Semua kanak-kanak sedang berseronok bermain pada petang itu. Pada masa yang sama, Leon hanya memerhatikan semua orang yang sedang berada di situ sehingga dia pandangan nya tertumpu kepada Zariel yang sedang berjalan mengikuti Hakata.
Akibat kurang senang akan hal itu, dia terus saja menarik hood Zariel. Prof. Flame yang melihat hal itu dari jauh terus saja berjalan ke arah mereka.
"Kau ni menganggu je! Tak boleh ke kalau kau tak merayau-rayau? Lagi satu, boleh tak kau tanggalkan hood ni? Menyesakkan pandangan aku je tengok kau ni!"marah Leon sambil menarik kain hood Zariel.
Zariel hanya terdiam sambil memandang ke arah lain. Dia tidak mahu berkata apa-apa & hanya mendiamkan dirinya saja.
Pada masa yang sama, tiba-tiba saja Prof. Flame muncul & memegang tangan Leon yang sedang menarik kain hood Zariel.
"Leon, T..tak boleh ke kalau kamu tak bersikap kasar dengan Zariel? Tolonglah lepaskan kain hood dia,"kata Prof. Flame sambil memegang tangan sang remaja itu.
Leon dengan rasa tidak puas hati terus saja melepaskan genggaman tangannya & berlaku pergi dari situ. Sang guru hanya mengeluh & memandang Zariel.
"Kamu ok, Zariel?"tanya Prof. Flame.
Zariel hanya mengangguk & menunduk hormat tanda terima kasih. Ketika itu, Zariel terpandang para kanak-kanak sedang bermain bersama dengan Yuri & guru-guru yang lain.
Zariel hanya memandang gurunya, Yuri sedang merancang strategi untuk sebuah permainan. Kanak-kanak yang ada disekeliling Yuri, hanya memerhatikan & mendengar apa yang dikatakan oleh Yuri.
"Baiklah, bersiap sedia untuk bermain sekarang,"kata Yuri.
"Baiklah, cikgu!"kata kanak-kanak itu.
"Sekarang, cari mereka!"kata Yuri.
Kanak-kanak itu, terus saja pergi mencari sahabat-sahabat mereka yang sedang bersembunyi bersama dengan guru mereka yang turut serta dalam permainan itu.
"Wah, mereka main sorok-sorok lah tapi tak sangka pula sampai Encik Yuri tolong rancangkan strategi ya,"kata Yuma sambil tersenyum kekok.
"Ya, hebat juga cikgu kita ni,"kata Hiro sambil tersenyum sinis.
YOU ARE READING
Zariel:Budak Berhood Putih
AventureKata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel. sejak dari bayi lagi, dia sudah dibuang ke hutan pada malam yang dipenuhi salji. Ditinggalkan bersendirian pada m...