🌿19: Pertarungan Demi Sebuah Tawaran

2K 213 8
                                    

Pada pagi itu...

Yuma seperti biasa akan bangun lebih awal berbanding sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, Hiro turut terjaga dari tidurnya & kelihatan bersemangat malah bangun begitu awal sama seperti Yuma & pergi ke bilik Zariel untuk mengejutkannya kerana hari ini guru mereka akan mengumumkan sesuatu yang penting di dewan akademi mereka.

"Zariel, bangunlah. Kita kena bangun awal ni. Ingat hari ni kita ada kelas di akademi,"kata Hiro sambil cuba mengejutkan sang remaja itu.

Walaupun begitu, Zariel terus saja menarik selimut sehingga menutupi mukanya. Dia bagaikan tidak sama sekali mahu bangun daripada katilnya itu. Hiro nak tak nak harus melakukan sesuatu agar sahabatnya itu bangun daripada katil & bersiap untuk pergi ke akademi.

Di dewan akademi..

Kelihatan para pelajar mulai duduk di tempat mereka sambil menumpukan perhatian mereka ke arah pentas yang terdapat di tengah-tengah dewan itu.

Pada masa yang sama, kelihatan seorang lelaki mulai naik ke atas itu. Itulah pengetua mereka, Pengetua Harry Willthormen. Sang lelaki itu terus saja berdiri di atas pentas.

"Selamat datang para pelajar. Seperti yang dimaklumkan, kamu semua tahu yang saya akan berikan pengumuman penting pada hari ni bukan? Jadi saya harap kamu semua dengar ini baik-baik kerana ini adalah sebuah Pengumuman yang sangat penting buat kamu semua,"kata Pengetua Harry.

"Agaknya apa yang pengetua nak cakap ya?"tanya Yuma yang duduk di sebelah Hiro & Zariel.

"Nampak macam hal yang serius saja. Lebih baik kita dengar baik-baik,"kata Hiro.

"Baiklah, untuk pengetahuan kamu semua, akademi kita akan mengadakan sebuah Perlawanan Arena yang dimana kamu semua harus bertarung untuk mendapatkan peluang keemasan daripada Para Guardian di kerajaan kita. Kerana mereka sedang mencari beberapa orang pelajar untuk masuk ke sebuah akademi elit bernama Akademi Demora's Shield,"kata Pengetua Harry lagi.

Para pelajar mulai terpegun & saling berbisik diantara satu sama lain. Mana taknya, Akademi Demora's Shield ialah sebuah akademi elit yang menjadi impian hampir semua pelajar untuk belajar di sana. Walaupun begitu, cara untuk masuk ke akademi itu tersangatlah susah kerana para pelajar harus mengambil beberapa ujian.

Walaupun begitu, mereka bertuah kerana mereka hanya perlu bertarung di dalam sebuah perlawanan untuk mendapatkan peluang keemasan itu. Yuma & Hiro yang terdengar hal itu mulai berasa sangat teruja kecuali Zariel.

Dia sama sekali tidak mengetahui tentang hal itu. Dia hanya cuba untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh Pengetuanya itu.

"Perlawanan itu akan diadakan pada hari ni! Pastikan kamu semua bersedia!"kata Pengetua Harry.

"Apa?! Hari ni?!"kata Yuma yang kelihatan terkejut dengan hal itu.

Para pelajar mulai berasa cemas, panik, gemuruh, gementar malah terkejut. Mereka tidak menyangka yang hal seperti itu akan terjadi dalam masa tidak sampai sesaat pun. Habislah mereka kali ni.

"Jumpa kamu semua di arena pada tengahari nanti. Sila bersurai,"kata Pengetua Harry sebelum berjalan turun daripada pentas.

Di Akademi Trigon..

Kelihatan Zariel & sahabatnya sedang berjalan menuju ke kelas mereka. Mereka semua hanya berbual diantara satu sama lain tentang apa yang diumumkan oleh pengetua mereka itu.

"Agaknya mampu ke kita lulus ujian tu?"tanya Hiro.

"Siapa tahu? Kita sekurang-kurangnya patut cuba kan,"kata Yuma.

"Sebenarnya, siapa para guardian?"tanya Zariel.

