"Okey sebab kau mintak maka.....
POMMM!
Dan jantung aku berhenti berdetak sedetik.
Kenangan indah bersama Anna mula tertayang di mindaku.
Sebutir peluru laju menusuk dada Anna tanpa memberi sebarang ruang untuk bersedia.
Titisan demi titisan darah Anna membasahi wajahku yang hanya mampu diam membisu..
"Akak...semoga kita jum-jumpa kat sa-"
Gedebuk!
Mata kuyuku terbeliak memandang Anna dengan berlumuran darah.
Badan kecil Anna jatuh menghempap bumi dengan mata memandangku dan dengan bibir tersenyum.
Laju aku memeluk tubuh yang mula memucat di hadapanku dengan dihujani dengan air mata.
"Anna mengucap anna.. ja-jangan tinggalkann akak..."
Wajahku di hempapkan pada dada Anna yang dipenuhi darah. Dadaku mula menerima esakan yang kuat."Ashadu...ala..ila...ha illallah..."
Pelahan suara Anna menyentuh cuping telingaku sebelum tubuhnya ditinggali roh.Buat selamanya....
"ANNA!!!"
Suara jeritan garau yang memanggil anna,ku endahkan dek kerana jiwa tak mampu terima pemergian gadis yang terasa seperti adik kandung sendiri.Orang yang sentiasa dirindui mati depan mata...
Kerana kelalaian diri sendiri...
Sungguh pahit.
Hujan mula membasahi bumi,menangisi pemergian Anna yang tidak disangka.
"DASAR ABANG ANJI*GG!!!"
lepshhhhh!!!
Tamparan kuat yang menyinggah di pipi Hakim membuatkan ku sedikit tertarik untuk memandang siapa yang berani menampar hakim.
Si syaitan..
Lelaki bertubuh sasa tanpa baju dengan balutan rapi di dada.
"Ak...akim?.."
Mulutku menyebut nama insan yang telah lama ku tunggu."KAU MEMANG ANJI*G!!!!! ARGHHHH!"
Buat pertama kalinya aku memandang wajah Akim di dalam kemarahan..Ini bukan mimpikan?
Skuad khas mula mengepung Hakim sebelum tanganya digari kemas.
"Aku berpuas hati..adik derhaka mati di depan mata..."
Ucap Hakim dengan senyuman dibibir.
Luka dicelah bibirnya di jilat"KAU MEMANG MELAMPAU!"
Akim mula mengengam penumbuk dan laju mara ke arah Hakim.Laju farhan menahan Akim yang sedang naik hantu.
"Kau marah macam mana pun anna dah takkan kembali!"
Jerkahan Farhan yang membuatkan amukan Akim berhenti serta merta.Pandangan Akim mula jatuh ke arah Anna yang hanya mampu kaku dan dibasahi darah.
Lututnya mula lemah dan menghempap bumi yang basah.
"Anna..."
Pelahan dan lembut Akim memanggil adiknya yang kaku. Tangan anna yang pucat di usapnya pelahan dengan ciuman yang seperti tidak mahu berganjak dari tangan tanpa roh itu."Ab-abang janji, abang ak-akan beli ais cream kat Anna selalu...kan Anna janji dengan abang anna nak jadi saksi pernikahan abang dengan kak liya..Anna dah janji kan?"
Air mata jantan mula luruh menghiasi pipi.Membulat mata aku memandang Akim yang muncul tanpa disangka dan janji yang mengejutkan.
"Ma-maaf tuan farhan,saya cuba halang akim dari datang kesini dengan keadaan belum sembuh. Tetapi dia degil."
Ucap seorang doktor berkaca mata dengan wajah kesal.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE [C]
Misterio / SuspensoKISAH seorang gadis yang bersifat beku dan bapak tak sweet telah mencuri hati seorang lelaki yang bersifat lembut, ceria dan terlebih gula. Perkara ini membuatkan 'Liya' langsung tidak selesa malah Liya rasa benci akan jejaka bernama Akim yang selal...