🌿20: Pertarungan Demi Sebuah Tawaran (Part 2)

1.8K 203 7
                                    

Di simulasi hutan...

Kelihatan para pelajar yang menyertai pertarungan itu sedang berusaha mencari malah merampas bebola perak yang dimiliki oleh pelajar lain & bertahan selama yang mungkin dalam waktu 1 jam yang telah diperuntukkan untuk mereka.

Peluang yang ada terus saja mereka dapatkan tanpa melengahkan masa termasuklah dengan Zariel & para sahabatnya itu.

"Lihat, aku dah jumpa satu,"kata Yuma sambil tersenyum & memegang sebiji bebola besi yang dia temui di celahan akar pohon.

"Bagus tu, sekarang kita kena cari yang lain pulak. Yuma, kau jaga bebola tu baik-baik tau,"kata Hiro sambil tersenyum.

Walaupun begitu, mereka tidak sedar yang ada orang yang sedang mengintip mereka. Tiba-tiba, beberapa orang pelajar mulai melompat keluar dari tempat persembunyian mereka & mulai menyerang.

"Yuma!!! Hiro!! Hati-hati!!!"jerit Zariel & terus saja menolak mereka ketepi & menggunakan kuasa manipulasi tumbuhan miliknya & mengawal kesemua akar tumbuhan itu.

Pelajar-pelajar itu terus saja terikat dengan akar-akar tumbuhan yang dikawal oleh Zariel. Mereka hanya mampu meronta-ronta sementara Zariel & sahabatnya berlari pergi dari situ.

"Nasib baiklah ada kau, Zariel. Aku pun tak pasti apa yang jadi tadi kalau kau tak buat macam tu tadi,"kata Yuma.

"Hood kau dah terkoyak lah, Zariel,"kata Hiro sambil menunjukkan bahagian belakang Hood putih milik Zariel yang sudah terkoyak akibat terkena serangan daripada pelajar-pelajar itu.

"Takpe, lebih baik kita berhati-hati sebelum kita jadi mangsa,"kata Zariel.

Yuma & Hiro hanya mengangguk sambil memandang Zariel. Tanpa melengahkan masa, mereka terus saja berlari menuju ke kawasan yang lain untuk mencari bebola perak yang masih tersembunyi sebelum terlambat.

Sekiranya mereka terlambat, pilihan yang mereka ada cumalah merampas bebola perak yang ada. Pada masa yang sama, para Guardian hanya memerhatikan setiap gerak-geri mereka yang dirakam menggunakan kamera yang tersembunyi.

"Hmm, budak tu jauh lebih peka dari apa yang aku bayangkan,"kata salah seorang daripada mereka.

"Jangan menilai terlalu awal. Kita tak pasti berapa jauh mereka dapat bertahan. Jadi simpan saja kata-kata kau tu,"kata yang lain pula.

Pada masa yang sama, kelihatan Leon sedang mencari bebola perak & telah berjaya menemui salah satu daripadanya lalu terus saja menyembunyikannya daripada pengetahuan orang lain.

Pada masa yang sama, kelihatan Silvia & Dyana sedang berusaha mencari bebola perak yang disembunyikan. Walaupun begitu, mereka tidak menyangka yang ramai mengambil kesempatan ke atas mereka dengan merampas bebola perak milik mereka.

"Tak guna betul! Bagi balik bebola perak tu!"marah Dyana & mahu mengejar pelajar yang merampas bebola perak miliknya.

"Takde gunanya lagi, Dyana. Lebih baik kita cari lagi. Aku pasti yang kita akan temui yang lainnya,"kata Silvia.

"Tapi, kita cuma ada 45 minit saja lagi. Mampu ke kita nak buat?"tanya Dyana

"Jangan risau, aku pasti boleh,"kata Silvia sambil tersenyum.

Di tempat Zariel & sahabatnya berada...

Mereka hanya berjalan sambil mencari bebola itu sambil berwaspada dengan keadaan disekeliling mereka.

"Kita cuma ada masa 45 minit saja lagi,"kata Yuma sambil memandang jam tangannya.

"Lebih baik kita cepat sebelum terlambat,"kata Hiro.

Zariel:Budak Berhood PutihWhere stories live. Discover now