Di sebuah tempat...
Kelihatan beberapa orang sedang berkumpul di situ sambil menantikan kehadiran seseorang. Sebuah organisasi gelap yang hanya menantikan arahan untuk melaksanakan misi mereka.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi derapan tapak kaki menuju ke arah mereka. Mereka hanya memandang orang yang sedang mereka nantikan, ketua mereka yang bergelar Tuan Xizel.
"Bagus jamu semua dah berkumpul di sini. Sekarang kita akan lancarkan rancangan kita seperti yang aku pernah cakap sebelum ni. Pastikan rancangan kita itu berhasil kerana dengan cara itu kita akan dapatkan kuasa terkuat & merampas kesemua kuasa yang ada,"kata Tuan Xizel.
Para pengikutnya hanya menuruti & terus saja berjalan keluar dari situ malah hanya meninggalkan seorang wanita. Dia hanya tersenyum sinis sambil memandang wanita itu.
"Mulakan, misi kau,"kata Tuan Xizel.
"Baiklah, tuan,"kata wanita itu.
Di pusat asuhan...
Kelihatan para kanak-kanak di situ sedang menangis sekuat hati mereka sambil memeluk Yuma & Kawan-kawannya termasuklah Zariel. Mereka bagaikan tidak mahu melepaskan mereka pergi atau situ.
"Bising betul lah budak-budak ni,"rungut Leon.
"Huwaa!! Janganlah pergi, abang Yuma, abang Hiro & abang Zariel! Tolonglah!"kata mereka semua.
"Maaf ya semua. Kami dah kena pulang ke dorm kami sekarang. Lagipun, kami akan datang ke sini semula sebaik saja kami ada masa,"kata Yuma sambil tersenyum & mengusap kepala para kanak-kanak itu.
"Abang Yuma janji?"tanya Akita sambil memandang Yuma.
"Dah tentulah, kami akan. Sebaik saja kami ada masa, kami akan datang ke sini untuk bermain dengan kamu semua,"kata Hiro sambil tersenyum.
"Haih, Hiro. Kau ni suka sangat kan buat macam tu,"kata Yuma sambil tersenyum.
"Abang Zariel, abang janji tau yang abang takkan lupakan kami. Janji?"tanya mereka semua.
"Umm, j..janji,"kata Zariel perlahan sambil memandang mereka.
"Kami sayang abang semua!!"kata mereka sambil memandang mereka bertiga.
Yuri hanya memerhatikan mereka begitu juga dengan Encik Haru yang kelihatan menangis penuh terharu sambil diikuti oleh Prof. Flame.
"Huhuhu, sedihnya perpisahan ini. Kalah drama pukul 5,"kata Encik Maru.
"Tulah kan, rasa macam cepat je masa berlalu,"kata Prof. Flame sambil mengesat air matanya.
Yuri hanya menghelakan nafasnya. Dia benar-benar benci akan sikap sahabat-sahabatnya yang mulai bertindak annoying.
Setelah itu, Zariel & yang lain mulai berjalan pergi dari pusat asuhan itu. Pada masa yang sama, mereka juga merasai hal yang sama seperti kanak-kanak itu rasai.
"Huh, aku akan rindukan mereka,"kata Yuma.
"Ya, mereka semua budak-budak yang baik,"kata Hiro.
"Apa-apa jelah. Sekurang-kurangnya, aku dah tak perlu duduk dengan budak penyangak macam korang ni,"sindir Leon sambil memandang mereka.
"Apa?! Berani betul kau kan!"marah Hiro.
"Jadi? Kau nak buat apa? Pangkat kau tu apalah sangat hah? Lagipun aku lebih kuat daripada kau,"sindir Leon lagi.
"Diam jelah, Leon! Apa gunanya kau jadi putera kalau sikap kau macam tu hah?!"marah Yuma.
Zariel yang melihat hal itu mulai merasakan ada sesuatu yang bakal terjadi. Dia hanya mampu menghelakan nafasnya tanda pasrah dengan sikap Leon.
Tanpa disangka-sangka, Yuma mengeluarkan pedangnya & menghalakannya ke arah Leon. Disebabkan hal itu, bermulalah pergaduhan diantara mereka bertiga.
