🌿23: Bermalam Di Rumah Zariel

1.9K 203 26
                                    

Di Istana Kerajaan Armona...

Kelihatan Sang raja sedang duduk di meja sambil menandatangani surat-surat & melakukan kerjanya sambil ditemani oleh penasihatnya itu.

Tiba-tiba, kelihatan seseorang berjalan masuk ke dalam sana tanpa diiringi oleh seseorang. Sang raja hanya terkaku sebaik saja melihat orang itu.

"Selamat bertemu lagi, raja tak guna & sombong tahap dewa. Kau memang langsung tak berubah ya,"kata Haise sambil tersenyum.

 Kau memang langsung tak berubah ya,"kata Haise sambil tersenyum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"H...haise, a..apa kau buat sini?"tanya Raja Raizel Melfort sambil memandang Haise.

"Seperti yang kita janjikan beberapa tahun yang dulu. Aku kembali kerana sebuah alasan yang mampu memberikan harapan untuk hidup aku,"kata Haise dengan penuh serius.

"Macam tu ya. Apa yang menyebabkan kau mahu kembali?"tanya Raja Raizel.

"Aku kembali kerana seseorang tapi aku kecewa sebaik saja mengetahui sesuatu. Aku tak sangka kau sanggup dera putera mahkota kerajaan ni sendiri. Kau fikir dia boneka mainan ke?"tanya Haise yang semakin serius.

Sebenarnya, ketika Zariel sedang bercakap dengan Leon, Haise yang mahu masuk ke situ tanpa sengaja terus membatalkan niatnya untuk menemani Zariel pada malam itu & terus saja pergi dari situ.

"A..apa yang kau merepek ni? Aku takkan buat dia macam tu,"kata Raja Raizel.

"Jangan tipu aku, Raizel. Aku kenal sangat dengan keturunan kau ni. Ingat, aku dah hidup selama 344 tahun dah kat dunia ni. Jadi jangan kau fikir yang aku tak tahu kau menipu,"kata Haise dengan penuh serius.

"Aku cuma bencikan dia tu. Warna rambut dia selalu saja mengingatkan aku pada isteri tak guna aku tu. Dia lah yang menyebabkan semua masalah ni berlaku & aku takkan maafkan dia senang-senang macam tu je,"kata Raja Raizel sambil menggenggam penumbuknya.

"Kau macam tak tahu, isteri kau tu sakit, Raizel. Kadangkala, dia akan melakukan sesuatu yang diluar jangkaan & kau kena terima hakikat tentang hal tu termasuklah tentang Leon. Kau jangan jadikan dia mangsa dalam semua hal ni. Dia masih terlalu muda untuk hadapi semua hak seperti ni,"kata Haise.

"Kau takkan faham. Apa yang isteri aku lakukan tu jauh lebih teruk. Dia bunuh anak sulung aku. Dia bunuh putera sulung kerajaan ni & aku tak faham kenapa! Aku benci dengan perbuatan keji dia!!"marah Raja Raizel.

"Dengar sini, Raizel. Kalau kau terus saja macam ni, aku boleh berikan kau jalan penyelesaian,"kata Haise.

"J..jalan penyelesaian?"tanya Raja Raizel.

Di Akademi Trigon....

Kelihatan para pelajar yang tinggal di asrama mulai mengemas barangan mereka untuk pulang pada cuti hujung minggu selama 2 minggu itu.

Hal itu tersangatlah mengembirakan semua orang setelah lama mereka tinggal di akademi itu & akhir dapat pulang ke rumah untuk bertemu ahli keluarga tercinta mereka termasuklah dengan Zariel & sahabatnya yang lain.

Zariel:Budak Berhood PutihWhere stories live. Discover now