Di sebuah kawasan di sekitar Akademi Demora's Shield....
Kelihatan Leon sedang membuat rondaan di sekitar akademi sebaik saja dia telah dilantik sebagai pelajar yang bertugas untuk menjaga akademi oleh Saniwa sendiri.
Pada mulanya, dia tidak menjangkakan hal itu & terus menerima tawaran itu tanpa berfikir panjang. Walaupun begitu, dia sedar yang dirinya pasti akan mulai sibuk dengan pelbagai kerja yang menantinya tidak lama lagi.
Kerana Leon tahu yang pelajar yang dilantik & dipertanggungjawabkan untuk menjaga akademi harus membantu guru serta pahlawan yang lain dalam urusan di akademi ini termasuklah urusan pejabat.
Tiba-tiba, Leon menghentikan langkahnya sebaik saja mendengar satu suara yang memanggil namanya. Walaupun begitu, Leon yang tercari-cari akan suara itu sama sekali tidak kelihatan kelibat sesiapa pun yang berada berdekatan dengannya.
Akan tetapi, suara itu terus saja memanggil malah menyebut-nyebut namanya sehingga lah dia terpandang ke bawah & melihat seorang musang berbulu hitam dihadapan dirinya itu.
"Huh, akhirnya, setelah memanggil nama Tuan Leon berkali-kali. Kenapa susah sangat Tuan Leon nak sedar kehadiran saya ni?"tanya sang musang itu.
"Maafkan aku tentang tu. Aku tak sedar akan kehadiran kau. Tapi, siapa pulak kau ni?"tanya Leon.
"Biar saya memperkenalkan diri saya. Nama saya ialah Kuro. Saya adalah asisten Tuan Leon,"kata Kuro.
"Asisten aku? Tapi, Pengetua Saniwa tak bagitau apa-apa pun tentang tu,"kata Leon sambil merendahkan badannya untuk bercakap dengan Si Kuro yang kecil itu.
"Ah, sebenarnya, aku sendiri yang menawarkan diri aku untuk menjadi asisten kepada Tuan Leon agar dapat memudahkan serba sedikit kerja Tuan. Saya harap Tuan Leon dapat menerima diri saya ni,"kata Kuro.
"Jadi, kau minta kebenaran dengan Pengetua Saniwa untuk jadi asisten aku?"tanya Leon untuk kepastian.
"Ya, saya memang benar-benar berminat untuk membantu Tuan Leon dalam melakukan kerja. Adakah Tuan Leon menerima kehadiran saya?"tanya Kuro dengan penuh harapan agar Leon menerima dirinya.
YOU ARE READING
Zariel:Budak Berhood Putih
AventureKata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel. sejak dari bayi lagi, dia sudah dibuang ke hutan pada malam yang dipenuhi salji. Ditinggalkan bersendirian pada m...