Mereka mulai berlawan diantara satu sama lain. Zariel yang melihat hal itu terus saja menggunakan kuasa manipulasi tumbuhan miliknya & terus saja mengikat mereka menggunakan akar tumbuhan.
"Lepaskan! Aku takkan biarkan putera macam kau cakap macam tu pada aku & kawan-kawan aku!"marah Yuma.
"Lepaskan kami, Zariel! Biar kami pukul dia!"marah Hiro.
"Lepaskan aku lah!! Kau ni dah kenapa nak sibuk dalam urusan aku, budak tak guna?!"marah Leon.
Zariel yang geram akan hal itu terus saja memandang mereka & menarik mereka pergi dari situ tanpa berkata apa-apa. Pada mulanya, mereka masih banyak berperang mulut & bergaduh sehinggalah mereka semakin lama mulai semakin terdiam malah hanya memandang Zariel yang sedang membawa mereka ke sesuatu tempat.
Beberapa minit kemudian...
Zariel terus saja berhenti & memandang mereka. Mereka semua hanya memandang sang remaja itu.
"Ke mana pulak kau bawa aku pergi ni hah?! Lepaskan aku lah!!"marah Leon.
Tiba-tiba, Zariel berjalan mendekati sang remaja itu & mengusap kepala sang putera itu sehingga membuatkannya terdiam seketika. Yuma & Hiro hanya terkaku sebaik saja mereka melihat hal itu.
Tiba-tiba, akar yang membaluti tubuh mereka terus saja terbuka dengan sendirinya. Zariel hanya memandang sang remaja itu.
"Untuk menjadi seorang pemerintah, awak perlu ada sikap penyabar, Leon. Sekiranya awak terus bersikap seperti ni, lama-kelamaan awak akan ditentang oleh rakyat awak sendiri & dibenci. Sebab itulah, menjadi pemerintah atau ketua bukanlah kerana asal-usul, pangkat, harta atau keturunan mereka semata-mata tetapi kerana sikap mereka. Sekiranya, awak dengar nasihat saya ni, Leon. Saya jamin awak akan disayangi sepenuhnya oleh semua orang. Fikirkan nya baik-baik,"kata Zariel sambil mengusap kepala Leon & berjalan pergi meninggalkan sang remaja itu malah yang lain.
"Zariel! Nanti!"kata Yuma sambil mengejar Zariel bersama dengan Hiro.
Leon hanya terpegun diam sambil memandang Zariel. Dia hanya memegang kepalanya yang baru saja diusap oleh Zariel. Tiba-tiba saja, kemarahannya tadi mulai reda sedikit demi sedikit.
"Lembap, berani betul kau ya,"kata Leon sambil memegang kepalanya itu.
Di dorm Zariel...
Zariel hanya memeluk tubuh sambil memerhatikan bunga mataharinya itu. Dia sebenarnya nak marah juga dengan tindakan Yuma itu. Dia hanya menghelakan nafasnya tanda kecewa.
"Yuma & Hiro, janganlah bertindak macam tu lagi. Awak berdua buatkan saya risau tahu. Kalau silap masa, kamu semua mungkin boleh tercedera atau dihukum akibat merosakkan keadaan di situ. Tolonglah jangan ulanginya lagi,"kata Zariel lalu bangun & mengambil bunga mataharinya itu lalu berjalan masuk ke dalam biliknya.
"Nampaknya, Zariel memang marahkan kita. Mungkin silap aku sebab bertindak diluar jangkaan tadi,"kata Yuma.
"Ya, mungkin sebab tu Zariel marah. Sebab kita lah pembangkit kemarahan Zariel,"kata Hiro.
Nampaknya, mereka mulai kelihatan rasa bersalah sebaik saja melihat Zariel marah pada mereka. Walaupun dia hanya menegur mereka dengan suara yang lemah lembut & tidak bernada tinggi, mereka masih dapat merasai rasa marah sahabat mereka itu.
Bersambung....

YOU ARE READING
Zariel:Budak Berhood Putih
AventuraKata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel. sejak dari bayi lagi, dia sudah dibuang ke hutan pada malam yang dipenuhi salji. Ditinggalkan bersendirian pada m...