Kata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel.
sejak dari bayi lagi, dia sudah dibuang ke hutan pada malam yang dipenuhi salji. Ditinggalkan bersendirian pada m...
Zariel & Hiro hanya memandang orang yang baru saja datang itu. Mereka hairan akan perangai Yuma yang tiba-tiba saja berubah sebaik saja orang itu datang.
"Maaf kerana saya lambat,"kata orang itu.
"Takpe, kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan,"kata Encik Maru.
"Maafkan saya, tuan ni sebenarnya siapa?"tanya Hiro.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Nama saya ialah Hasabe Heshikiri. Saya adalah guru sukan yang baru berpindah ke sini,"kata Hasabe.
Zariel pula hanya terdiam sambil memandang mereka lalu berjalan mengekori Yuma tanpa disedari oleh sesiapa. Dia ingin mengetahui apakah punca Yuma menjadi begitu.
Di sebuah tempat di pusat asuhan...
Yuma hanya termenung di situ. Dia benar-benar tidak menyukai Hasabe atas masalah peribadi. Dia berharap sangat yang sang lelaki itu mampu pergi jauh dari dirinya itu. Tiba-tiba, lamunannya terhenti sebaik saja bahunya dipegang oleh Zariel.
"Z.. Zariel? Apa kau buat kat sini?"tanya Yuma yang cuba untuk tersenyum.
"Ada.. sesuatu yang buruk berlaku diantara awak berdua ke?"tanya Zariel.
Yuma hanya terdiam kaku. Dia sedar yang Zariel sudah menyedari hal itu jauh lebih awal dari apa yang dia sangkakan. Dia hanya menundukkan pandangannya ke bawah kerana tidak berani memandang wajah sahabatnya itu.
"Takde lah, maaf ya, Zariel. Saya kena pergi! Ada banyak lagi kerja nak buat. Bye!"kata Yuma sambil tersenyum kelat lalu melambaikan tangan ke arah Zariel & pergi dari situ.
Zariel hanya memandang sahabatnya itu. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena disebalik senyuman sahabatnya itu. Pada masa yang sama, dia terpandang jam yang tergantung pada dinding yang sudah menunjukkan waktu jam 5 petang.
Di padang...
"Yeay!! Masa untuk bermain!"jerit semua kanak-kanak itu.
Para kanak-kanak itu mulai bermain di padang rumput yang terletak tidak jauh dari pusat asuhan itu. Mereka terus saja bermain dengan penuh kegembiraan & keriangan. Zariel hanya tersenyum melihat gelagat kanak-kanak itu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.