🌿26: Buku Album Yang Penuh Dengan Memori

1.8K 206 28
                                    

Pada tengahari itu...

Mereka semua hanya menikmati makanan yang sudah dihidangkan di atas meja. Semua makanan itu adalah makanan yang telah dimasak oleh Haise yang dibantu oleh Leon selama Zariel & sahabatnya yang lain sedang tidur akibat kepenatan selepas pulang daripada kebun.

Leon hanya memandang Zariel yang sedang menikmati sup cendawan kegemarannya itu.

"K..kau memang sukakan sup cendawan ke?"tanya Leon sambil memandang Zariel.

"Ya, sup cendawan Tuan Haise memang sedap,"kata Zariel yang sudah makan 5 mangkuk sup cendawan.

"Wah, banyak betul Zariel makan ya. Tak sangka aku,"kata Yuma sambil tersenyum.

"Itulah Zariel. Dia suka sangat dengan sup cendawan kegemarannya itu,"kata Haise sambil tersenyum bahagia sehingga menampakkan aura berbunga disekitar dirinya & hanya memandang anak angkat kesayangannya itu.

Pada petang itu...

Setelah selesai makan, mereka pun terus saja mulai melakukan kerja masing-masing di ruang tamu seperti berehat atau lain-lain lagilah.

Mereka semua hanya duduk di ruang tamu sambil memerhatikan Encik Haise yang sedang membaca buku yang terdapat pada rak yang ada di ruangan itu sementara Zariel sedang menyiram pokok bunga matahari kesayangannya.

"Tuan Haise, boleh saya baca buku-buku yang ada di rak sana?"tanya Yuma sambil menunding jarinya ke arah rak buku.

"Dah tentulah. Kamu baca sajalah mana-mana buku yang kamu berminat,"kata Haise sambil tersenyum.

"Baiklah, terima kasih, Encik Haise,"kata Yuma lalu terus saja pergi ke arah rak untuk mengambil beberapa buah buku.

Ketika dia sedang melihat buku-buku yang ada di dalam rak itu, dia tanpa sengaja telah menemui sebuah album gambar & terus saja mengambilnya sambil membawa beberapa buah buku yang lama. Dia terus saja berjalan mendekati Haise.

"Encik Haise, ini buku album gambar siapa?"tanya Yuma sambil meletakkan buku album itu di atas meja kecil yang ada di ruang tamu itu.

"Oh, ini buku album gambar Zariel. Nak lihat gambar-gambar dia ketika dia masih kecil?"tanya Haise.

"Betul ke?! Nampak macam menarik,"kata Hiro.

Leon yang duduk di situ, terus saja memberhentikan bacaan bukunya & turut juga melihat apa yang ingin Haise tunjukkan pada mereka.

Leon yang duduk di situ, terus saja memberhentikan bacaan bukunya & turut juga melihat apa yang ingin Haise tunjukkan pada mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ini gambar Zariel ketika dia berumur 5 tahun. Memang comel kan?"tanya Haise sambil tersenyum penuh kebahagiaan.

"Awww, dia nampak comel lah,"kata Hiro sambil memandang gambar itu.

"Ya! Sangat comel. Tak sangka yang dia suka pakai hood dia sejak dari kecil lagi rupanya ya,"kata Yuma sambil melihat gambar itu.

Haise hanya tersenyum bahagia. Melihat gambar lama Zariel menyebabkan dia mulai mengamit kenangan yang sangat indah & berbunga-bunga buatnya selama selama dia membesarkan Zariel.

Zariel:Budak Berhood PutihWhere stories live. Discover now