"Ha-hakim jan-janji kat ab-abang yang hakim akan bu-bunuh keturunan li-lia"
Dan nafasnya terhenti...◽END FLASHBACK◽
Wajah lily ku pandang dengan perasaan campur baur.
Patutkah aku benci dia?
Atau bersimpati?"Liya, kalau saya cakap ni awak jangan marah.. "
Sebut lily sambil memandangku dengan linangan air mata.Disebabkan hatiku terasa sakit, aku hanya membalas dengan anggukan kecil.
"Anak yang saya kandungkan selama ni.. Bukan anak akim. Tapi anak Hakim.. "
Membulat mata aku mendengar pengakuan yang baru sahaja keluar dari mulut Lily.
Sampai begitu sekali Lily tipu aku?
"Yes, masa awak tanya Akim tentang kandungan saya di bumbung sekolah, saya dengar segalanya. Akim cakap yang anak dalam kandungan saya ni, anak dia bukan? Dia cakap macam tu sebab dia nak jaga maruah Hakim. Kalau dia bagi tahu yang Hakim yang buat saya mengandung, mungkin awak dalam bahaya. Dia sanggup gadai maruah dia demi adik beradiknya dan demi awak. "
Jiwaku terasa dipijak-pijak.
Hatiku terasa kosong, kosong yang memedihkan jiwa."Saya buat macam ni sebab saya perlukan duit. Hakim umpan saya dengan duit. Saya sanggup rosakan kesucian saya demi duit dan arak. Akim bayar saya dengan bayaran tinggi liya.. Tak cukup dengan tu, hakim upah saya dengan pelbagai jenis arak yang mahal dan... dia upah saya dengan kepuasan nafsu batin saya. Maafkan saya liya.. "
Pengakuan lily kali ni membuatkan ku merengus kasar.
"Sampai macam tu sekali kau tipu aku Lily? kau buat semua ni demi benda² haram tu? Dasar perempuan murahan! ”
Tiba² darahku terasa seperti mengelegak. Tak sangka lily mempergunakan kebaikan aku untuk kesenangan dia?Kurang ajar
"Aku tak sangka kau sorok hati busuk kau dengan wajah tak berdosa? Kau sanggup jatuhkan aku demi kesenangan kau? Dan kau sanggup pecah belahkan adik beradik orang lain demi arak? Haha dasar berhati syaitan!"
Kerusi yang ku duduk tadi ku ambil dan baling ketepi, aku tak mampu menahan kemarahan yang membuak buak."Maafkan saya liya, saya dah insaf. Saya janji, saya takkan ulangi lagi"
Sebut lily sambil mengusap air mata yang gugur menagih simpati.Dahiku, ku picit sedikit memikirkan segala kejahatan aku terhadap akim. Dalam tak sedar, aku juga berhati syaitan.
"Liya, Akim sakit. Dia memang perlukan awak. Saya tahu hal ni semasa saya tengok akim pengsan dengan ubat berterabur di atas lantai, tapi atas dasar hakim dan duit, saya abaikan dia yang tengah lemah menyembah lantai.. "
Dengar sahaja penjelasan yang baru sahaja keluar dari mulut lily, membuatkan hatiku mula gelisah.
Laju aku berlari keluar dari bilik rawatan lily dan menuju ke kerusi yang aku akim duduk tadi.
Namun kerusi itu langsung tidak berpenghuni. Bayang akim, anna dan farhan langsung tidak kelihatan.
Aku mula rasa tak sedap hati.
Doktor yang berbaju biru, ku panggil pelahan sambil menapak laju kearahnya.
"Doc, doc ada nampak tak tiga orang yang duduk kat sini tadi? "
Soalku sambil mengelap peluh di dahi."Ya saya ada nampak, saya pun baru lepas dalam keadaan kecemasan. Kecemasan serangan jantung. Sorang lelaki yang duduk kat sini, terkena 'heart attack' dan serangan panik. Dan malangnya.."
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE [C]
Mystery / ThrillerKISAH seorang gadis yang bersifat beku dan bapak tak sweet telah mencuri hati seorang lelaki yang bersifat lembut, ceria dan terlebih gula. Perkara ini membuatkan 'Liya' langsung tidak selesa malah Liya rasa benci akan jejaka bernama Akim yang selal...