"Untuk pengetahuan kau, Zariel, Guardian adalah para penjaga yang menjaga sesebuah kerajaan atau negara. Mereka juga memiliki akademi malah organisasi tersendiri. Nama Para guardian yang menjaga kerajaan kita ialah Guardian Of Five Sword,"kata Yuma.

"Mengikut rumor, salah seorang daripadanya adalah yang paling terkuat & ditakuti. Walaupun begitu, dia telah menghilangkan diri daripada kumpulan nya & hanya meninggalkan empat daripadanya saja,"kata Hiro.

"Macam tu ya,"kata Zariel.

Pada tengah hari itu, di arena perlawanan yang besar....

Kelihatan para pelajar yang menyahut cabaran untuk mendapatkan peluang keemasan itu mulai bersiap sedia untuk pertarungan mereka sambil di perhatikan oleh para pelajar yang lain.

Mereka semua hanya bersidang & menyokong orang yang mereka suka malah inginkan. Pada masa itu, kelihatan Zariel & sahabatnya sedang melakukan regangan.

Pada mulanya, Zariel tidak mahu menyertai pertarungan itu. Walaupun begitu, kerana tekad & semata sahabatnya, Zariel dengan rela hatinya menyertai pertarungan itu bersama dengan mereka.

Pada waktu yang sama, kelihatan 3 orang lelaki sedang berjalan mendekati sebuah tempat duduk khas untuk mereka. Mata orang-orang yang ada di arena mulai tertumpu kepada 3 orang lelaki itu.

"Siapa mereka?"tanya Zariel.

"I... itulah mereka, Zariel. Para Guardian yang pengetua katakan tu,"kata Yuma yang kelihatan terpegun.

Pada saat itu, kelihatan Prof. Fenri muncul di tengah-tengah arena. Para pelajar hanya bersorak & menantikan perlawanan yang bakal berlaku pada hari ni.

"Baiklah, semua pelajar! Bersiap sedialah kerana perlawanan akan dimulakan sekarang. Peraturan perlawanan ini tersangatlah mudah. Kami semua harus bertarung sesama sendiri dalam simulasi yang kami sediakan & mendapatkan beberapa biji bebola perak yang tersorok di dalam arena itu dalam masa 1 jam. Sekiranya ada diantara kamu yang berjaya memiliki bebola perak itu sehingga waktu yang diperuntukkan telah tamat, kamu akan menang malah mara ke pusingan yang seterusnya & yang kalah akan disingkirkan ,"kata Prof. Fenri.

"Adakah para pemain boleh merampas bebola perak pihak lawan mereka, prof?"tanya Dyana.

"Sudah tentu, kerana ia adalah peraturan pertarungan ini,"kata Prof. Fenri.
Tiba-tiba, suasana di arena tadi mulai berubah kepada tempat yang dipenuhi pokok & menyerupai hutan yang sebenar. Zariel hanya terpegun dengan apa yang dia lihat. Dia tidak menyangka yang simulasi itu benar-benar nampak seperti hutan sebenar malah dapat disentuh oleh mereka.

"Baiklah, semua! Bersiap sedia! Sebaik saja kamu terdengar bunyi tiupan wisel, kamu semua akan terus saja bergegas masuk ke dalam simulasi itu & berlawan malah mendapat bebola perak!"kata Prof. Fenri.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi tiupan wisel & para peserta mulai berlari masuk ke dalam simulasi hutan itu. Ini adalah perlawanan yang sangat rumit kerana keluasan arena itu.

Yuma terus saja berlari bersama sahabatnya yang lain. Mereka terus saja mencari bebola perak & saling mengawasi. Bagi mereka, apa salahnya kalau mereka bertiga bekerja sama untuk memenangi pertarungan itu.

Sekiranya mereka tidak menang sekalipun, mereka tidak kisah. Yang penting bagi mereka hanya sebuah persahabatan yang dimana mereka tidak perlu bergaduh untuk bersaing kerana semata-mata mahu masuk ke akademi elit.

"Zariel & Hiro! Mari kita cari bebola perak bersama & cuba menangkan perlawanan ini! Mari kita berusaha!"kata Yuma.

"Baiklah! Mari kita berusaha sama-sama!"kata Mereka semua serentak.

Bersambung....

Zariel:Budak Berhood PutihWhere stories live. Discover now