Kata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel.
sejak dari bayi lagi, dia sudah dibuang ke hutan pada malam yang dipenuhi salji. Ditinggalkan bersendirian pada m...
Kelihatan Leon sedang membaca buku di atas sofa sementara Zariel hanya duduk di sisinya sambil menonton tv. Pada masa yang sama juga, kelihatan Matsuno yang baru saja keluar daripada biliknya lalu terus saja duduk di sisi Zariel.
"Huh, bosannya hari ni. Apa yang kita patut buat ya??"tanya Matsuno.
"Cubalah cari apa-apa aktiviti untuk kau buat. Sekurang-kurangnya, takde lah ganggu aku kat sini,"kata Leon yang masih kusyuk membaca buku.
"Hentahlah, asyik nak berlatih je kerja kau ni. Kalau tak pun nak pergi main lah apa,"kata Rin yang baru saja berjalan keluar dari dapur sambil membawa sebotol minuman berkarbonat.
"Korang cakap memang senang tapi tak semudah tu bagi aku tau. Lain lah kalau Zariel, semua benda dia rasa biasa je,"kata Matsuno.
"Hei, jangan jebakan budak hutan ni ke dalam alasan kau la,"kata Leon sambil mengetuk kepala Matsuno menggunakan bukunya.
"Adui! Kenapa kau ni kasar sangat, Leon? Tak boleh ke kalau hormat sikit senior kau ni?"rungut Matsuno sambil memegang kepalanya.
Pada masa yang sama, kedengaran bunyi ketukan yang datang daripada pintu bilik dorm mereka. Yuma yang kebetulan sedang berada di situ terus saja membuka pintu & memandang seseorang yang sedang berdiri dihadapannya.
"Hai, boleh saya tanya, kau ni, Yuma Ryuzaki ke?"tanya orang itu.
"Ya, saya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"tanya Yuma.
"Ambik surat ni & baca sendiri ya. Nasib baiklah budak-budak yang lain tu roommate kau. Takde lah susah-susah aku nak cari diorang,"kata orang itu yang mahu berjalan pergi sebaik saja menghulurkan sebuah sampul surat kepada Yuma.
Walaupun begitu, langkahnya terhenti sebaik saja Rin mulai menarik bajunya dengan kuat sambil menahan rasa geramnya.
"Bukan untuk kali ni, budak pemalas. Selesaikan kerja kau baik-baik atau siaplah kau nanti,"kata Rin sambil menggenggam baju orang itu.
Tak lama kemudian, di ruang tamu...
Mereka semua hanya memandang orang yang sedang berada di hadapan mereka itu sementara Rin, Matsuno & Zen hanya berpeluk tubuh sambil merenung orang itu.
"Tak sangka budak pemalas ni datang ke sini. Apalah yang Prof. Yuu fikirkan ya?"kata Amane sambil memandang orang itu.
"Umm, maafkan saya. Siapa awak ni sebenarnya?"tanya Yuma sambil memandang orang itu.
"Haih, malasnya aku nak memperkenalkan diri. Boleh tak kalau korang je yang cakap?"tanya orang itu sambil memandang Rin & yang lain.
"Cakap sendiri jelah, budak pemalas!!"jerit Rin & yang lain serentak kecuali si Trio & Leon.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.