Pada pagi itu, di dorm kami....
Saya & roommate saya sedang menikmati sarapan mereka di meja makan pada hari cuti akademi kami.
"Apa yang patut kita buat ya hari ni?"tanya Amane.
"Mungkin kita boleh kemas dorm je hari ni. Lagipun, kita bukannya boleh pergi ke mana-mana hari ni,"kata Yuma sambil makan makanannya.
"Kamu ni, Yuma. Santai lah sikit. Asyik nak kemas benda je kamu ni,"rungut Amane.
"Aku tak pastilah. Tapi, kita mungkin boleh buat sesuatu hari ni kan?"tanya Yashito.
"Apa kata kita bincangkan hal ni lepas makan jelah ya,"kata Noboru sambil menikmati makanannya.
Saya pula hanya terdiam sambil menikmati makanannya termasuklah dengan Leon. Zen pulak hanya meneguk sekotak susu sehingga habis.
Sebaik saja selesai bersarapan, kami pun memulakan kerja masing-masing. Yuma pula terus saja memakai apron lalu meluru pergi ke ruang tamu & mulai melakukan kerja mengemas.
"Bertuahnya ada adik macam Yuma kan?"tanya Noboru.
"Yelah, bertuahnya kau ni, Amane,"kata Yashito sambil memandang Amane yang sedang duduk di sebelah.
Mereka bertiga hanya duduk di atas sofa sambil memerhatikan Yuma yang sedang membersihkan kawasan ruang tamu itu menggunakan vakum. Tiba-tiba, sofa yang sedang di duduki oleh mereka bertiga diangkat tinggi oleh Yuma.
"Baiklah, dah bersih pun. Mari kita pergi cuci baju pulak,"kata Yuma sambil meletakkan semula sofa itu ke bawah & berjalan pergi ke bilik roommate nya yang lain untuk mengumpul pakaian kotor.
"Amane, adik kau ni manusia ke makhluk lain ya?"tanya Yashito.
"Aku pun tak pastilah,"kata Amane sambil termenung seketika.
Untuk pengetahuan semua, setiap satu bilik dorm akan memiliki sebuah mesin basuh yang hanya terletak di bilik cucian. Di situlah, Yuma akan mencuci kesemua pakaian atau cadar yang kotor. Tambahan pula, dia juga telah dibantu oleh saya.
Beberapa jam kemudian, di ruang tamu...
Saya hanya duduk di sofa sambil memandang roommate saya yang lain. Mereka semua kelihatan seperti sedang berada dalam kebosanan.
"Apa kata kita pergi berlatih nak tak?"tanya Zen.
"Tapi, bukan semua ada seseorang yang nak dilatih hari ni kan? Lagipun, Yuma dilatih oleh Rin, Hiro pula dengan Matsuno, Zariel & Leon pula dengan Zen. Habis aku & Yashito pulak nak buat apa hari ni? Kami bukannya pelatih macam korang. Bosan lah,"kata Noboru.
"Aku ada idea! Apa kata Zariel, Yuma, Hiro & Leon berlatih dengan kita semua secara serentak sementara korang berdua jadi penjaga atau penonton je. Setuju tak?"tanya Matsuno.
"Kau biar betul ni? Adil ke? Kalau mereka je?"tanya Yashito.
"Yelah, apa kata tanya pendapat mereka dulu,"kata Noboru.
"Kalau diikutkan, takkan ke seronok kalau macam tu?"tanya Hiro.
"Yelah, apa salahnya kalau kita cuba kan?"kata Yuma sambil tersenyum & hanya memandang kami semua.
"Haih, baiklah, kita boleh cuba kan? Apa salahnya kalau cuba semuanya,"kata Leon yang setuju akan hal itu.
Saya pula hanya mengangguk tanda setuju walaupun saya berasa ragu-ragu dengan hal itu. Walaupun begitu, melihat kesenangan sahabat saya adalah keutamaan saya termasuk kesenangan Leon yang mahu merasai sebuah keseronokan itu.
"Baiklah!! Mari kita undi siapa yang mula latih diorang dulu!"kata Amane.
Maka bermulalah sesi bermain batu kertas gunting diantara para pelatih itu. Sebaik saja mendapat kesemua keputusan kemenangan permainan itu, para pelatih hanya tersenyum senang.
YOU ARE READING
Zariel:Budak Berhood Putih
AdventureKata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel. sejak dari bayi lagi, dia sudah dibuang ke hutan pada malam yang dipenuhi salji. Ditinggalkan bersendirian pada m...