🌿3: Roommate

3K 298 90
                                    

Di Dewan Akademi Trigon...

Setelah melakukan ujian penilaian itu, mereka semua hanya menunggu & menanti markah masing-masing. Mereka hanya mampu berharap yang diri masing-masing terpilih untuk masuk ke akademi elite itu.

Markah mereka akan diberikan secara personal melalui telefon pintar mereka. Sebaik saja mendapat keputusan masing-masing, ada yang gembira, bersyukur & ada juga yang kecewa kerana gagal. Mereka yang gagal terus saja berkumpul lalu berjalan kejar dari dewan sementara meninggal beberapa orang pelajar terpilih. Boleh dikatakan hanya 20 orang saja yang terpilih pada hari itu. Meeting memang bertuah kerana berjaya.

"Tahniah saya ucapkan kepada yang berjaya! Jadi mulai sekarang kamu semua telah bergelar sebagai penuntut di akademi ini! Jadi kamu semua boleh bersurai & datang ke pejabat saya untuk dapatkan kunci bilik dorm masing-masing ya,"ucap Prof. Fenri.

Mereka semua mulai berada & menuju ke pejabat Prof. Fenri untuk mendapatkan kunci form mereka. Pada masa yang sama, Zariel sedang berjalan bersama dengan Yuma yang turut lulus dalam ujian kemasukan itu.

"Tahniah, Zariel. Aku tumpang gembira kau dapat masuk akademi ni jugak,"kata Yuma sambil tersenyum.

"Oh, awak pun, Yuma. Saya berharap awak dapat roommate yang baik,"kata Zariel.

Satu-persatu pelajar mulai mendapatkan kunci bilik dorm mereka termasuk Zariel & Yuma. Mereka hanya saling berpandangan & hanya memandang kunci form masing-masing.

"Baiklah, sebelum pergi, tunjukkan aku nombor bilik dorm kau. Kita buat serentak tau,"kata Yuma.

"1..2..3!"kata mereka serentak lalu menunjukkan nombor bilik dorm masing-masing.

"Sama?!!"jerit Yuma dengan penuh keterujaan.

"Wah, tak sangka,"kata Zariel sambil melihat nombor kunci dorm miliknya.

"Hehehe, mungkin kau lah roommate yang baik tu,"kata Yuma sambil tersenyum.

Mereka berdua pun terus saja mencari bilik dorm yang tertulis nombor 345. Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya mereka telah tiba dihadapan bilik yang dicari mereka itu. Walaupun begitu, pintu itu tidak berkunci laku Emre pun berjalan masuk ke dalam bilik itu.

"Hello! Ada sesuatu kat dalam?"tanya Yuma sambil memandang keadaan diadakan sekeliling bilik itu.

"Mungkin takde agaknya,"kata Zariel.

Tiba-tiba, mereka mulai merasa suasana yang sedikit gelap kerana terlindung dengan bayang-bayang dari sesuatu benda & mereka terus saja berpaling.

"Aaa!!"jerit Yuma kerana terlalu terkejut lalu terus saja memeluk Zariel.

Zariel hanya memandang orang itu. Tubuhnya sasa & kuat malah jauh lebih tinggi dari mereka berdua. Zariel seperti pernah melihat keberadaan lelaki itu.

"Apa yang korang buat kat sini?"tanya orang itu.

"Tunggu, kau ni Manhiro Aizawa kan?"tanya Yuma.

"Ya, panggil saja aku Hiro! Jadi korang ni roommate aku ke?"tanya Manhiro.

Zariel hanya mengangguk sambil memandang Hiro. Sang remaja itu hanya tersenyum lalu menarik mereka masuk lebih dalam ke dalam bilik itu.

"Jangan malu-malu! Marilah kita berkenalan!"kata Hiro sambil tersenyum.

Yuma & Zariel hanya saling berpandangan malah pelik dengan sikap Hiro. Mungkin Hiro bukanlah seorang yang menakutkan seperti mana rupanya itu.

Setelah itu, mereka pun mulai mengemaskan barang-barang mereka didalam bilik masing-masing. Kalau nak tahu, didalam bilik dorm tu ada 3 bilik tidur, 1 bilik air, sebuah ruang tamu, dapur & sebuah bilik untuk ulangkaji pelajaran.

Zariel:Budak Berhood PutihWhere stories live. Discover now