🔑C 23🔑

71 32 11
                                    

"Lily.. Dia menghidap masalah tumor di bahgian kepala. Jangan risau, tumor yang dihidapinya baru stage 1. Tetapi lily perlu mengambil pengawalan ubat yang ketat. Dia perlu mengamalkan amalan hidup sihat untuk kebaikan diri dan anak dalam kandungan. Ok saya pergi dulu"
Sebut doktor itu lalu menapak pergi.

Tumor?
Anak dalam kandungan?

Aku terasa ada benda yang tak kena, aku menapak laju mengejar langkah doktor itu. Benda yang aku terasa pelik ialah kenapa doktor tu tak cakap, tahniah lily mengandung?

"Encik²boleh saya nak tanya sesuatu?"
Sebutku lalu memberhentikan langkah tergesa-gesa doktor itu.

"Ok.. Apadia? "
Soalnya datar dengan segaris senyuman.

"Lily memang pernah datang ke klinik ni? "
Tanyaku dengan perasaan penuh ingin tahu.

"Yap.. Dia pernah datang dengan lelaki yang bersandar dipintu tu.. "
Jawab doktor itu jujur lalu menunjukan kearah akim yang sedang bersandar di pintu dengan wajah berserabut.

"Di-dia pernah datang?"
Entah mengapa hatiku terasa seperti dirobek.

"Dia pernah datang minggu lepas tak silap.. Buat check up.. Cik ni siapa? Isteri kedua dia? "
Laju soalan yang baru sahaja keluar dari bibir doktor bersongkok itu. Jantungku terasa seperti disentak kuat.

"Tak².. Saya kawan dia.. "
Jawabku jujur..

Isteri?
Bila dorang kahwin?
Kenapa aku tak tahu?
Kenapa anna tak bagi tahu?
Kenapa?

"Tapi cik.. Maaf la kalau saya bertanya ni.. Kenapa suami dia suruh puan lily gugurkan kandungan? Kandungan dia baik² sahaja tiada masaalah.. "
Sambung doktor itu lagi sambil membetulkan songkoknya yang sedikit senget.

Apa?
Gugurkan?
Akim nak padamkan bukti dosa maksiat dia dengan korban nyawa yang tak bersalah?
What!
Dasar sampah!

"Macam mana encik dapat tahu tentang ni? "
Tanyaku dengan nada sedikit gementar. Tak sangka.. Muka suci itu hanya topeng. Mungkin aku lupa, hakikat bahawa akim pysco. Hem..

"Kebetulan masa saya nak balik, saya pergi la kat parking kereta, lepas tu saya dengar dorang bertengkar pasal hal ni. Then lelaki tu suruh lily gugurkan kandungan. Kenapa? Bukankah cahaya mata penantian setiap suami isteri? "
Jawab doktor itu dengan muka agak serius.

"Entah la doktor.. Mungkin dorang tak ready lagi.. "
Jawabku dengan nada cuba beriak biasa.

"Em ok la kalau macam tu, saya pergi dulu.. "
Respon doktor itu lalu beredar.

Aku hanya diam seribu bahasa, wajah akim yang berserabut itu ku pandang dengan perasaan marah membuak buak.

Sampai hati dia permainkan kaum perempuan.

Aku kena balik, aku kena tanya anna tentang hal ini. Aku mahukan penjelasan.

Mahu sahaja aku menampar wajah akim, namun aku tahu batas.

🔗🔗🔗

Tok tok tok!

Pintu rumahku yang tak berdosa itu ku ketuk kuat.

Kreakk

Terpancar wajah anna yang baru lepas mandi dengan tuala di atas kepala.

"Akak? "
Panggil anna dengan nada tertanya-tanya, mungkin dia perasan akan riak wajahku sekarang.

"Anna.. Akak nak kepastian.. "
Sebutku bernada dingin lalu menutup pintu rumah dengan agak kuat. Anak mataku memerhati kedalam mata gadis yang berada di depan aku sekarang.

UNEXPECTED LOVE [C]Where stories live. Discover now