🌿58: Usaha Yang Membuahkan Hasil Yang Manis

1.4K 185 40
                                    

Pada pagi itu, di bilik rawatan...

Leon perlahan-lahan mulai membuka matanya setelah lama tidak sedarkan akibat menjadi mangsa di dalam kes keracunan yang berlaku sebelum ini.

Ketika dia melihat keadaan disekeliling dirinya itu, telah terpandang sebuah origami burung yang ada di atas meja di sebelahnya. Dia tanpa teragak-agak terus saja mencapainya & melihat origami kertas berbentuk burung itu.

"Macam mana aku boleh ada kat sini?"tanya Leon pada dirinya & cuba untuk bangun perlahan-lahan.

Pada masa yang sama, kelihatan Zariel sedang berjalan menuju ke arah katil Leon & terus saja terkaku sebaik saja terpandang Leon sudah mulai sedar malah sedang berdiri dihadapannya.

"L..Leon, a..awak dah sedar,"kata Zariel lalu terus saja berjalan mendekati Leon.

"A..Apa dah jadi & macam mana aku boleh ada kat sini?"tanya Leon sambil memandang Zariel.

Apa dah jadi & macam mana aku boleh ada kat sini?"tanya Leon sambil memandang Zariel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Le..Leon! Baguslah awak dah sedar! Saya risau sangat pada diri awak!"kata Zariel yang mulai menangis sebaik saja terpandang Leon yang telah membuktikan yang usahanya dengan Yagen akhirnya telah membuahkan hasil.

"Kau ni dah kenapa hah?! Kenapa kau tiba-tiba menangis ni?!"tanya Leon yang sedikit panik & terpegun sebaik saja melihat Zariel yang mulai bersikap seperti itu.

"Syukurlah awak tak apa-apa, Leon. Saya risau sangat pasal keadaan awak sampai saya tak dapat kawal emosi saya. Hisk, maafkan saya sebab terlalu beremosi,"kata Zariel sambil menangis & memeluk Leon.

"Kau ni macam budak-budak betul lah. Tak boleh ke kalau kau tak bersikap manja macam budak kecik ni? Malulah orang lain tengok!"marah Leon yang hanya membalas pelukan Zariel & mengusap kepala anak remaja itu tanpa disedari olehnya kerana berasa serba salah sambil menahan rasa malunya.

Yagen yang melihat mereka hanya tersenyum senang apatahlagi disaat dia melihat para pelajar lain yang turut tersedar setelah dia & Zariel menuangkan cecair penawar itu ke dalam mulut para pelajar sebelum ini.

Zariel yang senang dengan keadaan Leon yang semakin membaik itu hanya menangis dengan hati yang senang & tetap saja memeluk Leon. Sang remaja itu hanya menghelakan nafasnya tanda pasrah kerana gagal melepaskan dirinya daripada pelukan Zariel. Pada saat yang sama itu juga, dia sebenarnya turut berasa senang disaat Zariel melakukan hal itu pada dirinya & hanya tersenyum kecil sambil mengusap kepala sang remaja itu.

Tak lama kemudian, di bilik dorm...

Zariel hanya berjalan dalam keadaan keletihan malah mengantuk masuk ke dalam bilik dorm nya setelah melakukan banyak kerja & membantu Yagen sehingga lewat malam sementara Leon pula perlu berada di bilik rawatan untuk pemeriksaan yang lebih lanjut tentang keadaan dirinya walaupun sudah sedar daripada pengaruh racun itu.

"Huh, saya dah balik,"kata Zariel sambil menutup pintu lalu berjalan masuk sehingga tiba di sebuah ruangan & tiba-tiba saja memberhentikan langkahnya sebaik saja terpandang kedua orang sahabatnya, Hiro & Yuma yang sedang berada di situ.

Zariel:Budak Berhood PutihWhere stories live. Discover now