikum.... "
Sebut akim dengan senyuman ceria nak mampos. Aku juga turut tersenyum, tak nak la datang rumah orang, muka macam nak cabut nyawa isi rumah. Ish ish ish"Waalaikummusalam... Alololo cucu opah... "
Sejurus seorang nenek tua keluar dari perut rumah, aku terasa lemah untuk menatap lama wajah nenek itu.Wajahnya seperti opah.
Aku kuatkan kaki untuk melangkah dan bersalaman dengan nenek itu.
"Ha akim... Siapakah gerangan gadis cantik molek ni... "
Tanya nenek itu sambil tersenyum ke arahku. Aku turut tersenyum walaupun hati ini mahu menerkam nenek itu dan memeluknya dengan kemas. Rindu opah.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE [C]
Misterio / SuspensoKISAH seorang gadis yang bersifat beku dan bapak tak sweet telah mencuri hati seorang lelaki yang bersifat lembut, ceria dan terlebih gula. Perkara ini membuatkan 'Liya' langsung tidak selesa malah Liya rasa benci akan jejaka bernama Akim yang selal...