🌿54: Sebuah Kejadian Yang Terjadi Di Akademi

1.3K 181 4
                                    

Di padang latihan....

Kelihatan semua pelajar mulai berkumpul di situ setelah ujian terakhir yang mereka jalani sebelum ini telah pun tamat. Bukan itu saja, ramai pelajar yang telah gagal daripada mengharungi & menamatkan ujian itu sehingga para pelajar yang bertugas yang turut dibantu oleh Zariel & sahabatnya yang lain terpaksa membantu malah menyelamatkan para pelajar yang bermasalah dalam ujian itu.

"Baiklah, tahniah saya ucapkan kepada pelajar yang berjaya tiba di garisan penamat & kepada pelajar yang pulang dengan selamat. Kamu semua memang bertuah kerana berjaya selamat dari ujian kali ini,"kata Hasabe.

"Huh, aku rasa inilah satu-satunya ujian yang terlalu keterlaluan untuk kita,"keluh Yuma.

"Apa boleh buat kan? Lagipun, bila kita dah jadi pahlawan nanti, lagi banyak perkara yang kita kena hadapi. Jadi, kita kena lah sentiasa bersedia lagi-lagi ketika sedang bertarung dengan musuh,"kata Hiro sambil menepuk bahu sahabatnya itu.

"Baiklah, semua. Keputusan ujian pada hari ini akan diumumkan nanti. Harap maklum. Sekarang, semua boleh berehat untuk menikmati makanan & minuman yang telah kami sediakan di dewan. jadi, semua boleh bersurai sekarang,"kata Prof. Yuu yang tiba-tiba saja muncul dibelakang Hasabe.

Semua pelajar terus saja pergi ke dewan untuk menikmati makanan & minuman yang telah disediakan setelah mengharungi ujian & hari yang memenatkan pada hari itu. Setelah selesai makan, para pelajar pun terus saja mulai pulang ke dorm masing-masing termasuk Zariel & sahabatnya.

"Huh, tamat sudah ujian kita kan? Nasib baiklah kita berjaya lepasi semua ujian hari ni,"kata Yuma sambil tersenyum.

"Hahaha! Ya, lagipun, ini semua adalah usaha yang kita lakukan bersama bukan?"kata Hiro sambil tersenyum & ketawa senang.

"Ya, betul tu. Tapi kami nak ucapkan terima kasih kepada kau, Zariel. Kalau tak disebabkan oleh kau yang banyak membantu kami dalam ujian hari ni, dah tentu kamu takkan selamat tiba di garisan penamat tahu?"kata Yuma sambil tersenyum.

"Kami kagum dengan pencapaian korang hari ni! Korang semua memang hebat!"kata Noboru yang kelihatan kagum malah teruja menceritakan setiap ujian yang telah dilalui oleh Zariel & yang lain.

"Boleh tahan jugak. Rasanya korang semua ada masa depan yang cerah untuk jadi pahlawan,"kata Rin sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluarnya.

"Aku harap kita semua boleh meneruskan impian kita & tetap saja mengharungi setiap cabaran yang ada bersama. Aku senang yang kita semua masih dapat bersama sehingga sekarang tahu?"kata Yuma sambil tersenyum senang.

"Apa-apapun, aku senang dapat lihat yang korang semua bersusah-payah mengharungi semua ujian ni bersama & hal itu mungkin membuktikan yang betapa kuatnya persahabatan korang ni,"kata Matsuno sambil memaut erat Rin yang sedang berjalan dihadapannya.

"Oi! Lepaskan aku lah!"marah Rin sambil meronta-ronta ingin dilepaskan oleh Matsuno.

Yang lain hanya mengetawakan gelagat mereka berdua yang benar-benar kelihatan akrab itu apatahlagi dengan Rin yang mulai kelihatan segan kerana dilayan seperti itu oleh Matsuno.

Ketika mereka sedang berjalan menuju ke dorm, tiba-tiba, kelihatan seorang pelajar yang lain yang tidak sedarkan diri berdekatan dengan kawasan itu sedang diangkat oleh sahabat-sahabatnya.

"Apa dah jadi tu?"tanya Yuma yang risau akan hal itu.

Pada masa yang sama, hal yang sama turut berlaku kepada pelajar yang lain yang turut berada di kawasan itu. Satu-persatu pelajar mulai terjatuh tidak sedarkan diri tanpa mereka mengetahui punca sebenar hal itu terjadi.

Zariel:Budak Berhood PutihWhere stories live. Discover now