🌿15: Terselamat Dari Ancaman Dark

2K 217 16
                                    

Hakata terus saja ditarik oleh orang itu. Dia hanya mampu meronta-ronta sambil cuba melepaskan dirinya. Orang itu hanya tersenyum sinis memandang Hakata yang kini sudah tiada harapan lagi untuk melepaskan dirinya itu.

Tiba-tiba, orang itu ditendang sehingga terpelanting jauh dari situ & melepaskan Lian. Sang kanak-kanak itu hanya menggigil ketakutan sambil memandang orang yang telah menyelamatkan dirinya itu.

"Kamu tak apa-apa?"tanya Zariel sambil memandang Hakata.

"Huwaaa! Maafkan saya, abang Zariel! Maafkan saya!"kata Hakata sambil menangis & meluru ke arah Zariel malah memeluknya.

"Takpe, mari kita pergi ke tempat yang selamat,"kata Zariel lalu mengangkat Hakata & berjalan keluar dari kawasan padang bunga matahari itu.

"Nanti, macam mana dengan yang lain?"tanya Hakata.

"Jangan risau, abang Zariel akan pergi cari mereka. Hakata duduk kat sini diam-diam tau,"kata Zariel & terus saja berlari masuk ke dalam tempat itu semula.

Hakata hanya bersembunyi disebalik pokok sambil menunggu sang remaja itu. Dia berasa sangat bersalah selepas apa yang telah dia lakukan terhadap Zariel sebelum ini. Dia sedar yang Zariel tidaklah seteruk yang dirinya sangkakan.

Dalam masa yang singkat, Zariel telah menjumpai kanak-kanak yang lain sedang berada dalam keadaan cedera & tidak sedarkan diri lalu meletakkan mereka bersama dengan Hakata.

"Duduk diam-diam dengan kawan-kawan kamu, Hakata. Abang Zariel kena halang orang tu sebelum ramai orang menjadi mangsa dia,"kata Zariel & terus saja meluru pergi.

Orang itu hanya tersenyum sinis memandang Zariel.

Orang itu hanya tersenyum sinis memandang Zariel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hahaha, kau nak lawan aku? Menyedihkan sekali. Mari buktikan apa yang kau ada,"kata Dark sambil menggunakan kuasa bayangan miliknya & menembak Zariel.

Zariel terus saja mengelak & melibas-libas pedangnya untuk menghalang serangan Dark dari mengenai dirinya. Sang lelaki itu hanya berdecit tanda geram & terus saja menyerang sang remaja itu.

Sementara itu, di pusat asuhan...

Kelihatan Yuma berada dalam keadaan panik sebaik saja mendapati yang Zariel & sekumpulan kanak-kanak sudah hilang dari situ.

Kelihatan Yuma berada dalam keadaan panik sebaik saja mendapati yang Zariel & sekumpulan kanak-kanak sudah hilang dari situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Zariel:Budak Berhood PutihWhere stories live. Discover now