🌼 C 30 🌼

74 28 14
                                    

Nama aku Nur ilyani dahlia, aku merupakan anak sulung dari dua beradik. Setelah ibu dan ayah membuangku dan adikku,hanya opah insan yang menjaga aku dengan penuh kasih sayang.

Tapi semuanya tak lama, nyawa opah diragut oleh insan yang tidak bermaruah.

Sejak dari itu, aku bertekad, mahu menjaga adik tunggalku dengan penuh kasih sayang. Mungkin adik kesayangan ku liya, trauma dengan kejadian dibuang oleh ibu bapa kandung, kejadian meragut nyawa insan kesayangan iaitu opah di depan mata, dia menjadi dingin dan agak pendiam.

Dengan duit peninggalan arwah opah sebanyak 10k tidak cukup untuk menanggung kos hidup aku dengan adikku. Liya ketika itu barulah berumur 11 tahun. Yang tidak mengenal erti hidup.

Aku cuba mengubah nasib adikku dengan belajar bersungguh-sungguh dan mula berkerja sebagai pembantu CEO hotel.

Sebelum habis sekolah, aku usaha cari duit dengan berkerja sebagai pembantu kedai runcit setelah masa sekolah tamat.
Menjual kuih dan macam² lagi.

Setelah itu, aku berjaya mencapai pangkat tinggi di dalam dunia penghotelan.

Pada mulanya, perkerjaan aku cukup biasa sebelum hatiku diragut oleh jejaka yang berasal dari keluarga kaya.CEO aku sendiri mencuri hatiku.

Hidupku mula terasa indah setelah kemunculan si dia. Liya juga mula hidup dengan agak ceria, perangainya mula berubah normal sedikit demi sedikit.

Rumah sewa berdekatan dengan tempat kerjaku menjadi tempat aku dan liya berteduh, semuanya cukup indah.

"Sayang.. Sayang janji sayang akan setia? "
Soalku sambil mengosok cincin emas pemberian bakal suamiku dengan senyuman manis.

"Mesti la baby... "
Sebutnya lalu mengusap bahuku pelahan.

"Sayang.. Baby nak pergi office sayang harini.. Boleh? "
Soalku sambil mengusap pipinya. Handsome!

"Tak boleh baby... Sayang ada meeting harini.. "
Jawabnya lalu mengukir senyuman manis.

"Ok ye la.."
Balasku dengan nada merajuk.

"Ala baby...Macam ni, apa kata hujung minggu ni kita dinner kat cafe hotel sayang? Boleh kita bincang hal kawin. "
Sebut jejaka tampan di hadapanku sambil membetulkan bentuk tudungku.

"Serius lah! Ofcurse boleh! "
Sebutku bernada teruja.

Mesti Liya happy ni nak dapat abang ipar. Handsome pula tu!

🎑

🔰SOMEONE POV🔰

Gadis yang terbaring lemah di atas katil hospital ku pandang, sesekali mataku  memandang lelaki yang bercekak pinggang memandangku dengan pandangan maut.

"Hai.. Nama aku Farhan edlen .. Nice to know about you.. "
sebut ku sambil menghulur tangan.

"Tak payah cakap bahasa orang putih. Nama aku akim danieal. "
Balas jejaka bernama daniel tadi lalu menyambut salamku dengan wajah masam.

"Kau ni siapa? Suami kepada liya ni ke? "
Soalku sambil memandang gadis bernama liya sedang terbaring lemah.

"Macam mana kau tahu nama dia? "
Soal akim dingin.

"Kan doktor ade tampal tag nama kat katil, dari situlah aku tahu. "
Balasku sambil tersenyum. Muka nampak bijak tapi... Aduhai

"Oh ek.. Aku bakal suami kepada dia"
Sebut akim dengan nada yakin.

"Suami? Jadi perempuan yang tak habis² peluk lengan kau tadi sape? Aku asyik dengar dia cakap pasal nama baby. "
Soalku dengan wajah bingung. Masa tunggu liya dirawat tadi, kemain lagi perempuan berambut coklat mengedik dengan dia. Siapa lagi kalau bukan isteri kan?

UNEXPECTED LOVE [C]Where stories live. Discover now