🌿35: Sebuah Takdir Atau Hanya Kebetulan?

1.5K 205 16
                                    

Selepas waktu akademi...

Kelihatan Leon sedang berjalan menuju ke dorm asrama bersama dengan Zariel. Ketika dia sedang berjalan, dia terpandang Zen yang sedang berlatih berlawan di padang dengan seseorang.

"Apa yang Zen tengah buat tu?"tanya Leon.

Di padang...

"Marilah! Buktikan pada aku apa yang kau ada untuk senior kau ni?!"kata Zen sambil tersenyum sinis & terus saja menyerang pihak lawannya itu.

"Diam jelah! Aku akan tewaskan kau, senior tak guna!"marah orang itu.

Walaupun begitu, Zen lebih pantas lalu terus saja menarik orang itu & menjatuhkan ke bawah dengan kuat sehingga menyebabkan dia tidak mampu lagi untuk melawan.

"Kau patut cuba lagi nanti. Masih banyak latihan yang kau perlukan untuk menjadi lebih bagus,"kata Zen sambil membantu orang itu bangun & hanya memandang orang itu dengan pandangan yang dingin.

"Huh, baiklah, Senior Zen,"kata orang itu.

"Baiklah, masa latihan kita dah tamat. Jadi, pulang & berehatlah,"kata Zen.

"Baiklah, Senior Zen,"kata orang itu lalu terus saja mencapai beg galasnya & pergi dari situ.

Pada masa yang sama, Zen terpandang Leon & Zariel yang sedang memerhatikan dirinya dari jauh & terus saja menegur mereka.

"Leon! Zariel! Marilah ke sini!"panggil Zen.

Beberapa minit kemudian....

Mereka bertiga hanya duduk di bawah sebatang pokok yang besar yang ada di padang itu. Zen hanya melepaskan lelahnya sambil minum sebotol air yang dibawa olehnya.

"Apa yang kau buat kat sini, Zen?"tanya Leon.

"Aku cuma melatih junior aku je. Selepas waktu akademi pada setiap hari ahad, selasa atau ketika waktu cuti akademi, aku memang ditugaskan untuk melatih mereka. Jadi, di sinilah tempat aku latih mereka,"kata Zen.

Zariel hanya berdiam diri sambil memeluk lututnya & memandang bunga-bunga rumput yang kecil yang ada di sekitar kawasan itu. Walaupun ia cumalah bunga kecil, bagi Zariel ia sudah cukup untuk membuatkan dirinya tertarik atau senang hati.

"Jadi, korang baru habis kelas ke?"tanya Zen.

"Ya, kami baru je nak balik ke dorm sebenarnya,"kata Leon.

"Kau pulak, Zariel. Kenapa asyik diam je? Kau ada masalah ke?"tanya Zen.

Sebenarnya, sejak Zariel mulai menunjukkan sifat penyayang terhadap kucing, Zen mulai berasa senang untuk bersahabat dengannya tanpa memikirkan latar belakang atau sifat pelik sang remaja itu malah lebih bersifat ramah terhadapnya berbanding yang lain yang dimana dia cuma berlagak dingin saja.

"T..Takde apa-apa, s..saya cuma suka pada..bu..bunga ni,"kata Zariel sambil memetik salah satu daripada bunga yang ada di sekitarnya.

"Jadi, kau suka pada bunga ya?"tanya Zen.

"Ya, s..saya sangat sukakannya,"kata Zariel sambil memandang bunga-bunga itu.

Zen hanya memandang Zariel. Perlahan-lahan, dia mulai mengingati sesuatu sebaik saja memandang Zariel. Dia hanya terdiam tanpa berkata apa-apa.

Di dorm....

Kelihatan Yuma sedang memasak di dapur bersama dengan Noboru sementara yang lain hanya duduk di ruang tamu.

"Huh, malasnya aku nak siapkan laporan ni. Tak boleh ke kalau aku tak buat semua ni?"rungut Amane sambil membaringkan dirinya di atas sofa setelah kemalasan dirinya mulai bermaharajalela.

Zariel:Budak Berhood PutihWhere stories live. Discover now